Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Friday, October 08, 2010

Eyka yang macam bagus I

Assalammualaikum. (gambar-gambar nanti lah saya letak)

Sekarang saya dah tahu dah apa yang penting dalam dunia ni selain duit. Rupanya, rupa paras yang menarik dan boleh buat orang tertawan serta penampilan diri itu lebih penting sekarang ni. Yelah, memang budi bahasa lagi penting, eyka. Kalau rupa paras menarik tapi takde budi bahasa takde pelajaran takde adab sopan dan tata susila serupa takda rupa paras.

Memang betul tu, tapi mula-mula kita mana nak tahu budi bahasa dia macam mana kan. Mesti kita akan tengok fizikal dahulu. Fizikal mesti tengok muka dahulu, baru beralih kat bahagian-bahagian lain bagi lelaki. Sebab saya sebagai perempuan kalau tengok lelaki, sekadar tengok muke je. dengan ketinggian. Bagi lelaki tak tahu la pulak kan apa yang mereka lihat selain muka. Haha.

Sebab apa saya cakap macam tu? Sebab semalam saya tengok TV, tak tahu rancangan apa tapi pasal kecantikkan la. Pasal orang yang badan tak kurus (kalau cakap gemuk, tak tahu kenapa orang mudah terasa) dia nak kurus. Dan berjaya untuk kurus. Komen dia, cakap ade orang cakap dia macam anak dara. *sambil gelak segan*. Selain itu ada jugak pasal perempuan ni muka dia macam tak sihat, liang roma tersumbat ke apa ke kan, then buat rawatan tiba tiba serta merta jadi cantik. Pastu komen dia pasal kawan-kawan dia admire dia. Hehe.

Tak kisah sebab semua orang pun nak cantik sekarang ni. Semua orang pun nak di admire oleh orang ramai. Tapi saya rasa sekarang, macam kelakar bila orang admire admire ni. Saya tak tahu kenapa pemikiran saye banyak negetif sekarang ni. Mungkin saya diambang kedatangan bulan. Haha. Tapi saya rasa orang yang admire orang lain gila gila tu macam, tak tahu nak cakap macam mana. Saya ni pun,jenis yang susah nak admire orang. Lelaki kesayangan saye tu pun saye tak admire sangat. Haha. Habislah kalau dia baca. Hehe

Kenapa saya rasa macam kelakar bila orang jadikan orang lain idola mereka. Sebab saya rasa macam, entah. Sukar dicakapkan. Dua tiga hari ni saye rajin lawat blog orang orang yang saye tak kenal. Saya dapat tengok perbezaan blog lelaki dan blog perempuan. Blog lelaki pikat pembaca dengan kata-kata, tapi blog perempuan majoriti (majoriti, bukan semua) pikat pembaca dengan gambar-gambar mereka sendiri. gambar muka, gambar makanan, gambar what's new and stuff.

Nak kata saya jeles, tak. Saya memang tak jeles malah saye rasa macam pelik. Sebab, kalau dilihat kat blog saya ni tak banyak gambar saya sendiri kan? Banyak gambar dari internet. Majorit gambar saya ambil je dari google ke dari mana-mana sumber internet lah kan. Kalau ada gambar saya pun, tak lebih dari sepuluh post saya rasa, atau lebih kurang macam tu. Kenapa? Bukannye saya tak suka ambil gambar.

Kalau diikutkan naluri wanita saye ni nak je menunjukkan muke saye yang walaupun tak berapa cantik manis dan lawa ni dekat dalam blog tapi niat saya itu dihentikan dengan satu penegahan daripada kakak saya sendiri. Dia yang larang saya letak banyak-banyak-banyak gambar sendiri dalam internet. Gambar-gambar saya kat facebook tu pun dia marah saya upload banyak-banyak, tapi saya degil.

Tapi sekarang semenjak dua menjak ni saya jadi bosan. Bosan dengan permainan dunia internet. Mungkin faktor umur yang meningkat membuatkan saye lebih berfikir. Walaupun tak matang, tapi itulah tiba-tiba je perasaan itu datang. Saya fikir balik, kenapa perlu saya nak upload gambar banyak-banyak dan upload dekat internet ni? Kenapa dari dulu zaman myspace saya giat upload gambar sendiri banyak-banyak dan menerima banyak banyak komen?

Idolism. Ya, mungkin itulah dia. Mungkin ketika saya giat bermyspace dulu saya tak terfikir perihal idolism ni tapi saya berasa amat suka bila ada orang komen picture saya dan suka bila orang kenal saya bila orang puji (walaupun ada juga yang benci). Rasa macam best. Mungkin perasaan budak-budak, yang inginkan perhatian kot saya dahulu. Haha. Budak-budak memang sukakan attention. Tengok, kite ade nii~ *tayang benda baru*. Kan perangai budak-budak tu. Tapi sekarang ni saya dah muak dengan benda-benda tu semua.

Saya rasa macam no point je kan upload gambar banyak-banyak untuk memberitahu dunia bahawa saya ni tak buruk orangnya. Saya rasa macam, pointless. Mungkin tak lama lagi saya akan mengikut jejak langkah kakak-kakak saya yang hanya meletak beberapa gambar je dalam facebook mereka. Kakak saya yang julia hamasuba pula sudah tidak letak langsung gambar dia. Orang pun mungkin dah tak ingat muka kakak saya tu.

Tapi tak apa. sebab saya rasa akan lebih seronok bila orang tak ingat kita macam mana. Rasa lebih seronok nak hidup bila orang tak kenal kita. Kita lebih bebas nak lakukan apa sahaja, kan? Ni tidak. Mana-mana saya pergi orang masih boleh nak cam muka saya. Nama saya. Saya jadi takut pulak dengan permainan yang saya mulakan dahulu. Sekarang ni kalau boleh saya rasa macam nak delete je setiap ingatan orang-orang kat muka bumi ni yang kenal dengan nama saya dan muka saya.

Perihal admire mengadmire ni memang satu keinginan setiap insan. Siapa tak nak diri diadmire kan? Jangan nafikan. Jangan kata, tak aku tak suka diadmire. Tipulah. Saya yang egonya tinggi menggunung ni pun mengaku yang saya suka bila ada orang admire saya, tapi tu dulu zaman hingusan. Sekarang saya rasa macam tak suka pulak admire-admire ni. Envy meng-envy dan sebagainya. Saya tak suka orang admire saya, sebab saya rasa saya tak sesuai di admire. Saya rasa hairan macam mana orang boleh ada perasaan admire dan envy dengan orang lain.

Mungkin sebab diri yang kurang menonjol dan tidak dapat kelebihan untuk dipandang orang ramai, kot? Sebab mereka tidak mempunyai kelebihan macam tu? Nasihat saya, tak perlu itu semua. Buat apa nak menonjol dan kemudian menimbulkan macam-macam jenis syak wasangka? Macam-macam jenis fitnah? dan macam-macam jenis kesukaan dan kebencian orang ramai? Jujur katakan saya memang susah nak mengatakan saya kagum, envy, admire dengan seseorang. Kerana ego? Mungkin.

Kalau saya fikir balik, saya banyak meminati muka-muka orang luar negara. je kan Macam avenged sevenfold dan johnny depp yang saya kata menjadi keterujaan saya tu kan. Sebenarnye, bukannye teruja sangat pun. Saye tidak pernah mengidolise mereka. Tidak juga merupakan die hard fan mereka. Takde sampai nak pergi gig moshing sini dan sana, takda sampai nak buat tatu macam mereka, takde pulak nak tiru apa-apa pasal mereka.

Saya tak mudah kagum dan pelik bila ada orang yang senang mengkagumi orang lain. Saya suka tengok perempuan cantik dan lelaki hensem (tidak bermakna saya abaikan yang tidak cantik dan tidak hensem) tapi takde lah pulak sampai nak timbul rasa kagum ni. (Kagum dengan kecantikkan dia, bukan dengan ciptaan-Nya). Saya rasa perasaan kagum ni kadang-kadang boleh timbulkan perasaan lain seperti hasad dengki. Buat apa kite menunjukkan kelebihan kite untuk menimbulkan hasad dengki orang lain kan? walaupun tak berniat, tapi still we have to think for the consequences.

Saya cuma akan timbul rasa kagum dengan orang yang banyak pengetahun. Yang sangat educated dan bukan sekadar educated, tapi juga seorang yang pandai menjaga pergaulan, pandai baca al-Quran mengikut tajwid yang betul, dan orang yang berpengetahuan tentang dunia ni serta kemudiannya, tidak memandang serong/rendah dengan orang sekeliling especially orang yang free hair macam saya. Saya rasa kagum dengan mereka. Setiap kali pandang, saya akan rasa malu dengan sendiri. Orang-orang yang dapat mewujudkan perasaan malu dengan diri sendiri itulah yang saya kagumkan.

Ya, mungkin sesetengah orang memang suka bergambar dan ingin berkongsi dengan orang ramai tanpa niat lain di hati, kan. Nak tunjuk kat dunia alam maya bakat-bakat yang terpendam yang tidak dapat ditunjukkan di alam nyata. Juga ingin meluaskan networking. Mungkin saya juga tergolong dalam golongan yang berniat macam tu. Berkongsi, dan kemudian menunjukkan bakat. Nak menunjukkan bakat dalam bidang seni, yang tak dapat ditunjukkan di dunia nyata ni.

Oh well, now im bored with all of this. Saya rasa macam nak delete je semua gambar. Sekarang saya rasa macam entah ape-ape je saye ni upload banyak gambar sendiri dalam facebook tu. Macam, for what? Nak tunjuk muka? Nak orang komen? Nak orang like? Nak orang kenal? Nak orang envy? Nak orang curi gambar dan buat koleksi peribadi? Atau sekadar 'berkongsi'. Haha. Saya tengok perempuan memang suka menunjukkan orang ramai gambar sendiri kan berbanding lelaki? Tengoklah kat facebook, kebanyakkan lelaki mane letak gambar sendiri sangat pun. Bukan sebab malu, tapi mereka tak suka menunjuk-nunjuk.

Tiba-tiba rasa segan dengan diri sendiri. Even abah saya pun marah sebenarnya saya upload banyak gambar. So, nanti saya rasa akan delete semua gambar saya di facebook tu. InsyaAllah. Saya rasa cukuplah hanya orang terdekat je yang mengenali saya. Gambar-gambar tu semua hanya menambahkan dosa saye je yang entah terampun ke tak ni. Wallahualam. Mungkin, saya sedikit sebanyak sudah bersedia untuk berubah kan? Doakan lah saye supaya berubah menjadi seorang yang lebih solehah. Amin.

Mencuri itu kan satu jenayah, dan juga boleh melalaikan orang yang dicuri perhatiannya itu. Bagi saya, orang yang menutup aurat tapi masih ingin mencuri perhatian orang itu sebenarnya masih tidak dapat menutup aurat dengan sempurna. Sebab, mereka masih lagi mencuri perhatian orang. Contohnya, saya sendiri. Saya tak dedah itu ini, tapi saya dedahkan rambut yang merupakan aurat yang boleh mencuri perhatian orang lain. Btw aurat bukannya tertumpu kepada rambut sahaja ok. Banyak lagi.

Mungkin orang suka mencuri perhatian orang dengan diri sendiri sebab inginkan D-positif. iaitu dipuji, disukai, digemari, dicintai, diingati, dicontohi, digilai dan lain lain yang positif. Takde yang ingin kan D-negetif dalam hidup - dibenci, dicemburui, difitnah, didengki, dikutuk, dicaci dan sebagainya yang negetif. Tapi D-positif yang kite inginkan tu lah sebenarnye boleh mewujudkan D-negetif.

So what? it's not my problem, it's theirs. Ye, memang lah. Tapi orang yang kene D-negetif ni pun still akan rase tempiasnye kan, walaupun mereka taknak kisah, tapi sebenarnye siapa tak kisah kalau orang tak suke. Mereka kisah sebenarnya. Cuma kadang-kadang tak nak tahu pun pasal tu semua. Contohnya saya sendiri. Haha. Well, this is only my opinion. Eyka yang macam bagus kan. haha. Siapa yang baca ni, saya tak minta pun anda setuju dengan pendapat saya ni. Just read and think. Terima kasih kerana membaca.

P/S: Kesayangan saya semua tak suka saya letak gambar banyak-banyak. Saya rasa, memang betul mereka sayangkan saya.

SEKIAN, 2.15pm