Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Wednesday, March 23, 2011

Lelaki selalu lebih dan Melayu

Bukan milik saya.

When it comes to do things, things yang berkualiti, why lelaki selalu lebih daripada perempuan?


Cuba tengok sekeliling. Tengok dan observe dan fikir. Selalu, lelaki ke perempuan yang banyak menonjol? Perempuan. YET lelaki punya kerja yang selalu dapat markah tinggi. Dalam blogging pun sama. Siapa yang lebih menonjol? Perempuan. YET entri lelaki lebih banyak yang lebih berkualiti.


I wonder why?

Adakah sebab saye sendiri yang pandang macam tu? Atau bende ni memang betul berlaku? Ajaib kan lelaki ni. Perempuan selalu dapat attention lebih, tapi lelaki selalu pasti akan dapat yang lagi lebih daripada perempuan yang dapat attention tu. Paham tak? err.

Never too late, but it is kinda.. impossible.

Perempuan memang ramai yang bijak. Yang bijak dan pandai. Bukan dari segi akademik je, berfesyen pun ramai yang pandai. Ramai yang reti match colour itu match pakaian itu dan ini yang bile digabungkan together berjaye menampilkan sesuatu yang... menarik.


Tapi lelaki, tetap lebih bijak dari perempuan. Tetap lebih menarik daripada perempuan. Even tak perlu match kan colour apape pun. The simpler the better, untuk lelaki. Diorang tak payah buat apape untuk menarik perhatian orang, tapi still diorang dapat perhatian orang ramai.


Best kan jadi lelaki? Bukan sebab perhatian tu, tapi sebab ability diorang untuk keluarkan sesuatu hasil yang berkualiti tu, lebih banyak dalam lelaki. Perempuan memang perfectionist. SANGAT. Dan hasil perempuan pun berkualiti jugak. Tapi lelaki, tak yah jadi perfectionist pun dah boleh hasilkan sesuatu yang berkualiti.


I wonder why?

Lelaki, lelaki. Gunakan lah kemahiran tu dengan betul. Anda ni spesies yang unik dan dicipta untuk jadi ketua ye. Bukannye jadi kuli. Maka, gunakanlah kemahiran anda tu. Jangan sia-siakannya dengan nikmat yang baru diberi sikit. Baru dapat nikmat sikit, dah riak lupa daratan.


Lelaki, lelaki. Kan bagus kalau lelaki sekarang ramai yang pandai berfikir sebelum bertindak. Ramai yang matang awal. Ramai yang ade semangat juangan yang awal. Daripada jadi anak-anak kecil yang hanya tahu melepak perabis duit mak bapak, baik lah lelaki-lelaki ni gunakan kemahiran yang sedia ada tu untuk sesuatu yang membangunkan diri sendiri.


Lelaki, lelaki. Tak ramai lelaki sedar yang mereka tu berguna. Ramai yang sedar mereka tu berguna bila mereka tu kaya dan handsome. Tu pun berguna untuk pikat awek-awek yang comel comel je. Yang tak kaya dan tak handsome ramai yang terlalu fikirkan nasib diri sendiri dan bandingkan diri dengan orang lain yang kaya dan handsome tu.

Jangan samar-samarkan hidup anda.

Lelaki, lelaki. Setakat banding membanding diri tu dengan orang lain tapi tak berjalankan otot-otot badan tu tak membangun jugak. So, saye berharap para lelaki yang membaca (walaupun saya tahu jumlahnya tak ramai), saya harap yang baca tu sedar dan bangkit mulai sekarang.


Lelaki melayu. Do something for your own race guys! (bukan laki je, pompuan pun). We are Malays. We should be Malays and we should prove to others that Malays also can succeed! (dah macam budak cheer dah) Saya tak suka. Bukan tak suka, tapi saya menyampah dengan orang Melayu yang tak mengaku melayu. Yang malu nak jadi Melayu.


Kenapa malu? Sebab Melayu ni bangsa tak guna, katanya. Mundur. Loser. Memalukan. Ya, memang tak guna. Sebab apa? Sebab kamu sendiri tu yang tak guna. Kamu patut cakap dengan cermin sebelum nak malu dan membenci bangsa sendiri. Bangsa tu tak salah pun. Rasanya, memang mentaliti orang sekarang ya, suka membenci bangsa sendiri. Entah la.


I wonder why?

Kalau dah tahu pihak atasan ada corruption, takkan nak tunggu anak-anak muda ni semua tercorrupt same baru nak bangkit? Daripada membenci, baik mula bagi angin-angin dan pengaruh positif kepada anak-anak muda sekarang ni kan. Bangunkan minda diorang supaya rajin berfikir. Berfikir ke arah something.. yang bukan sia-sia.


Tak perlu salahkan bangsa tak perlu menangis dilahirkan sebagai Melayu kerana kalau anda menangis, itu bermakna anda menangis kerana anda sebenarnya tak mampu nak jadi Melayu. Ya, itu baru betul. Orang yang membenci dengan bangsa sendiri sebenarnya sedang membenci diri sendiri.


Benci dan terus membenci tanpa ada apa-apa peningkatan pada diri sendiri. Sampai bila? Sampai mati pun kamu itu tetap Melayu, walaupun kamu tak mengaku yang kamu itu Melayu. Ya memang, ramai antara kite yang bukan pure Melayu pun, sebab tu tak mengaku diri Melayu. Tapi..

Tick tock tick tock. . .

Entahlah. Kenapa mesti nak pandang ke masa silam, dan sejarah atuk nenek kita sedangkan sekarang kita berada di waktu sekarang? Kenapa mesti nak serabut kepala otak memikirkan bangsa aku ni apa sebenarnya semata-mata tidak mahu mengaku diri sendiri itu adalah Melayu?


Eleh, eyka. Melayu lah sangat awak tu kan. Lagu kat blog pun lagu omputih. Bahasa kat blog pun kekadang bahasa omputih. Nak suruh orang mengaku Melayu, awak tu mengaku ke awak tu Melayu? Yeah. Saya mengaku saya Melayu. Dan yeah, saya dengar lagu omputih cakap omputih sekali sekala. Kenapa, tak boleh?


Memang ye, Melayu suka fikirkan sesuatu yang bukan-bukan, sesuatu yang tak berfaedah, sesuatu yang sia-sia, seperti melabel orang lain daripada membangunkan diri sendiri, kan? Memang macam tu ke mentaliti orang-orang kita ni? Ke saye je over emosional tetibe fikir macam tu? Entah. Haha.

Tak mampu nak buka mata.

Melayu patut sedar bahawa mereka tu Melayu. Dan saye juge berharap agar para lelaki ni sedar bahawa mereka tu sebenarnye aset kepade negara. Cuma banyak lelaki sekarang ni tak sedar bahawa mereka tu lelaki. Lelaki yang patut jadi pemimpin. Sebab sekarang ni ramai lelaki yang takde ciri-ciri lelaki pun saya tengok. Semuanya macam.... emmm tak sanggup pulak nak cakap.


Well, I said not to all, but to some. Yes, some. Sebab ade je para jejaka(s) yang berwibawa, orang pandang pun wow! Tabik sebab ada ciri-ciri leadership yang kental. Boleh jadi imam, untuk rumah tangga dan juga rumah tak bertangga (negara). But majority anak-anak mudaku where are youuuuuuuuuuuu I can't see youuuuuu! Hehe (tergelak pulak)


Ke, lelaki memang kalau mude-mude selalu nak perabis mase melepak dulu. Lekleksapkok lu orang kate kan. Bila besar kang baru terkontang-kanting nak hidup. Well, hidup mesti mau enjoy. Enjoy enjoy sampai semua pun terabai kan kan kannnn. Hesh. Kalaulah semua orang tahu erti hidup susah, mesti diorang akan lebih cepat matang dan akan tahu nak gunakan potensi diri sebaiknya.

Life is short but the journey is longgg guys!

P/S: Orang kata lelaki matang umur 25 tahun. Ages are just a number, tapi mungkin ada betulnya kan. ZzZz. Entahlah. =,="


SEKIAN, 11.35pm. Pictures by: Wonderland.

19 comments:

Anonymous said...

lelaki memang malas nak bangkit awal2.dulu aku zaman sekolah pun sama hanyut semua benda aku nak cuba.kalau tak cuba masa muda masa bila lagi?tapi skrg dah tau sikit dan tau la mana baik mana buruk.


ps//entry kau selalu panjang2.panjang dan ada isi.aku suka.

Vee said...

First time reading your blog.


Nice view though I know there is a lot of Malays out there who are young and talented.Like you have mentioned,only few guys know how to be a guy and I am quite interested here because I am a guy,and I wish that you can list down what a guy should do in order to be a guy.If you don't mind.In next entry,perhaps?It's ok if you dont want to.Just suggesting.


Anyway,I like how you voice out your opinion where I agreed that Malay youngsters nowadays are not proud or seems uncomfortable and ashamed in being a Malay.


Overall,ive enjoyed your writings! Gonna read more soon.

cimon said...

hmm...kualiti ke...depends pd banyak sudut... kerjaya...penulisan...pics...fesyen...rasenye bukan sume bidang lelaki nie boleyy jd berkualiti serentak...& tak sume lelaki boleyy jd pemimpin yg baik dlm masyarakat @ keluarga...coz lelaki pon manusia biase...khilaf juga.

p/s: lelaki akan cepat matang bila dia menanggung tanggungjawab sepenuh hatinya - yg perlukan perfection - agar tiada yg dilukai - maka otaknya akan berfikir perancangan yg jauhhh kehadapan - bg melaksanakan tugas tsbt dgn baik (^v^)

Tak Bernama said...

lelaki memang begitu eyka....
dah dewasa nanti baru sedar kepentingan menghargai masa....

Eyka Hamasuba said...

anonymous,
herm. kalau tak cuba masa sekarang,bila lagi? hoho. okay -,-"




Vee,
First, thanks for visiting my blog. :D Second, I'll post if i want to, later. thanks for suggesting. We should change the mindset, Malays are not losers.



cimon,
so far eyka tengok memang lelaki yg selalu macam diam diam ubi kentang berisi. hehehehe. maybe sebab lelaki tak suke bercakap kot. lebih suke diam kan. :) anywy eyka suke tgk lelaki matang. rase macam WOW. haha :P




tak bernama,
bukan lelaki je sebenarnye perempuan pun macam tu jgk muehehehe tp pmpuan mcm cepat dewasa sikit berbanding lelaki kann:P

Vee said...

Yes Malays are not losers indeed.Thank you for considering my suggestion.Enjoy your holidays!

Unknown said...

1st time masuk cni.
suka entry ni
;)

Eyka Hamasuba said...

vee,
thank you vee. nice to meet you hohoho

ery,
thank you sbb sudi masuk, dan bace. hehe :)

ahmadzamri said...

tapi the fact is aku 1/8 je darah melayu, so? just because mycard aku tulis aku MELAYU kena terima lah aku melayu? x nak x nak !

hahaha!ok itu gurauan semata-mata. :) nice post yaww :)

nota tambahan: minda melayu tipikal, " jadi melayu la senang, mara bantu, kerajaan bantu, felda bantu nu bantu ni bantu." Aku boleh terima hakikat atuk moyang kita dilahirkan dalam keadaan tertindas, meminta dan mengharap bantuan penjajah memberi secubit belas kasihan. Tetapi kini kita sudah setengah abad merdeka, tetapi mentaliti kaum bangsa ini x berubah mahupun beganjak. "kekalkan hak melayu!" "Melayu x kan hilg di bumi!". etc etc. Ramai yang secara tersiratnya, gagal mengawal minda masing-masing, membiarkan hati dan nafsu mengawal tingkah laku. Melayu yang mengampu, tetap mengampu. Melayu yang menindas tetap menindas. Yang tamak terus haloba. Yang kaya terus kaya, yang miskin, papa kedana. Melayu sudah seolah-olah (ayat kasarnya) perempuan yang telah dicabul haknya, dan berasa, sudah2 lah berjuang demi hak-haknya, biarkan saja dia terus dicabul. Dan yang palik menarik, pusingan/ kitaran kejahilan kaum bangsa ini berkitar sesama sendiri sahaja. Yang berjuang, berjuang melawan melayu. Yang mengampu, mengampu malaon melayu. Yang kaya, rompak harta Melayu. Yang miskin, harta dicuri org Melayu. Tahniah bangsaku. semoga kekal amanlah dikau 50 tahun lagi, x payah pening2 nak berubah. :)

Eyka Hamasuba said...

haha, sedih kan zam. :(

Eyka Hamasuba said...

niway zam, thanks for the additional information. :)

Anonymous said...

hahahah...

sbg lelaki, saya mngaku mmg majoriti cam tu.. lmbt matang dan enjoy...

sbg melayu, saya mngaku yg kaum ni jns tk leh tgk org lbih... tp tk nk nk usaha...

sbg org malaysia, saya syg negara saya tp nk ubah negara kna msk politik.. dan pilitik sngt kotor...

hahahah...
sekian...

Eyka Hamasuba said...

hahaha thanks komen. btw, susah kan hidup skrg ni. tskk tskk rase nak lari ke kutub utara je main2 dengan polar bear.

sy@hir @hoy said...

Whasap!

Banyak orang Melayu malu hendak mengaku Melayu. Sedih melihat bangsa kita saperti ini.

Termasok orang2 ternama sekarang. Lebih sudu dari kuah, berbangga2 dengan budaya asing, menggadaikan agama sendiri, demi kuasa. Kononnya tak minta untuk jadi Melayu.

Secara tak langsung, mereka tidak tahu erti bersyukur yang Allah SWT jadikan mereka Melayu. Bagaikan melawan Qada' dan Qadar.

Owh ya Eyka, memang betul pada kebiasaannya Lelaki matang masa 25 dan juga peralihan 26 tahun. Begitu juga wanita.

Maksudnya di sini, tingkat pemikiran, kepandaian, kecerdikan mereka sudah mencapai tahap kematangan setara. Bisa memikirkan hal-hal serius untuk survival kehidupan.

Terpulanglah kepada mereka untuk sedari akan hal ini atau tidak.

Pun begitu, bergantong kepada suasana persekitaran. Kalau hidup dikelilingi dgn komuniti tak matang, mereka akan ketinggalan & lambat matang :P

Eyka Hamasuba said...

syahir,
tu la. eyka sebenarnye malu dgn org Melayu yang malu nak mengaku Melayu ni. tapi nak buat macam mana, dah tu mentaliti orang kita. muehehe. niway lelaki sekarang ramai matang lambat sbb dari kecik tak penah hidup susah. kalau dulu, orng2 dlu cpat matang sbb diorang hidup susah dan lebih tahu dan mengenali kehidupan.

sy@hir @hoy said...

Betol tu. Kebanyakan Laki biasanya matang lewat sikit hehe. Tp akhirnya mereka matang jua. Sbb tu kajian sains kata average 26thn laki kan matang. Tp ada gak matang awal bagi yang jenis bukan anak manja :p

Senang je nak tau seseorang tu matang ke tak (either laki @ wanita), perhatikan apakah mereka boleh wat kerja2 termudah spt - basoh kain sendiri, gelas @ pinggan.

Law of probability kat mana2 negara tmasok Msia senang je. 1/3 rakyatnya tak patriotik, dah malu nak mengaku mereka Melayu & agong dgn budaya lain seolah2 budaya sendiri kuno. Nasihat mereka pon tak gune, macam cakap ngan tunggol.

1/3 patriotik, tp blum sepenohnya just simpan2 dalam hati.

1/3 lagi benar patriotik dan sanggup mati demi tanah airnya.

:p

cekelat pekat said...

first time baca your entry..jatuh hati dengan cara you tulis..haha

PenjuruKosong said...

salam..
melayu mmg bangsa x guna
loser
mundur??

yes!!
sebab kita yg membenarkan org melabelkan kita begitu..

org kata melayu malas..
jgn nk tunjuk malas kat bangsa lain
org kata melayu bodoh..
bangkitkn diri untuk menimba ilmu, tunjukkn kecerdikn yg ada
melayu ramai yg cerdik sebenarnya..

org melayu... sila berfikir

janxxx said...

lelaki yg bagus ada..cuma tak ramai..lelaki yg baik ada, cuma segelintir yg menonjol..eyka, mulai sekarang org yg xmngaku melayu atau malays tu kite gelar die 'meleis'..mean dorg tu poser, melayu yg mundur, malas dan bodoh nk mampus..so bile org cakap melayu tu truk ke ape, kita tau, yg bangang tu golongan meleis bkn melayu..ok