Binatang yang paling setia dengan pasangannya.
Hai para gadis dan jejaka-jejaka sekalian.
WOPS. Sebelum tu, saya pasti tak ramai jejaka yang membaca blog saya ni. Sebab peratusan untuk jejaka membaca blog saya sangat tipis. Dengan jumlah mereka yang nipis berbanding perempuan, dan jugak dengan sifat mereka yang banyak tak suka membaca perkara remeh yang sering diutarakan oleh seorang perempuan macam saya, maka saya concludekan yang pembaca blog saya ni rata-ratanya terdiri daripada kaum hawa. Huehuehue
Lelaki mana suka membaca. Dulu dekat sekolah yang selalu menang aktiviti membaca, NILAM tu pun banyak terdiri daripada gadis-gadis je. Mana lelaki pergi ya? Hairan dan pelik. Well, aku bangga tergolong dalam golongan gadis. Golongan gadis yang suka membaca, dan menulis, dan mempunyai blog. Lelaki, mana kau? Hihi. :P
Oh ya, aku sedang bosan. Maka aku suka berangan. Harini aku berangan untuk berkahwin dan mempunyai anak. Bukan gatal namanya, tapi perempuannnn kan memang suka berangan. Aku ingat aku nak kahwin dalam umur 26tahun nanti, lepas habis belajar. Tapi kalau ada orang datang pinang awal, aku terpaksa lah kahwin awal. Well, jodoh dah datang kan nak buat macam mana. :P
Just married la jawabnye. Muehehe.
Eh eykaaa, umur baru 9teen dah pandai berangan untuk berkahwin. Tu baru saya. Belum gadis-gadis sunti yang lain yang lagi muda. Mesti mereka juga selalu berangan untuk berkahwin, kannnnn. Hehehe. Apa salahnya kahwin muda. Seronok apa. Lagi-lagi yang dah berkemampuan dan dah punya kekasih hati. Nak bercinta pun rasa bahagia sebab semua benda halal kan.
Tapi, aku terfikir jugak. Kalau aku kahwin awal, siapa nak bagi makan aku di masa depan nanti? Dengan pelajaran yang entah ke mana, dengan masa depan yang tah apa-apa, boleh ke aku survive? Nak harapkan bakal suami je, cukup ke gaji dia nak menampung hidup aku, dan hidup anak-anak nanti? Dah la aku nak mempunyai anak seramai yang boleh, memang tak mampu lah kan suami nak tanggung kesemuanya.
Lagi-lagi kalau bakal suami aku tu jenis yang miang, yang berniat nak kahwin lebih daripada satu. (minta dijauhkan) Oh, mentang-mentang lelaki dah kurang, perempuan dah ramai, mula lah tu nak pasang niat nak buat amal ibadah kononnya. Lelaki, lelaki. Pukul dengan penyapu tahu la! Hihi. Harap harap bakal suami saya nanti takde nak pasang niat macam tu.
Semburkan sikit mandrem cinta kat bakal suami. FUH FUH :P
Kalau ada pasang pun, aku tahu dia tak mampu. Sebab aku niat nak beranak ramai. Makin ramai anak, makin banyak tanggungan. Makin banyak tanggungan, makin banyak tanggungjawab, makin susah bakal suami nak berfoya-foya dan juga makin tipis probability dan kemampuan si bakal suami untuk kahwin lagi satu. Hik hik.
Kenapa aku nak beranak ramai? Anak itu kan anugerah dan hadiah daripada Allah yang tidak ternilai harganya. Aku harap dapat lah didik anak aku nanti supaya mengenang jasa dan menjadi anak yang taat kepada perintah agama. Ewah. Aku ni berharap macam lah aku nak beranak esok hari. Ish, takpe. Pasang niat awal, tak salah kan.
Oh ya, aku pasang niat nak kahwin umur 26 tahun sebab aku taknak menyesal kahwin awal. Aku bukan takut. Selain takde orang nak masuk meminang lagi buat masa ni, aku juga taknak masa depan aku diabaikan disebabkan perkahwinan. Zaman sekarang tak macam zaman dulu. Zaman dulu nak kahwin 16tahun pun boleh, takda masalah.
Rasa bahagia je kahwin muda.
Tapi sekarang? Susah beb, susah. Kenapa aku cakap susah? Sebab sekarang ni semua benda perlukan duit. Wang, money, currency. Perlu kan? Dan nak cari duit itu juga satu hal. Rezeki semua memang datang daripada Allah. Dia lah maha pemberi rezeki. Tapi kalau aku tak usaha pun, rezeki takkan datang secara tiba-tiba, kan?Sebab tu bagi aku kalau nak kahwin tu, kena pastikan diri sendiri stabil dengan kewangan, dan pelajaran. Pelajaran itu yang boleh menjayakan kita. Bukan setakat pelajaran yang kita belajar, tapi jugaa pelajaran sehari-harian which is : experience. Takde pelajaran memang tak kemana lah hidup ni kan.
Kalau aku sayang sekalipun kat seseorang lelaki tu, dan lelaki tu dah berkemampuan nak kahwin dengan aku pun, aku rasa aku nak habiskan study dulu dan dapat kerja baru aku akan kahwin. Ni untuk kebahagian aku dan dia jugak. Dia tu siapa? Dia tu bakal suami ya. Siapalah agaknya 'dia' tu kan? Mesti dia pun sedang tertanya-tanya siapalah agaknya bakal isteri dia tu kan.
Jodoh semua sudah termaktub.
Sekali tengok aku dijodohkan akan kahwin dengan orang yang aku kenal, yang aku tak sangka pun aku akan berkahwin dengan dia. Oh, tidak! Aku rasa mesti kelakar bila aku baca balik entry ni. Haha. Tapi aku harap, aku akan berkahwin dengan orang yang aku tak kenal, dan dia pun tak kenal aku sebagai aku di internet ni. Aku nak bakal suami yang kenal aku melalui aku di dunia nyata, tanpa tahu menahu tentang 'aku' di internet ni. Hihi.
Aku memang suka lelaki yang tak sibuk dengan dunia internet ni. Bagi aku, biar aku je lah yang sibuk dalam internet, dan biar dia sibuk dengan real life. Baru kontra. Kalau dua-dua sibuk dengan internet, memang takk lah kan. Mesti bosan hidup kalau macam tu. Hihi. Dan aku harap dia takde blog, dan tak aktif facebook.
So far, kekasih hati aku sekarang ni menepati ciri-ciri lelaki yang aku harapkan di atas ni tadi. Seronok tau bercinta dengan orang yang lain daripada kita. Aku suka bergambar, dia tak suka. Aku suka bergaya, dia tak suka. Aku suka online, dia tak suka. Aku suka berblog, dia tak suka dan banyak lagi yang aku suka dia tak suka. Aku memang sukakan seseorang yang lain daripada aku. Hehe.
Baru comel nak 'just married' :P
Oh ya, berbalik kepada isu kahwin. Aku bercita-cita nak kahwin selepas semua tentang aku ni dah stabil. Sebab nanti takdelah bakal suami aku tu je sorang membanting tulang nak memberi nafkah kat aku. Walaupun aku memang berniat nak jadi isteri mithali yang tidak bekerja, duduk rumah menjadi seorang surirumah tangga yang berjaya je sepenuh masa, still aku tak sekejam itu.
Aku rasa berbaloi kalau aku pun punya kerjaya untuk masa depan aku. Berbaloi sebab hampir seluruh hidup aku dihabiskan di sekolah, di universiti untuk mencari ilmu. Sia-sia je lah hidup aku kalau masa yang aku habiskan untuk mencari ilmu tu dibuang begitu sahaja tidak digunakan.
Kalau aku nak kahwin awal, taknak bekerja nak biarkan bakal suami je bekerja, baik aku duduk je kat rumah sekarang ni tunggu orang masuk meminang. Hidup sangat tak seronok kan macam tu? tak berkembang. Kalau ada kerjaya at least adalah jugak benda yang kita nak buat dan fikirkan sehari-harian nanti.
Takde lah nak berkepit je 24 jam.
Aku harap boleh dapatkan ijazah dalam undang-undang tanah air. Bila dah ada sijil, senang aku nak bekerja. Pengalaman hidup sepanjang mendapatkan sijil dan pelajaran tu yang paling penting sebenarnya. Sebab tu, aku tak kisah perabiskan masa aku dengan mencari ilmu sementara hidup ni.
Aku rasa lagi berbaloi kalau aku fikir pasal ilmu daripada fikir pasal kahwin, kan? Benda kahwin-kahwin ni, biarlah dia datang secara tiba-tiba tanpa perlu dirancang. Biar time nak kahwin tu baru aku rasa macam eh, tak sangkanyee nak kahwin dah! Haha. Aku memang suka macam tu. Tak alert, tiba-tiba keadaan dah macam tu. Hehe.
So sekarang, motif entry kali ini selain menceritakan angan-angan aku, aku juga ingin memberi nasihat kepada gadis-gadis di luar sana supaya merangka masa depan dengan baik. Jangan ikutkan sangat perasaan sayang tu untuk berkahwin awal. Kahwin awal memang best, tapi fikirkan lah juga bahawa hidup ni bukanlah untuk bercinta dan berkahwin semata-mata ya, ingat tu! :)
Good things come to those who wait.
27 comments:
Ramai plan nak kahwin on 26.I pulak berangan nak kahwin when I am 30.Time tu rasanya semua dah stabil kot.
wah wah wah.. bukan main lg.. hehe
Yup, kena ada perancangan.. yea dan sy sudah ada perancangan.. InsyaAllah tak lama lg sy jemput kamu.. tp biarlah cita2 sy terlaksana dulu.. Ada calon ke takde, itu belakang kirer~..
x)~
my mom ckp kalau khwin awal byk bnda nak kena fikir and susah nak smbg study.so i agreed that better finished study dlu before get married.:))
Syira plan nak kahwin around 26 jugak!:))
nurulatiqah,
30? ummm tak rase macam lmbt sgt ke? hehe. anywayy ok lah tu during that time, dah berjaya dapat master or phD agaknye kan. best la :D
zro,
wuahhh yey2 tak sabar makan nasik minyakkk. hehehe. ok ok, semoga semuanye (Cita2+planning berkahwin) ni berjalan dengan lancar. :D
syira,
ha'ah kawan2 eyka pun ramai nak kahwin 26. rasenye nnti mesti sibuk nak bertandang ke majlis kawan2. hik hik. ;p
Eyka please buat button like !
:)
bagus kalau dah ada perancangan.
umur tak menjamin kebahagian.
yang penting niat nak kahwin tu kena betul.
:)
haha kalau ann , ann nak kawin umur 26 jugak (: cikgu ann cakap , kalau kita nak kawin ummur 26 actually 10 tahun lebih awal , kita dah bole doakan untuk bakal jodoj kita (:
ann dah plan habis dah semua.kalau boleh masatu economy dah stabil haha and yang penting bakal suami ann kena beriman , bertanggungjawab dan boleh membimbing (:
and i was thinking lepas kawin kang , nak ajak suami sambung belajar amik master ke phD ke eann. haha
-ann
*lelaki tersesat kat sini
Kalau hanif, hanif dah buat peta, untuk 10 tahun ke hadapan. Dah set bila untuk apa,apa, yang besar2 la. tapi lupa nak letak, kahwin*result spm!! (:
anonymous,
emmmmmmmm malas la nak buat. nanti2 la. hehe btw thanks bg cadangan.
perantau,
hehe niat kene betul eh. ok ok perbetul niat skrg jugakk ;p
ann,
kannn? 26tahun mmg ramai org nak kahwin. harap2 time tu dah ok semuaaa. hehehe em kalau lepas kahwin nnti macam susah je ann, sbb nak kena jaga anak. maybe kalau anak dah besar sikit baru boleh nak continuee. tp ok gak tu study same2. ececeh :DD
haniff,
wahh bagus la die ni. tak terfikir untuk kahwin lagi. rasenye laki mmg jarang fikir nak kahwin di usia muda ni kann. maklumlah laki kan ketua keluarga. hihi. result keluar bile haniff? eyka igt last monday. ke next monday? haish.
aku rasa kahwin umur atas 25 ok kot. kau nak cont BLS maybe dalam umur 26,27 suitable kot kalau perjalanan study kau bergerak lancar.
ish ishh eykaaa! seronoknye die cite plan die. da strt ckp mmg xleh stop haha. memang kne perah otak bce blog awk ni tau tak. haha panjang same mcm awk ckp hihi :) semoge berangan tu smpi dlm mse 7thn lg ;p
anony,
muehehe baiklah. terime kasih anony! :D
aina,
awakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk kiss dlu mwah mwah! hehehehe. mesti lah wakkk haish saye ni kan suke berangan. hahaha awakkkkkkkkkkk jom keluar!
eykaaa... awakkk gatal. hehehehe. same dgn la kot ngn sy. tp im 23 this year. so ms uh coming soon je. hahahahhaa. jgn jeles. hehehe. hope dpt kahwin dgn si dia yg tepat. kan? aminnnn. tp lelaki skg ni bkn leh pcaye sgt. so pape un trust harus ada. tak caye un ssh gak. -.-"
but kite as pompuan still kene ada kelulusan sndiri knnn. so even da kawen un tak terlalu bgantung dgn laki kite. so in case, new summer collections kua, kite leh beli tanpa mntk duit kat husband. tol x? hahahhahaa.
:)
bella,
kak bellaaa eyka gatal ke? hihi jgn la macam ni. maluu tauuu.. hahahaha :p oh yee betul tu. skrg ni susah nak cari lelaki yg same je. selalu mesti time kenal lain, bercinta lain, kahwin entah cemane tah kan. takut jugak. so kene prepare kan la aset diri sendiri iaitu : pelajaran. kannnnn. hehe part last tu best. memang betul. baru best nak shopping sepanjang masa nnti sbb ade duit sendiri! :P
best betul angan-angan awak ni eyka!nak kahwin dan beranak ramai.tak ramai perempuan nak ramai anak sebab susah nak jaga katanya.tapi apapun saya doa awak dapat lelaki yang baik untuk awak ya eyka...
anonymous,
erkkk ok.terime kasih ;)
walau zaman berubah, kawin awal sebenarnya bagus dan perlu dikembalikan semangatnya buat generasi masa depan.
Ada cara dia..yakni, nikah gantung kerana dalam Islam boleh, bagi sesiapa yg belum ready sepenuhnya.
Cuma bila dah nikah, haruslah merancang utk tiada anak wat masa ni.:P
Sama saja cam berkapel, tapi kalu nikah semuanya halal.
Hehehehehe.. skrg ramai kawin lewat. eyka ade kenal sorang budak ni baye eyka, keluar asasi sebab kahwin. skrg dgr cerita die dgn psgn die tu tak bahagie, suami selalu dera die. suami dia sebaya. sedih lak dengar. huhu
aku stuju ngan ko ttg cari pasangan yg agak bertentangan sifatnya dgn kita coz nanti bila da kawen, baru laa saling melengkapi - best!! (^v^)
p/s: tp kene sekepala jugak (^_~)
p/s/s: aku nie panda lelaki tau (T_T)
yezzahh itu yg kita carikk! haha dlm kontra2 tu ade jgk keserasiann. :D
aku suka cara kau berfikir.kau fikir bukan untuk sekarang tapi untuk masa depan.
hhe, eyka nie best la! blog nie terbaik! mcm baca prolog novel melayu. ceywah. haha.
btw,eyka mesti tak perasan farah kan? farah slalu pergi bilik atiqah razak. slalu jumpa eyka tgh tgk movie :)
anony,
thanks. terharu tskk tskk srott *sedut hingus* :p
nad,
ohhhhhhhhhhh nad kawan fida kan? hehehe kenal laaaa. aritu pnah datang bilik atiqah nak air masak megi kan kan hehe and gossip psl pasangan gay tu hehe :p
haha yup2 :)igtkan tak perasan.. suka bloq eyka. interesting. keep on writing yaa :D
Result last wednesday *lambat gila reply balik. Dah dapat daaah ;D
Hye Eyka! Kes2 saperti itu bisa terjadi kalu kawin awal at the same time tak ready. Akhirnya gadoh tmasok baling pinggan sana sini.
Sabenarnya, memang betol kena ada perancangan sebelom nikah.
Tp ada je orang kawin awal bahagia. Kawin awal utk elak maksiat terutamanya. Dpd dok besedudukan 1rumah, baik kawin je.
Ibu bapa perlu open juga kalu anak nak menikah. Kang bila tak nikah, wat hal dapat baby x halal, yang bersalah pasti akan dimaki oleh ibu bapa, dihalau rumah dan sbgnya.
Lagi satu, soal kawin ni juga...pihak pemerintah ada tanggungjawabnya.
Daripada dok penat abis jutaan ringgit utk program pemulihan akhlak, why not sponsor mereka2 nak kawin awal and bagi reward lain2 saperti wang saraan free, scholarship untuk 1 jangka masa, tapak bisness and lain2. Even keja kat library pon jadilah hehe.
InsaAllah, maksiat kurang at the same time, menggalakkan lahir masyarakat sihat, kuat dan berzat.
Pastu, impact lain plak...performance study pon meningkat ntah2 bebudak dpt DL4.00 sekali harung hehehe.
Tak silap saya, ada beberapa negara yang bagi reward kat sapa2 nak kawin nih. Tak ingat negara apa.
Takpa2..by the time kita Gen 70, 80 & 90an ambil alih tampuk pimpinan tanah air, kita buat dasar dan perancangan baru utk lahirkan masyarakat madani first class!
Berani berubah! :p
syahir,
a'ah betul tu kahwin awal ade je yang bahagia ade je yang tak. yang eyka tahu mungkin nasib tak baik kot, so tak bahagie. hehehe tapi kahwin ni pun tak boleh buat main2 sbb kahwin ni bukannye setakat lesen menghalalkan hubungan pmpuan lelaki, tapi juga merupakan permulaan satu institusi masyarakat yang ade peribadi yang sihat dan baik. sbb tu kena ada pengetahuan dulu sblm kahwin sbb marriage is not about sex je. it's about..its about. its about ape eh? haha. ha! it's about membina keluarga yang boleh membangunkan diri sendiri dan negara..macam tu la. hehehe..btw kalau kerajaan buat sponsorship tu pun belum tentu orang2 skrg ni nak kahwin sbb diorang anak-anak muda skrg ni byk takutkan komitmen. bukan sbb diorang takde duit. tapi sebab diorang memang taknak kahwin. emm tapi ok jugak idea tu kan bagi mengelakkan anak haram sume. hehe tp takut kang orang nak kahwin skrg fikir untuk dapat anak je, bukan untuk bahagia pun. sbb tu kes2 cerai skrg ni pun smgkin meningkat kan. hehehe ntah lah syahir. eyka pun taktahu snanye. tu dari pendapat eyka je. haha :p
Post a Comment