Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Wednesday, October 06, 2010

Si gila minda : Criss Angel

Bukan lambang illuminiti atau freemason.

Assalammualaikum. Semakin hari semakin seronok pulak nak lepak dekat blog sendiri. Alang-alang takde keje ni kan, rase macam satu keseronokan je bile lepak sini. Oh ye, semalam saye menonton AXN : Criss Angel the mindfreak! Mengisahkan seorang magician yang diberi nama Criss Angel. Dia ni memang mindfreak. Sebab dia memang seorang yang freak and freaky! Haha.

Mula-mula kenal pun daripada kawan. Dia yang mintak no telefon saya. Ok, saya tipu. Sebenarnya, kawan saye tu dulu minat benda-benda berkaitan magik ni. Dia minat sekadar tengok je, takde lebih-lebih. Sejak kami melepak di pizza hut seksyen 7 tempoh hari itulah detik pertama saya mengenali orang bernama Criss Angel ni. Okay, sesiapa tak kenal Criss Angel, meh saye letak gambar sebenar dia.

Rambut nya sangat WEEEWITT!

Ensem, you. Berdagu dua lagi tu.

Malah, haiwan pun sukakan dia ni. HAHA

Criss Angel ni nama sebenar dia Christopher Nicholas Sarantakos. Lahir kat New Your pada tanggal 19 Disember 1967. Tua dah die ni rupanya tapi tetap nampak mude, you. Tak tahu ape khasiat yang die makan atau mentera yang die bace atau pembedahan yang die lakukan, tapi die memang tak kelihatan tua. Nampak macam 20-an je. Mungkin banyak makan ulam-ulaman? Who knows, kan? Lepas ni boleh mintak petua awet muda daripada dia.

Oh mase saye tengok die buat pertama kali dekat AXN tu, saye rase macam menggerunkan. Sebab die ni memang menyeramkan. Walaupun hensem tapi menyeramkan, buat saya rasa macam seram nak mendekati dia ni. EHEH. Pertunjukkan silap mate beliau sangat menyeramkan. Main bedah sini bedah sana. Hilang sini hilang sana. Semuanya menyeramkan. Sekali lagi, kalau nak tahu rahsia-rahsianya tanye lah die sendiri. Sebab saya tak tahu. Wallahualam. Ni saye sertakan beberape gambar aksi mamat ni.

Dia mencucukkan diri sendiri. UUUU...

Bermain dengan api.

Main kad. Haha. Taktahu dia buat apa, tapi motor dia style.

Berterbangan di udara gitu.

Ini pulak die terapungkan orang.

Ok now kenapa saya post pasal dia? Sebab saya rasa die ensem, lebih hensem daripada Blaine dan Copperfield, itu sahaja. Malah, aksinya juga agak creepy. Adakah dia membela jin ataupun syaitan? ataupun merupakan ahli pertubuhan yang sangat pemes sekarang ni iaitu freemason atau iluminati? Wallahualam. Haha. Nak tengok boleh, nak percaya jangan. Itu sahaja dari saya. I write, you think. Picture from : This Site.

Thank You, 3.30pm

Something to be told

Listen to me, birdies.

I've learned something, and I found that numbers will eventually limits your words and expression. NOT yours, but MINE. So I don't really want to know about that anymore. I was just a little girl back then, wanting to be heard and to be read by many. (to be respected) Now, It's time for changing. So I've vanished all section with numbers, except for dates and time. I want to be MORE me. I was really frightened and burdened by numbers back then. But now, I am free without any. and your feedback isn't needed anymore. If you wish to say something anything about me or my posts, just keep it to yourself. :)

Well, people label me based on what they see me on the screen, or based on any numbers asscociated with me : followers, comments, or even the recent visitors. I know people will never stop labeling and judging other people, it's a routine for them, you know. but I don't want to be labelled with such thing anymore. It's nothing. Really. So I must get back on track to the main reasons why I am here. I believe it's not about popularity. It's more to my own medium of expression. I express what I want here, either it's for sharing or for complaining, in any form: layout, pictures, words and songs, perhaps. ANY. Read and explore if you want. I have nothing to care more about that anymore.

I also have deleted the linkers section, which really makes me feel relieved. I do not want to know who linked me, or who should I link. Linking without wanting to know updates is better not to link at all. Deal with it. Delete me if u wish. I am still me. I will read what I want to, as a silent reader. I am full of secrets. I feel better not to follow anyone. Anyhow, I am still glad to know that there are someone somewhere out there who really care about me. Not for the sack of popularity or publicity. Thank you for those who still linking, reading and following.

P/S: It's really my pleasure to notice your existence here, in my blog. :)

Thank you, 12.45pm

Tuesday, October 05, 2010

Kulit yang fair and lovely

Wajah yang cantik cerah berseri macam ni.

Sebelum tu, Assalammualaikum. Hehe. Wajah cantik berseri macam atas tu, siapa tak nak kan? Saya pun nak. HAHA. Kalau boleh, taknak ade jerawat dan bekas-bekasnya. Taknak ade parut, taknak calar sikit pun. Semua orang pun nak kulit yang cerah, fresh dan takde jerawat, cantik macam model-model dalam television tu. Selembut kulit bayii~ Haha. Bile orang pandang sekali, rase nak suruh diorang pandang lagi dan lagi.

Eh ye ke? Apesal teruk sangat perangai? Mengada eh. Hee, bukan mengade. Tapi memang manusia macam tu kan. Suka diberi perhatian, terutamanya perempuan (lelaki pun same je sebenarnye) Hehe. Ye, saye mengaku saye perempuan sebab saya memang perempuan. Tapi, saye tak suke orang perhatikan saye. HAHA. Sebab bile orang tengok, saye akan rase macam nak menangis. Sebab, rase macam janggal je, bile orang pandang. Ngeh ngeh

Tak semua orang dilahirkan dengan kelebihan macam tu. Kelebihan dan kesempurnaan wajah yang cerah berseri takde jerawat jeragat dan bekas-bekasnye tu. Ade je orang kulit sensitif yang senang tumbuh jerawat. Yang tak cerah macam yang diidamkan orang ramai, yang macam model dalam tv yang sangat fair and lovely itu. Oh, fair and lovely kah mereka? :O

Cuci muka 100x setiap hari.

Sebenarnye saye tak faham kenape ade orang sanggup berhabis duit beli produk pencuci muka yang sangat mahal itu dan ini untuk mencantikkan muka. Aii, muke je ke? Kalau muke je cantik tapi badan berkudis serupa macam tak perlu kan? Cantik luaran je dalaman tak cantik buat apa. Keh keh. AMBOI EYKA! haha. Sangat sukar diterima tapi itu la hakikat segelintir manusie sekarang ni.

Kenape ye kite nak jadi cantik? Perlu ke kecantikan itu semua? Oh mesti lah perlu eykaa. Takde lah rase nak pengsan bile tengok cermin hari-hari. Mesti akan memuji-muji diri sendiri. Bukan takat diri sendiri, orang lain pun same puji sekali. Jangan lupe ye kawan-kawan, kecantikkan kite hanya sementara waktu je. It's temporary. Bile-bile mase je Allah boleh tarik balik kelebihan dan kecantikkan kite tu.

Sebenarnye, memang lumrah kehidupan manusie seperti kite ni untuk kelihatan cantik dan menarik. Tapi cantik dan menarik itu sangat subjektif ye kawan-kawan. Tak semestinya kite putih, kite cantik. Tak semestinye kite tak putih, kite tak cantik. Kenapa orang selalu mensymbolise kan kecantikan dengan kecerahan? Mungkin, sebab kulit cerah itu nampak lebih suci, kot? Entahlah.

Taste saye macam ni. Cantik kan! :P

It all depends on diri masing-masing. Tapi bagi saya, cerah tak bermakna cantik. Cantik itu sangat subjektif ye kawan-kawan. Saya lebih suke melihat perempuan yang kulitnya coklat coklat macam gadis-gadis Latin. Rambut hitam, kening tebal. Nampak lebih sekssayyy! Haha. Yang tak putih sangat, tak gelap sangat. Nampak, CANTIK! kan? Pandang sekali, pasti nak lagi! Harhar.

Ape ade dengan warna kulit? Setiap orang same je sebenarnye, cume ade orang diberi kelebihan kecantikkan, ade orang diberi kelebihan yang lain. Semua tu bonus, dan semua tu tak kekal lama. Nanti tua berkedut jugak, walaupun dah suntik segala jenis suntikan agar tampak lebih muda, tetap nampak tua, you. Membazir duit je you all suntik sini sana, baik dermakan aje duit tu pada I. Boleh I pergi Spa buat rawatan tauu. Ahem ahem. EH! :P

Bytheway, for me, kalau nak cantik sekalipun tak semestinye perlu mencerahkan kulit. Yang gelap pun cantik ape. Sebab bagi saye kecantikkan dan kemanisan wajah terletak pade senyuman. Cantik senyuman, cantiklah anda. So, senyum lah selalu ye. Daripada merisaukan kulit anda yang tak mungkin cerah (bagi yang memang dilahirkan gelap) dan menghabiskan duit untuk mencerahkan kulit yang tak mungkin cerah (bagi yang memang dilahirkan gelap) lebih baik anda menghargai diri anda seadanya.

Natural beauty.

Kerana dirimu, begitu berharga! PHEWITT! hehe. Jangan risaukan masa depan. Jangan risau, kerana kalau dah jodoh, takkan ke mana. Eheh, tibe tibe je kan? Haha. Ye lah, sesetengah orang nak cantik sebab nak tambah keyakinan diri. Sesetengah pulak nak cantik sebab nak pikat lelaki, takut takde sape nak kahwin dengan dia satu hari nanti kan. Jangan risau lah bende tu semua. Biar orang yang sayang kite tu sayang kite sebab kite, dan bukan sebab kecantikkan kite semata-mata, okay?

Jangan jeles atau dengki dengan mereka yang dilahirkan dengan kulit yang cerah dan mulus ni. Sebab, mereka pun manusia jugak. Kalau anda jeles kerana mereka diberi perhatian yang lebih oleh orang sekeliling, maknanya anda memang seorang yang bermasalah! Haha. KAMOOONNN GUYS! Banyak lagi bende yang kite boleh lakukan daripade nak berhasad dengki mendengki ni. Baik fikir dan lakukan something untuk masa depan anda daripada buat kerja tak berfaedah macam tu.

Bagi lelaki pula, tak semua laki sukekan wanita yang cerah. So anda jangan risaulah, ye? Lagipun lelaki yang suke dengan luaran je tu semua lelaki tak boleh pakai. Tak tahan lama. Nanti bile luaran dah jadi tak cantik, macam mana? Ohh, jap. Ade jugak lelaki yang menjaga kulit siap pakai foundation dan bedak sebelum keluar rumah. Ini jenis ape pulak ye? Hehehehe

P/S: Belajarlah bersyukur dengan apa yang ada. :D

SEKIAN, 1.25pm

Layout Baru : Pinky You!

Assalammualaikum.

Yang pink betina, yang biru jantan! ♥

Yay! Finally, ive changed my layout entirely! HOHO sungguh gumbira, sungguh letih juga! (eh eh, cam kenal ayat. Guna ayat lama nampak! gila tak up to date, you.) Haha. Okeh la, amacam ok tak layout ni? Susah beb buat! Berpeluh-peluh gua punya otak! Lagi-lagi bagi yang rabun HTML seperti saye ni. Hehe. alaa, sebenarnye tak banyak gune HTML pun kali ni. Just tukar background, banner, font, and oter oter (alter) sikit. Heh heh

Btw, I wanted to show you guys the 'before and after' makeover, but I DO NOT have any picture of the old layout! Forgot to take a picture of it. Maybe i was too ghairah to change my layout and that is why i forgot about that. OH EM GEEE, GUYS! This is NOT EYKA! Eyka will never forget to print screen the image of any of her layout to put it in her blog before! Gahh :O *Mulut ternganga tanda terkejut*

Hek eleh ko, aku cik punya badan, ko kecoh lebih apesal? Haha. Suke hati aku la der nak buat apape pun. EWAH EWAH! Ape ni eyka? Tak faham lah. Err. Abaikan je lah drama di atas tu ye. Saye rase macam tak betul dah ni sebab seharian menghadap laptop nak tukar layout punye pasal. APA? SEHARIAN? Gile effort luu mat! Patot la gua call ajak racing lu tolak baeekkk punya der!

Gua betul tak larat la der.

Haha. Ape nih eyka? Teringin sangat kot nak jadi seperti mat-mat motor di persisiran dataran merdeka tu agaknye, haha. Takdelahh. Saje je nak pelbagaikan bahasa. Korang yang bace ni pun sila gunakan intonasi yang betul dan pelbagai ye, baru boleh tangkap cerita saye yang kadang-kadang, semacam, ada banyak watak didalamnye kan? Ngeh ngeh.

Oh baideway, pasal layout baru I ni, I paling suke bende kat atas ni, yang my official facebook, friendster dan sebagainye tu, yu. Sebab nampak macam RARE sikit di mata I, walaupun tidak di mata U. Hihi. Dan, kali ni I amat berpuas hati kerana I berjaya merajinkan diri membuat banner dan juga background yang baru dan very the pinky you! I LOIKE!

Part paling susah nak buat mestilah banner dan background ni. Banyak kali tak jadi dan tak menepati cita rasa para penonton saya sendiri. So terpaksa la tukar dan tukar sampailah kepuasanku terpuas juga akhirnya. Buat bende alah tu saye gunakan Adobe ImageReady, sebab photoshop saye tidak boleh digunakan. Jangan tanya apa beza photoshop dengan imageready sebab sumpah aku tak tahu! Haha.

I dont know I dont know bweekk :P

Yang gua tahu, imageready ni boleh buat GIF image, which is animation. Ala, gambar gerak-gerak tu. MUAH. Mabeles. Hehe. Lagi lagi, ape lagi nak cerita ye pasal layout baru ni. Hmmmmmm (thinking. . . .). Oh ya! Lagi, saya suka sebab tulisan dah besar sikit. Senang untuk saye mengimbas kembali memori memori daun pisang emas yang pernah dibawa belayar di dalam blog ni. Rasa puas sikit nak baca. Kan kan kan?

Next, dah takde ape sangat kot. Banyak lagi benda sama kat sini yang saya kekalkan, especially WARNANYA yang menyakitkan mata gitu. Hakhak. Sebenarnye saye nak buat blog warne putih dan suci tapi fikir-fikir balik, nanti rosak lah semua posting saye yang lalu-lalu sebab dekat setiap posting kan saye letak tulisan kaler-kaler seperti PINK HOTPINK dan DEEPPINK. ROSAK weh, ROSAKK! Haha, kecoh la lu eyka! :P

Lagu pun saya tukar, untuk tatapan telinga saya sendiri. Lagu saye letak yang comel-comel je buat mase ni sebab terase diri ni comel pulak sebab berjaye buat blog yang dikehendaki. MUAHAHA. Masa depan depan mungkin akan kembali dengan lagu-lagu jiwangss tangkap leleh, ataupun lagu rockz kapak yeyaahh! pecah telinga. It all depends with my mood okayh guyssszzah!

Bila rasa gembira, kita lompat! LOMPAT!

APA? Kami yang baca ni terseksa kau tau. Boleh dilanda kepekakkan dan kematian secara tiba-tiba sebab bosan dengar lagu-lagu kat blog ko yang same dan bosan itu. Oh, sebenarnya itulah matlamat saya. Untuk melihat anda terseksa ketika berada di blog saya ini. HAHA. Takdelah, saye sebenarnye letak lagu untuk saye dengar sendiri. So, sape tak suke tu boleh stopkan lagu dengan membaca arahan di bawah ruang lagu tu ye.

Gambar blog still sama tak ubah dari dulu. KIU EYKA, KIU? (Kiu=kenapa dalam bahasa hindi) Bukankah anda seorang yang amat gemar menangkap gambar sendiri sehingga loya tekak orang yang melihatnya! Now, apa dah jadi eyka. Sebarkan sajalah gambar-gambar mu yang indah-indah tu sebagai blog picture! Oh, tidakk! Saya sengaja letak gambar saya yang disaluti tuala tu. Sebab, saya rindu akan tuala tersebut, tu je. Nothing else! HAHAKs. nampak sangant menipu eyka oi.

HEHE. sebenarnye saye letak sebab saye rase gambar tu terbaik. Nampak misterius sikit, kan? Btw, lepas ni saya cuba nak update para linkers yang telah mengelink saya tetapi tidak di-link-kan kembali tu pulak. Jangan marah jangan terasa, nanti saya cuba sedaya upaca mengupdatenya, ya? ECEHH! Hehe. Hmm, tu je lah kot saye rase. Sape sudi membace dan mensinggah sahur di sini saya rasa amat berbesar hati menyambut kedatangan anda! Terima kasih di ucapkan! :)

P/S: Okay, sekarang dah boleh tidur dengan lena. Slmt malam!

SEKIAN, 2.45am

Monday, October 04, 2010

PLKN dan Kak Cato

Assalammualaikum.

Oh, saya memang specky orangnya.

Saye kaaaan, tibe tibe rase macam nak pergi PLKN je sekarang ni ooooo. Tahu tak, saye memang tercalon dalam PLKN sesi 2010 ni, sepatutnye lah kan. Ehh ye tak ye jugak kan eyka, dari dulu cakap PLKN PLKN tapi tak pergi-pergi pun, ko kencing aku ke eyka? Haaaiipp, saye bukan jenis kencing merata okeh, kentot merata mungkin selalu. HAHA

Sebenarnye lepas SPM tu saye tertunggu-tunggu jugak panggilan PLKN ni (macam tak percaya! :O ), tapi taakk jugak kunjung dan tiba. Mungkin mereka dah lupekan pasal saye kot, atau mungkin nama saya dah hilang secara tiba-tiba daripada senarai. Alahai~ Sedihnye I nyahh! Kumpulan 1, tak dapat. Bile Kumpulan 2 pun saye tak dapat, saya terus jadi kecewa.

Perasaan eksaited yang melimpah ruah untuk join ahli-ahli PLKN beronggeng di hutan , memasak di tepi pantai dan berkawad di tengah panas serta macam-macam aktiviti menarik sume dah hilang bagaikan debu di depan mata. ECEH! Tup-tup dapat kumpulan ke-3! Mak aih, rasa malasnye memang berguni-guni la kan. Tapii..

Mata tetap ku kenyit-kenyitkan! kerana..

Saye tak pergi! Haa, Habislah eyka, kene penjara la ko lepas ni! Haha. Saye tak pergi sebab, kan saye dah start sambung belajar mase bulan Mei, 23hb haritu. Dan saye perlu melaporkan diri kat Kem dekat Semenyih tu pulak pade bulan June,26 (kalau tak silap). So saye memanglah sangat dilayakkan untuk menangguhkan penyertaan. Muahaha. Mabeles.

Pakcik yang jage kaunter tu cakap, bile dah buat tangguhan ni, nanti tunggu je la sampai dorang panggil balik, tapi taktahu bile. Kawan saye pulak cakap, selalunye memang susah nak dipanggil balik sampailah saye dah beranak-pinak. Bile dah beranak pinak, takyah join dah. HUREYY! Boleh buat kenduri doa selamat kesyukuran dah terus. Hehe

Ehem. Nampak je gembira, tapi sebenarnye saye sedang berduka tau. OMG I KENOT BELIEVE IT! Haha. Sebab saye memang teringin nak masuk PLKN tu. Saje nak rase life kat sane. Best ke tak ek? Ramai cakap best and ramai yang taknak balik rumah pun. Cis, saye jeles okeh, jeles betul bukan tipu-tipu. Agak RARE untuk saye jeles menjelesi ni sebenarnye. MUAHAHA :P

Okeh sekian sahajalah entry kali ni. Pasal PLKN. Lagi satu, saye kan tibe tibe terase rindu dekat blogger dulu yang penah rapat dan rajin kunjung-mengunjungi antara satu same lain. Sekarang sume orang busy dah agaknye, Haha. Dan.. saye tibe tibe rase rindu pulak kat Kak Aishahtur Raadiyah a.k.a KAK CATO PATCHI (peminat ceklat Patchi). Walaupun tak rapat sangat, saye tetap ter-rindu. :P

Inilah manusie yang saye tibe-tibe ter-rindu itu. :P

Dulu kak cato ni pemes orangnye. Hehe, best tengok blog die and bace entry-entrynye. Tapi sejak tahun ni ke tahun lepas ke tahun lepas lepas entah tibe-tibe je macam tak update, lepastu delete sume entry lak tu. SEDIH TAU SEBENARNYE, cume tak dipaparkan kepada public je. Maklumlah saye kan seorang yang suka memendam rasa. ECEH. hehe

Saye rindu kak CATO, betul rindu tak tipu. Haa, statement yang sukar untuk saye keluarkan ni. Hehe, rindu nak bace ayat-ayat kak cato yang buat eyka rase macam nak gelak je setiap kali bace. Rindu nak bace pasal adik-beradik akak yang semuanye kecik kenet lagi tu. Maybe sekarang dah besar, kan kan? :D

Takpe lah, maybe kak cato busy dengan study kot. Dan mungkin kak cato dah malas nak blogging dah agaknye, siapa tahu kan? Tengok post yang 'awaayy' tu je dari dulu. Hope one day boleh lah bace blog kak cato lagi. Wah, tibe tibe je rindu kak cato ni, bahaye betul! Jangan sampai termimpi-mimpi dah la. Aneh rasenye nanti, keh keh.

P/S: Ok. Stop. Dua tajuk dalam satu entry. PERH :P

SEKIAN, 3.31am