Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Monday, March 21, 2011

Bila Eyka start berangan : Kahwin

Binatang yang paling setia dengan pasangannya.

Hai para gadis dan jejaka-jejaka sekalian.

WOPS. Sebelum tu, saya pasti tak ramai jejaka yang membaca blog saya ni. Sebab peratusan untuk jejaka membaca blog saya sangat tipis. Dengan jumlah mereka yang nipis berbanding perempuan, dan jugak dengan sifat mereka yang banyak tak suka membaca perkara remeh yang sering diutarakan oleh seorang perempuan macam saya, maka saya concludekan yang pembaca blog saya ni rata-ratanya terdiri daripada kaum hawa. Huehuehue


Lelaki mana suka membaca. Dulu dekat sekolah yang selalu menang aktiviti membaca, NILAM tu pun banyak terdiri daripada gadis-gadis je. Mana lelaki pergi ya? Hairan dan pelik. Well, aku bangga tergolong dalam golongan gadis. Golongan gadis yang suka membaca, dan menulis, dan mempunyai blog. Lelaki, mana kau? Hihi. :P


Oh ya, aku sedang bosan. Maka aku suka berangan. Harini aku berangan untuk berkahwin dan mempunyai anak. Bukan gatal namanya, tapi perempuannnn kan memang suka berangan. Aku ingat aku nak kahwin dalam umur 26tahun nanti, lepas habis belajar. Tapi kalau ada orang datang pinang awal, aku terpaksa lah kahwin awal. Well, jodoh dah datang kan nak buat macam mana. :P

Just married la jawabnye. Muehehe.

Eh eykaaa, umur baru 9teen dah pandai berangan untuk berkahwin. Tu baru saya. Belum gadis-gadis sunti yang lain yang lagi muda. Mesti mereka juga selalu berangan untuk berkahwin, kannnnn. Hehehe. Apa salahnya kahwin muda. Seronok apa. Lagi-lagi yang dah berkemampuan dan dah punya kekasih hati. Nak bercinta pun rasa bahagia sebab semua benda halal kan.


Tapi, aku terfikir jugak. Kalau aku kahwin awal, siapa nak bagi makan aku di masa depan nanti? Dengan pelajaran yang entah ke mana, dengan masa depan yang tah apa-apa, boleh ke aku survive? Nak harapkan bakal suami je, cukup ke gaji dia nak menampung hidup aku, dan hidup anak-anak nanti? Dah la aku nak mempunyai anak seramai yang boleh, memang tak mampu lah kan suami nak tanggung kesemuanya.


Lagi-lagi kalau bakal suami aku tu jenis yang miang, yang berniat nak kahwin lebih daripada satu. (minta dijauhkan) Oh, mentang-mentang lelaki dah kurang, perempuan dah ramai, mula lah tu nak pasang niat nak buat amal ibadah kononnya. Lelaki, lelaki. Pukul dengan penyapu tahu la! Hihi. Harap harap bakal suami saya nanti takde nak pasang niat macam tu.

Semburkan sikit mandrem cinta kat bakal suami. FUH FUH :P

Kalau ada pasang pun, aku tahu dia tak mampu. Sebab aku niat nak beranak ramai. Makin ramai anak, makin banyak tanggungan. Makin banyak tanggungan, makin banyak tanggungjawab, makin susah bakal suami nak berfoya-foya dan juga makin tipis probability dan kemampuan si bakal suami untuk kahwin lagi satu. Hik hik.


Kenapa aku nak beranak ramai? Anak itu kan anugerah dan hadiah daripada Allah yang tidak ternilai harganya. Aku harap dapat lah didik anak aku nanti supaya mengenang jasa dan menjadi anak yang taat kepada perintah agama. Ewah. Aku ni berharap macam lah aku nak beranak esok hari. Ish, takpe. Pasang niat awal, tak salah kan.


Oh ya, aku pasang niat nak kahwin umur 26 tahun sebab aku taknak menyesal kahwin awal. Aku bukan takut. Selain takde orang nak masuk meminang lagi buat masa ni, aku juga taknak masa depan aku diabaikan disebabkan perkahwinan. Zaman sekarang tak macam zaman dulu. Zaman dulu nak kahwin 16tahun pun boleh, takda masalah.

Rasa bahagia je kahwin muda.

Tapi sekarang? Susah beb, susah. Kenapa aku cakap susah? Sebab sekarang ni semua benda perlukan duit. Wang, money, currency. Perlu kan? Dan nak cari duit itu juga satu hal. Rezeki semua memang datang daripada Allah. Dia lah maha pemberi rezeki. Tapi kalau aku tak usaha pun, rezeki takkan datang secara tiba-tiba, kan?


Sebab tu bagi aku kalau nak kahwin tu, kena pastikan diri sendiri stabil dengan kewangan, dan pelajaran. Pelajaran itu yang boleh menjayakan kita. Bukan setakat pelajaran yang kita belajar, tapi jugaa pelajaran sehari-harian which is : experience. Takde pelajaran memang tak kemana lah hidup ni kan.


Kalau aku sayang sekalipun kat seseorang lelaki tu, dan lelaki tu dah berkemampuan nak kahwin dengan aku pun, aku rasa aku nak habiskan study dulu dan dapat kerja baru aku akan kahwin. Ni untuk kebahagian aku dan dia jugak. Dia tu siapa? Dia tu bakal suami ya. Siapalah agaknya 'dia' tu kan? Mesti dia pun sedang tertanya-tanya siapalah agaknya bakal isteri dia tu kan.

Jodoh semua sudah termaktub.

Sekali tengok aku dijodohkan akan kahwin dengan orang yang aku kenal, yang aku tak sangka pun aku akan berkahwin dengan dia. Oh, tidak! Aku rasa mesti kelakar bila aku baca balik entry ni. Haha. Tapi aku harap, aku akan berkahwin dengan orang yang aku tak kenal, dan dia pun tak kenal aku sebagai aku di internet ni. Aku nak bakal suami yang kenal aku melalui aku di dunia nyata, tanpa tahu menahu tentang 'aku' di internet ni. Hihi.


Aku memang suka lelaki yang tak sibuk dengan dunia internet ni. Bagi aku, biar aku je lah yang sibuk dalam internet, dan biar dia sibuk dengan real life. Baru kontra. Kalau dua-dua sibuk dengan internet, memang takk lah kan. Mesti bosan hidup kalau macam tu. Hihi. Dan aku harap dia takde blog, dan tak aktif facebook.


So far, kekasih hati aku sekarang ni menepati ciri-ciri lelaki yang aku harapkan di atas ni tadi. Seronok tau bercinta dengan orang yang lain daripada kita. Aku suka bergambar, dia tak suka. Aku suka bergaya, dia tak suka. Aku suka online, dia tak suka. Aku suka berblog, dia tak suka dan banyak lagi yang aku suka dia tak suka. Aku memang sukakan seseorang yang lain daripada aku. Hehe.

Baru comel nak 'just married' :P

Oh ya, berbalik kepada isu kahwin. Aku bercita-cita nak kahwin selepas semua tentang aku ni dah stabil. Sebab nanti takdelah bakal suami aku tu je sorang membanting tulang nak memberi nafkah kat aku. Walaupun aku memang berniat nak jadi isteri mithali yang tidak bekerja, duduk rumah menjadi seorang surirumah tangga yang berjaya je sepenuh masa, still aku tak sekejam itu.


Aku rasa berbaloi kalau aku pun punya kerjaya untuk masa depan aku. Berbaloi sebab hampir seluruh hidup aku dihabiskan di sekolah, di universiti untuk mencari ilmu. Sia-sia je lah hidup aku kalau masa yang aku habiskan untuk mencari ilmu tu dibuang begitu sahaja tidak digunakan.


Kalau aku nak kahwin awal, taknak bekerja nak biarkan bakal suami je bekerja, baik aku duduk je kat rumah sekarang ni tunggu orang masuk meminang. Hidup sangat tak seronok kan macam tu? tak berkembang. Kalau ada kerjaya at least adalah jugak benda yang kita nak buat dan fikirkan sehari-harian nanti.

Takde lah nak berkepit je 24 jam.

Aku harap boleh dapatkan ijazah dalam undang-undang tanah air. Bila dah ada sijil, senang aku nak bekerja. Pengalaman hidup sepanjang mendapatkan sijil dan pelajaran tu yang paling penting sebenarnya. Sebab tu, aku tak kisah perabiskan masa aku dengan mencari ilmu sementara hidup ni.


Aku rasa lagi berbaloi kalau aku fikir pasal ilmu daripada fikir pasal kahwin, kan? Benda kahwin-kahwin ni, biarlah dia datang secara tiba-tiba tanpa perlu dirancang. Biar time nak kahwin tu baru aku rasa macam eh, tak sangkanyee nak kahwin dah! Haha. Aku memang suka macam tu. Tak alert, tiba-tiba keadaan dah macam tu. Hehe.


So sekarang, motif entry kali ini selain menceritakan angan-angan aku, aku juga ingin memberi nasihat kepada gadis-gadis di luar sana supaya merangka masa depan dengan baik. Jangan ikutkan sangat perasaan sayang tu untuk berkahwin awal. Kahwin awal memang best, tapi fikirkan lah juga bahawa hidup ni bukanlah untuk bercinta dan berkahwin semata-mata ya, ingat tu! :)

Good things come to those who wait.

P/S: Ape pulak perancangan korang berkaitan kahwin ni? Hiks :P


SEKIAN, 2.32am. Pictures by: Flickr.

Saturday, March 19, 2011

Lagi lagi pasal cinta

Love is Drugs.

Duhh bosan gile tajuk. Nak tengok pun tak lalu. Haha. Ok ni last pasal benda-benda jiwang. Lepas ni kita move on topik yang lebih menarik ye. Sebabnye entry ni pun dikarang dah lama, cuma baru nak publish. Motif? Sengaja. Hehe. Ok kawan-kawan, ni cek nak habaq mai sikit ni.


Bile tengah bercinta, memang normal la tu semua benda terasa bahagia. Kannnnnnn. Terase di awang-awangan. Kannnnnn. Nak nak orang yang baru berjinak-jinak dalam dunie percintaan ni kannnnnnn. Mesti rase macam nak menjerit bahagie je kannnnnnnnnn (Hehe. Annoying tak?:P).


Lagi-lagi bile orang yang kite tengah bercinte dengan tu adelah orang yang paling kite rase baik ensem dan cantik di dunia kannnnnnn (okaayyy, stop it!). Dan juge orang yang paling kite rase selese orang yang paling baik dan palinggg kite sayang.

The Words.

Orang kate, bile bercinte ni bau kentut pun kite cakap wangi. Ye ke? Haha. Tu kire memang dah angau betul la tu kan. Sampai kentut pun boleh kate wangi. Ish ish. Memang pelik ye perangai manusie ni :P


Bila dah tengah-tengah bercinta, mula lah percintaan yang terase indah mule-mule tu rase macam something wrong, something is missing dan something is gone. Taktau ape yang gone dan missing dan wrong tu. Macam X-factor percintaan dah hilang.


Mule-mule masih dapat dipertahankan. Masih dapat dinegiotiate dan masih dapat diatasi. Tapi bile lame kelamaan x-factor makin pudar, adekah ini maknenye jodoh dah tiada? OH YA, mungkin x-factor tersebut ade lah jodoh? Entah. Hehe.


Bile tengah bercinta tu kan, sambil tengah menikmati rase sayang tu cube jangan bayangkan sangat bende-bende bahagie yang boleh buat kite kecewa satu hari nanti. Sebab sesuatu yang not certain yet, tapi kite dah bayangkan bende tu bile dah jadi certain, maka...

When in love.

Kite akan jadi sangat lemah dan hilang kekuatan bile bende yang kite harap boleh jadi certain tu sebenarnye tak certain pun. Hilang macam tu je. Sangat sakit jiwe kan? Kalau tak kuat, mungkin kite akan murung sepanjang kehidupan.


Tapi seronok juge bile lalui perkara-perkara macam tu. Baru lah kehidupan namenye kan? :) Kalau kite asyik beware je dan limitkan kehidupan kite supaye tidak terlalu kecewa satu hari nanti mungkin kite tak dapat la rase pahit manis kehidupan ni macam mane. kan kan? :D


So kepade yang baru putus cinta, jangan berputus asa. Biar putus cinta, jangan putus asa. Nak nangis banyak mane pun, silekan. Nak sedih macam mane pun, silekan. Bile dah lepaskan semua, insyaAllah akan rase kelegaan yang berpanjangan. kan kannnn. Hehe. Ala, putus cinta je. Normal lah sedih bile putus cinta. Nanti tak lama lepas tu gembira la balik, kannnnn. hehehe :)



P/S: Dunia memang tak pernah adil, tapi Allah maha adil. :) Btw, bukan saye yang putus cinta ye, jangan salah faham pulak. :)


Pictures By: Flikcr. SEKIAN, 11.35pm.

Sinopsis Hidup : Asasi

Assalammualaikum! :D

Dimulakan dengan gambar diri sendiri. EHEM

YEY YEY YEY! Dah habis dah asasi. RASE MACAM KEJAP SANGAT SANGAT SANGAT masa berputar dan berlalu, KANNNNNNNNN? :O Banyak nak diceritakan sebenarnya, tapi tak mampu nak cerita semua. Lagipun kalau cerita pun rasa macam tak best. Tak feel. Sebab saye kalau nak cerita, mesti nak kena details.


Tapi oleh kerane saye malas nak cerita details, plus korang pun mesti tak nak tahu ape yang berlaku dalam hidup saye ni, so saye sum up je la semua kisah-kisah saye semasa berada di uitm tu ye. Ni pun untuk kenangan saye jugak. Bile bace time tua-tua nanti mesti tersenyum sorang-sorang. hi hi hi.


Sum up cerita ni pun rasenye akan jadi satu kisah dan karangan yang sangat sangaaaaaaaaaaaaat panjang sebenarnya. Hihi. Ok START! Sepanjang 1,2,3 (sambil berkira-kira menggunakan jari) hampir 1 tahunnnn dah rupenye saye bergelumang dalam uitm tuuuu. WHOAHH :O


Bermacam-macam jenis orang dah saye kenal, dan lihat dan pandang dan dengar dan hidu dan bau. Heh heh. Ade yang wangi, ade yang tampan yang cantik bergaye ayu sopan santun selekeh semua lah ade. Tapi yang best, KAWAN-KAWAN SAYE SEMUA AWESOME! Awesome tu gabungan semua jenis yang positif-positif. Yang negetif tu satu due titik saye tolak ke tepi. Hihi.

Ayuuuuuuuuuuni! :)

Nur Fatahiyah :D

Ok kite nak start dari mane ye. Em em em. Nak olah dari mane ni pun tak pasti dah ni. Banyak sangat cabang yang boleh jadi permulaan cerita. HAH. Kite start from kolej! KOLEJ MAWARKU Tercinta! Yeahhh!


Kalau semester pertama saya ditempatkan di tingkat 1, semester kedua ni pulak saye ditempatkan di tingkat 4! WOH WOH. Mule-mule masuk rase macam alahaiiiiiii malasnyeee dan tingginyeeee dan mustahilnyeeee nak daki anak tangga tu satu persatu. Rase macam lambatnyeee sampaiiiii dah naik banyak anak tangga pun still macam 'ehhh? Baru tingkat 1?' -,-'


Tapi bila dah lama lama lama dan dah terbiasa, rasa macam WOAHHHH DAH SAMPAI TINGKAT 4 RUPANYA! Ingat baru tingkat 1. hehs. :P Roomates pun berubah. Semester 1 lain, semester 2 lain. dan yang bestnye, due-due semester saye dihadiahkan roomates yang best bestttttt! Alhamdulillah. :)


Kenapa saya cakap mereka best? BANYAKKK sangat sebabnya. Dan, payah la nak cite kat sini. Hanye Allah dan saye dan mereka je yang tahu. :) Starting yang sangat lawak. Pertengahan yang bahagia dan pengakhiran yang menyedihkan. Memasing berat hati nak berpisahhh wuuu wuuu T___T

Roommates ku yang terchinte! Hihi. Faizura, Fatahiyah&Ayuni.

Lebih sikit rapat dengan die ni lah. Hehehe :D

Sedihh tauuu tadii nak meninggalkan roomates. Rase macam sayanggg jee. Banyak kenangan dengan diorangg. Sobs sobs. Apapepun kepade roomate saye semester ni dan semester lepas, saye doakan yang terbaik untuk koranggg berenam! (semester 1+semester 2). Semoge berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat, aminnn. :):)


Bagi saye personally, saye rase duduk kat kolej ni satu pengalaman yang best-best belaka. BEST TAU DUDUK KOLEJ! Rase macam naakkk duduk kolej je pada setiap semester! Tapi, rase macam tak dapat. Maklumlah, kite kan duduk shah alam. Mesti kolej tu diperuntukkan sebagai kemudahan untuk orang-orang yang duduk jauhh kannn. :(


Apapepun, semester depan nanti insyaAllah saye nakkk jugakk apply kolej! Muehehe. Walaupun tak dapat kolej mawar, saye tetap nak kolej! Sebab best. Hidup dalam bermasyarakat. Kenal dengan ramai-ramai orang. Dengan orang-orang lain, bilik lain, rase macam bestt. Kalau duduk rumah, tak best. Walaupun boleh ulang-alik sebab jarak yang sangat pendek, tapi still rase tak seronokkk duduk rumah. Sebab terpinggir rasenye.


Ke, aku yang emo lebih? HAHA :P


Ok takmo puji kolej lebih-lebih. Sekarang move on ke next episode UiTM. Which is... ape ye? EM EM EM. HAA! Semestinyeee classmatess ku yang sempoi-sempoi belaka!

Lelaki. Kurang 2 orang, with Madam Atifah. :)

Perempuan. Kurang 5 orang termasuk saye. WUAA :(

LWP01C & LWP02c, Kurang 7 orang! WUU WUU

Haish taktahu nak start dari mane. Rakan sekelas saye ni semua memang sempoi. Perangai still macam budak-budak. Ada time budak, ada time matang. Semua boleh masuk satu kepala lah kiree, takde yang emo lebih takde yang buat hal sendiri. Kire macam kalau kite nak bergurauu diorang pasti akan layan balik! Hahaha comel betull :)

Kepada classmate-classmate ku LWP02C,


Korang semue memang terbaik! Yang lelaki baik-baik dan kelakar-kelakar semuenye. Semua jenis yang malu-malu meowww respek kat perempuann, sahabat surauu pulak tuu alhamdulillahhh hehehe tu yang bestt tuuu. Walaupun sahabat surau, diorang still boleh berkawan dengan saye yang banyak khilafnyee ni.


Bile diajak berbual, still boleh bergurau-gurau. Bile diajak cerita pasal agama, still diorang boleh bantu tambah pengetahuan saye tanpa memandang rendah terhadap saye dan penampilan saye yang freehair sepanjang mase ni. Terharu kann? :')


Mesti rindu dengan suasana kelas. :)

Kepada yang perempuan-perempuan pulakk, semuanye best! Taktahu nak describe macam mane, tapi best lah. Semua baik-baik, nampak ayu sopan-sopan pendiamm gituu tapi bilee bercakap, sentiase pandai buat lawak ehh koranggg. Ade je bende yang lawakkk dan pandai jee diorang nak melayan karenah sayee. Hehe comel betul ♥


Teringat time kite satu kelas semua memasing sibuk dengan assignments. Group assignments la terutamanya. Debatee, Roleplayyy and mooootingggg! Best gileeee. Walaupun busy dan sibuk dan selalu berdebar sebab nak kene berlakon dalam moot court tuuu dengan sibuk prektis sebab nak buat yang terbaikk akhirnyeeeeeeeeee WE DID IT, madam bagi 18.5 over 20! The highest yang madam bagi! Hehehehe. CLAP CLAP CLAP. Alhamdulillah :D


Dan mootingg. Wohooo saat yang paling menggetarkan setiap orang waktu tu. Sebab seram kan nak Mooting. Sape tak seramm. First time katekan. Dengan gile taktahu apapenye, dengan macam blur nye taktahu ape bende tu 'Mooting', memang berdebar habis lah. Dengan madam yang garanggg tapi baikkk. Dengann bermacam-macam dengan yang lain.


Tapi alhamdulillah semuaa pun did well! Rase sangattt terharuu bilee madam cakap.. EHEM EHEM. Hehehe. InsyaAllah madam. Itu satu doa tu. Saye harap dengan doa madam tu satu hari nanti boleh lah saye menjadi seperti yang didoakan itu. Aminnnn. Tapi saye still berdebar. Tak tahu kenape. Haha. :p

Before Roleplay. SERONOK TAU PAKAI UNIFORM! :D

After Mooting.

MOOTING. The Judge(madam) and Respondent for Criminal Case.

Kepade kawan-kawan rapat saye pulak.

Ehem. KAWAN RAPAT! Yaa, kawan rapat. Makan minum pergi kelas bersame. Masalah dan gelak tawa dikongsi bersama. TSK TSK ni yang nak masuk babak sedih dan memilukan ni bile bukak cerita pasal kawan rapat. SEDIH laahhh bile teringat balik memori kite bersameee. BANYAK SANGAT. Nak ingat pun tak teringat.


Nak cerita tak mampu. Nanti termenangis depan ni. Hihi. Kawan-kawan rapat saye yang saye hargai, saye sayang awak awak awak dan awakkk. Awak rajin layan karenah saye yang sangat random. Boleh melayannnnn bolehh bluetooth pemikiran bolehh fahamm saye boleh tunggu boleh teman saye boleh bermacam-macam jenis boleh lagi. Terharu lah dapat korang sebagai kawan yang rapat kat uitm tu. :'(


Saye harap kite boleh remain as kawan yang rapat. Nak gelar bestfriend segan la pulak. Hihi. Tapi kalau dah sentiase bersamee tuu paham-paham la kan ape istilah yang tepat untuk digelarkan kepade 'kite'. Hihi. Banyak kenangan dengan diorang-diorang ni lah. Sedih tahuuu bile lepas ni tak dapat nak jalani rutin-rutin harian kite macam biase.. Mesti rinduuuu! :'(

Awak! Rindu rambut awak! hehehe. :)

Awak! Rinduuuuuuuuuuu! :)

Masa sem 1. Wuu wuu

Awek-awek kesayangan ku. Hehe :)

Hmmm, apapepun. Sepanjang kehidupan saye kat uitm ni, saye dihadiahkan kehidupan yang alhamdulillah baik-baik semuanya. Syukur perjalanan hidup saye dimudahkan. Dengan dekelilingi manusia-manusia yang superbestttt, lecturer-lecturer juge yang superrbbesttt, saye rase sebaakk sangat nak meninggalkan zaman asasi ni.


Tapi apa boleh buat, setiap yang kecil pasti akan besar juga. Dan setiap pertemuan pasti akan ade perpisahan kannn. So kena lah redha, dan tabahh kannn. :) Hehehe. Btw, sepanjang 2 minggu ni saye sibuk dengan final exam. Final exam yang sangat WOW! Wow sebab suasana dewan exam yang sangat SEJUKKKKK MENGGIGILL GRRR ditambah dengan WOW soalan yang sangat cemas dan mendebarkan!


Harap-harap boleh lah lepas 3 pointer. AMINN. Kalau boleh dapat Dean List ataupun 4flat ke lagi alhamdulillahhhh. Hehehhe. Last sem lagi beberape point zero something je nak dean list. Agak terkilan sebenarnye. Sebab kalau jauhhh sikit dari dean list tu tak terase sangat, tapi ni lagi macammm ERGGHHH kalau lah boleh buat better sikitt exam tu, mesti dah cecah dah DL. :(


IKLAN SEBENTAR! jeng jeng jeng. Hehehe ♥

Pasti merinduimu, ROTI IMPIT!

Tapi takpe lah, takde rezeki nak buat macam mana. Dah lepas 3pointer pun saye dah bersyukurr. Hihi. Saye teringat kat salah seorang kawan baik saye kat asasi ni pernah bercakap kat saye yang die selalu berdoa yangg kalaulah dengan mendapatkan 4flat tu akan membuatkan die riak atau sombong, jauhkan lahhh daripada dia.


Saye rase macam WOW. betul tu. Kalau lah dengan mendapat sesebuah kejayaan atau anugerah tu boleh membuatkan saye riak atau sombong atau angkuh atau any perubahan yang negetif, saye doa supaye jangan lah diberikan kejayaan tu. Mungkin belum masa saye untuk terima kejayaan yang macam tu kan kan kan. Siapa tahu? :)


Hehehehe. Dan saye cukup bahagia dengan kehidupan saye sekarang ni. Alhamdulillah. Tamatlah sudah kisah di UiTM secara ringkas. Tu ringkas seringkas ringkasnye tauuu. Banyak lagi kisah disebalik yang susah nak diungkap. (CECEH:P) Saye percaya setiap orang ade kenangan dan peristiwa yang sendiri kannn dann saye pasti diorang punyee pasti lebih menarik dari kisahh sayee ni. Hehe :)

Nana, mase final exam kat atas pentas haritu. :D

Last paper tadiii. Wuuu sejuk gile dewan ni!

So lepas niiiiiiiii ape perancangan eyka?


Entah.

Banyak planning dalam minda ni. Nak laksanakan tu ha harap-harap berjaye lah ye. hik hik. Mula-mula nak setelkan lesen kereta. YAAA, lesen tak habis lagi dari lepas SPM haritu. Loser kan? =,=" Heh heh. Tapi dah lepas ujian komputer. Sekarang tinggal ujian memandu je la. Hi hi gerunnyeeeeeeeeeeeeeee! :)


Lepas tu, mungkin saye nak kerja. Kerja kerja kerja dan kerja. oh ya. Saya sangat suke bekerja. Sebab best. Banyak kenangan bekerja dulu yang saye tak sempat nak share. Kenangan bekerja lagi BANYAK daripada kenangan di atas ni tahu! Hihihihi. Anywayyy, kerja kerja jugakk, lesen still kena selesaikan dulu! :)

Rindu la puleee. waaaaa T___T

Dannnnnnnn yang pentinggg cuti saya sangat lamaaaaa tahu! Sampai bulan September tuuuu! Hehehe. Lepas ni kalau ade rezeki, insyaAllah saye akan sambung degree undang-undang. Dan dan dan..harap-harap result exam semester ke-2 saye ni ade improvement.


Tak harapkan 4flat pun sebab dengan usaha yang sangat sedikit dan tak seberapa ni saye tahu saye belum layak lagi nak dapat 4flat. Hihihi. Cume saye harap boleh dapat lebih 3pointer, so that i can continue my studies in the same course which i found is very challenging yet interestingg tauu! Tak rugi amik undang-undang! Hehe


Don't wish me luck, but PRAY FOR ME! Doa je yang saye harapkan daripada anda semua yang membaca blog saye ni. TSK TSK, terharu walaupun tak update, still ade yang follow dan bace. Nak nangis lah macam ni. Hihi. Before end entry, enjoy these photos of US, LWP20C! :)

Dataran Cendekia, DC. :)

Kedudukan dalam kelas yang tetap macam niii jeee :D

Madam Puspa! :)

KFC, seksyen 2. :D

Depan Cempaka. Heeee :)


Sem 1, Menepung Tawar Nana. HIHI


Sem 2, Ade orang belanje Kepsiiii :PP


Hehehe mesti rindu ni nanti! :)


Sem 1, Buke puase kat sup utara.

Pasti akan ku rindu-rinduann! :')

P/S: Terima kasih sudi membaca babak-babak saye ni sampai ke ayat INI. HEHE. Tenkiu tenkiu tenkiu tenkiu very much :)

SEKIAN, 12.04am

Friday, February 25, 2011

Jauh di mata, jauh di hati?

Bila si dia jauh nunnn di sana.

Sebut pasal percintaan jarak jauhh ni sebenarnyee menjadi ke idok? Bile saye google je, banyak cakap banyak problem kalau bercinte secare jauh ni. Bercinte secara maya. Tak nampak di depan mate. Hanye telefon jadi medium komunikasi. Menjadi ke?


Entah la labu. Saye ni pun mentah lagi nak komen pasal hal ni. TAPI, bagi saye. Takde hal la jarak jauh. Haha. Kalau rase nak bercinte tu bercinte je la. Jarak jauh ke dekat ke takde hal. Yang jadi hal nye adelah karenah masing-masing bile berjauhan.


Yaaa itu diaaa! KARENAH MASING-MASING! Bermakna: Karenah kamu dan dia. Boleh ke handle berjauhan? Tak rase macam nak terpikat dengan orang lain ke? Yang lebih senang bertentang mate dengan kite, yang lebih senang nak tengok-tengokkan kite dikala susah dan senang. Boleh ke?


Tepuk dade tanye diri. Tanye diri tanye hati. Tanye hati mampu tak nak atasi. Kalau tak mampu, jangan berani-berani nak involvekan diri. WAHH! IT RHYMES! Haha. OK. Back to our topic today which is : Long-Distance Relationship.

Percintaan dua dunia, dua benua.

Saye tak tahu korang macam mane, sebab setiap orang lain-lain jenisnye kan. Tapi kalau saye, saye macam takde hal la berjauhan ni. Lagi rase macam sayangg melebih je sebabnye kalau jauh, jarang jumpe, hanye message je dan kadang-kadang call kalau rajin. Bile ade chance nak jumpe perasaan berdebar itu sentiase ade. YA MEMANG SENTIASE ADE! :D


Berdebar tandenye ape? ngeh ngeh. Kalau duduk berjauhan memang agak payah sebenarnye. Sebab nak atasi dugaan-dugaan mainan perasaan sendiri. Bile kekasih balas lambat je mule lah fikir macam-macam. Mesti akan fikir: Eh, die ni mesti sibuk message orang lain ni!


Kan kan kan? jangan tipu. Sebab saye pun macam tu. Haha kantoi di situ ye. Ye. Saye selalu je fikir negetif sebab saye ni macam tak boleh nak fikir positif bile datang bab lelaki. Nak-nak yang sorang tu. Haha. Tak tahu asal. Sebab lelaki kan tak boleh nak dipercayai sangat. So okay ape kalau fikir negetif kat lelaki kan kan. Untuk kebaikkan diri sendiri jugak. Wekk :P


Hehe. Tapi tak ok sangat pun negetif thinking ni. Sebabnye, diri ni yang sakit. Bile dah fikir negetif tapi sebenarnye bende yang sebenar tu bukan macam ape yang difikirkan, kite akan rase sakit. Sakit hati sebab fikir macam-macam. Biaselah, perempuan kan emo. Lagi-lagi kalau dah sayang, mana tak emo kan bila fikir macam-macam :P

Perempuan emo. Emo dan jiwang.

Ape salahnye bercinte jarak jauh. Jarak jauh ni bukan penghalang ye. Tolonglah henti salahkan jarak. Cube salahkan diri sendiri pulak. Kalau bergaduh, tak kekal lama semua tu, mesti nak salahkan sebab si dia jauh di mata. Habis tu dah tahu dia jauh di mata, yang pergi jauhkan dari hati sekali tu ape pasal?


Lepas tu ade je jugak orang yang kekasih jauh di sana, dia di sini bermain mata dengan orang lain. Bila dah bermain mata, mula bermain message, lepas tu terpikat, lepas tu berpisah dengan kekasih yang jauh di mata tu atas alasan : Jauh sangat. Kenapeeeeeee perlu salahkan jarak?


Bukan ke diri sendiri yang salah sebab sape suruh main mata? Kan ke elok jage pandangan tu. Bile nampak mamat ensem je ke cepat-cepat lah pandang tempat lain. Takut tergugat iman. Keh keh. Kalau nak pandang intai untuk kali kedua pun intai senyap-senyap je. Lepas tu, dah. Tak yah nak gatal-gatal terfikir-fikir untuk mendapatkan nombor telefon si mamat ensem tu dengan segera!


Biasalah, masa-masa remaja ni lah ramai orang tak kisah lah perempuan ke lelaki ke mesti ade je yang mule nak gatal-gatal terhadap orang yang berlainan jantina, ye dok? Bile pandang yang itu, nak yang itu. Pandang yang ini, nak yang ini pulak. Cube kawal sikit pandangan tu. :P

Jarak bukan masalah.

Lepas tu, kena tengok diri sendiri jugak macam mana. Banyak kawan lelaki ke kawan perempuan? Kalau banyak kawan lelaki, kawan takat kawan sekuliah sekelas ke.. atau kawan sampai ke-message? Saye senang je. Kawan je dengan semua orang. Tapi kawan takat kawan kat kelas kat kuliah je. Message? Jangan harap. Bazir kredit je sebenarnye. Lainlah kalau dah single balik. Wawawa :P


Anyway, terpulang jugak la kat diri memasing tu kan. Kekadang ade orang tu, tak mampu nak berjauhan. Sebab susah. Tapi, ade pulak orang, yang boleh berjauhan ni. Katenye, tak susah pun berjauhan. Serius tak susah. Sebab apa? Sebab biasa lah, jauh di mata, tak semestinya jauh di hati.


Kadang-kadang yang jauh itu lah yang best. Baru adventure! Baru thrill! Baru boleh nak pastikan seseorang itu betul serius ke tak. Sebab still setia kat kite sorang walaupun berjauhan. Kan kan kan? Hehehehe. Bila tak selalu jumpa, setan susah nak hasut. Bila susah nak hasut, susah lah kita nak hanyut! :P


CHOP CHOP. Tak bermaksud orang yang bercinta jarak dekat dan selalu jumpa tu selalu kena hasut dan selalu hanyut ye, tidak. Jangan salah faham pulak. Depends on diri masing-masing lah nak kawal hasutan supaya tak terhanyut tu macam mana kan. Ho ho ho.

When enter is love.

Anyway, tips bagi yang bercinta jarak jauh: Jangan psychokan diri anda dan diri pasangan. Sebabnye selalu orang yang bile berjauhan ni, susah sikit nak percaya yang kekasih kite tu tak bermain cinta di perjauhan sane. SERIUS SUSAH. Sebab tu lah sangat-sangat-sangat tipis percentage untuk jayekan cinta jarak jauh ni.


Nak depends on diri masing-masing pun susah. Kekadang tu kite setia, yang kat sana tu tak tahu lah setia ke tak kan? (contoh fikiran negetif yang mempsychokan diri sendiri). PERCAYA memang susah. Tapi kalau dah PERCAYA, yang susah tu pun boleh jadi senang sebenarnye.


Let say dia ada kawan berlainan jantina yang lain. Mestilah kite akan rase macam.. apa dia buat dengan kawan dia? Dia mesti suka kat kawan dia tu kan? Dan kita pun macam dah give up lalu berlalu pergi, padahal keadaan sebenar kekasih kita tu memang KAWAN je dengan kawan dia tu. KAWAN dalam erti... kawan sebagai kawan sekelas macam tu lah.


So, kepercayaan itu memang sangat-sangat-sangat-sangat penting. Penting untuk mengelakkan perpisahan atas sebab-sebab berkaitan jarak. Nak senang kan, take it easy je. Takyah nak emo sangat, takyah nak ego sangat. Bercinta je macam biasa. As if korang selalu berjumpa. Yang penting, kena sentiase contact each other lah. :)

Teknologi kan ade.

Contact each other selalu ni pulak nak define susah. Sebab, nak suruh sentiase contact each other ni tak semua orang suke bermessage dengan galpren je 24jam. Ade je yang macam malas nak layan message sebab tengah busy. Busy ape? Busy tengok bola keee, busy melepak keee, busy tidur keeee, busy main game kee, dan sebagainyeeee.


Ade jugak bopren yang rimas bile galpren dok message doploh pat jam nak tahu selok belok kehidupan seharian. Takde privasi orang kate. Bile tak layan merajuk. Padahal bukan sebab sibuk dengan orang lain, cuma sibuk dengan kehidupan sebagai orang bujang. Yeah, orang bujang memang sentiase sibuk dengan aktiviti harian.


Ye laah, takkan lah lelaki tu nak sibuk dengan perempuan je sepanjang zaman bujang. Kite sebagai perempuan ni kena lah FAHAM dan bagi chance diorang menikmati zaman bujang dengan memberi diorang masa bersuka ria sebagai orang bujang. Tapi berpade-pade lah ye nak bersuka ria pun. Kannnnnnn :P


Lagi satu: Pastikan walaupun jaraknye jauhhh di mate, jangan biarkan hatinyee bosan dengan kite. Hati kalau dah bosan, yang dekat terase jauh, yang jauh bertambahhh jauhh. Lepas tu, mule bukak sikit-sikit hati tu untuk orang lain, sebab dah bosan dengan yang sedia ada. Bile dah bukak sikit, tak dapat kawal terbukak banyak terus tersuke kat orang lain pulak.

Bercinte jarak jauh macam bercinte dengan telefon bimbit.

Bile tersuke kat orang lain muleee lahhh babak-babak perpisahan dalam episod percintaan jarak jauh ni bermula. Nak hadapi perpisahan tu satu hal pulak sebenarnye. Lagi-lagi bagi orang yang ditinggalkan. Memang berendam air mate lah gamaknye kan kan. Payah bebenor rupenye bercinta ni ye.


MEMANG. Siapa kata senang? Ape? Ingat bercinta ni takat share hati share perasaan share tempat berjiwang je ke? Tu cinte monyet boleh la. Cinte budak-budak monyet. Yang bercinta sebab terikut-ikut dengan pengaruh tv yang dok promote pasal cinte je doploh pat jam tu.


Sebab hakikatnye, nak bercinta ni payah. Nak jage hati tu paling payah. Tu baru jage hati pasangan kite. Belum nak jage atau amik hati pasangan kite punye keluarge lagi. HAAA itu laaaaaaagi payah sebenarnye! Haha :P


Kepada mereka yang bercinta jarak jauh ni, jangan terpedaya dengan kate orang yang mengatekan cinte jarak jauh ni selalu tak lama, dan selalu gagal. Sebab semua ni terpulang pade diri anda sendiri lah nak gagal ke nak berjaye ke. Its your choice beb. Your choice, your decision lah kan. Lagipun, jauh tapi DEKAT lagi best daripade dekat tapi JAUH, kannnn! Hehehe :)


P/S: Macam dah jadi penceramah bebas la pulakk kannn. Haha :P


SEKIAN, 12.00am. Pictures by : GOOGLE.