Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Monday, December 27, 2010

Bila Putus Cinta II

Nak dicapai berterbangan.

Salah satu perkara yang paling menyedihkan manusia adalah putus cinta, ataupun brokenhearted. Yaa, perkara itu memang amat menyedihkan. Dunia yang dulunya indah permai ditemani pohon pohon yang merimbun kini bagaikan padang jarang padang tekukur di hati kita.


Siapa suka kalau putus cinta, ye dak? Walau sekuat mana pun anda (macam saya perasannya), still akan rasa sedih kalau satu hari nanti tiba-tiba je status saya bertukar menjadi single kembali. Saat itu mungkin saya akan memarahi diri sendiri ataupun si dia yang dulu pernah bertakhta di hatiku. Wawawa.


Marah sebab apa? Sebab dah membazirkan masa dan keringat dan duit dan segalanya kat atas orang yang bukan The Right one. Rasa macam Ish, bazir masa aku je! Nak-nak orang yang time bercinta tu selalu buat maksiat kan, memang menyesal tak ingat dunia lah agaknye bile dah putus cinta tu kan kan. Kui kui kui.


Tapi nak buat macam mana. Perkara putus cinta, tak kisah lah anda yang memutuskan atau diputuskan, tetap akan terjadi kat sesebuah perhubungan tu. Orang berkahwin pun boleh bercerai, apetah lagi orang yang tengah bercinta tu kan?

Put some plasters to your broken heart.

Persoalannya, macam mana nak handle diri sendiri bila dah putus cinta? Ada orang memang menggila lah bertindak kan, tak dapat terima hakikat punya orang. Sedih, marah, geram, menyampah, menyesal semua bercampur-baur. Nak nak orang tu memang orang yang kita sayang separuh nyawa kat dia kan.


Siapa tak gila, bila separuh nyawa tiba-tiba hilang macam tu je? Itu baru putus cinta, belum yang putus cinta sebab dia memang dah tiada. Itu saya rasa memang lagi sangat depresi habis lah. Memang susah orang nak terima kenyataan. Silap-silap boleh bunuh diri. Mula lah nak salahkan takdir sebab tak adil la apa la, ish ish.


Ye lah, tengah syok-syok bercinta perasaan masih berbunga-bunga tiba-tiba je dapat berita orang yang kita sayang tu meninggal dunia. Dunia bagaikan roboh seketika. Rasa macam nak cabut nyawa diri sendiri je kan? Tapi itulah dugaan. Nak buat macam mana, orang dah tiada.


Kalau saya di tempat orang yang kehilangan orang yang disayangi sebab dah sampai ajal tu pun saya tak pasti saya boleh terima kenyataan ke tidak. Walaupun saya dapat tahan perasaan sayang, which is sayang tak banyak sangat, tapi still saya rasa macam... speechless.

Macam taknak hidup pun ade.

Lagi-lagi bila time tu kita tengah bergaduh dengan dia kan. Bergaduh sebab kita keras kepala ke apa. Time tu kita berharap agar diri kita mati, tapi kita lupa yang bukan kita seorang je yang hidup. Maknanya, kita harap kita mati supaya dia rasa menyesal, tapi kalau dia yang mati macam mana pula kan?


Memang boleh gila lah jawabnya. Hohoho. Perkara putus cinta ni bukan perkara main-main sebenarnya. Benda ni serius sebab melibatkan perasaan orang. Kadang-kadang kita sendiri tak tahu apa yang perlu dilakukan. Kalau kawan baru putus cinta, saya sendiri terkedu tak tahu nak bagi nasihat apa dan macam mana.


Nak suruh bertenang dan bersabar serta bercakap kumbang bukan seekor bunga bukan sekuntum tu pun rasa serba salah. Yelah, it's easier said than done. Senang je kite nak cakap, tapi sebenarnye susah nak melaksanakannya. So ape yang mampu kita lakukan hanyalah mendengar dan mendengar. Itu je yang termampu sebenarnya.


Situasi akan menjadi sukar bila yang memutuskan perhubungan tu adalah dia, bukan dengan kehendak kita. Rasa macam diperbodoh-bodohkan. Rasa macam nak soal takdir. Mesti akan terfikir di mana silapnya kita, di mana salahnya kita sampai dia sanggup nak putuskan hubungan macam tu je. Ape kau ingat aku ni apa? (tipikal)

Berapa banyak hati kita bahagikan supaya menjadi satu?

Selalunya orang yang kene dump ni memang sukar nak terima hakikat berbanding orang yang menge-dump. Sebab orang yang men-dumping tu memang dah bersedia untuk menge-dump orang padahal orang yang didump tu tak rasa pun macam nak menge-dump pasangan mereka. Sebab tu rasa macam clueless. Tiba-tiba je.


Banyak alasan untuk menge-dump orang ni sebenarnya. Alasan tu boleh direka, tapi apa yang pasti anda kena terima dan tak perlu cepat melatah. Yakinlah bahawa Allah itu Maha adil dan maha mengetahui. Jangan bertindak terburu-buru mengikut perasaan. Ada orang tu bila kena dump terus rasa nak bunuh orang. Memang naya la macam tu.


Jadi, apa yang mampu kita lakukan? Tarik nafas panjang-panjang lepas mendapat berita bahawa kita telah menjadi single. Menjadi single itu bukan satu perkara yang buruk pun sebenarnya. Tunggu je orang masuk meminang, senang cerita. Tak yah bercinta, takyah putus cinta terus kahwin je, kan senang. Senangnye kalau macam tu kan!

No more time for you, love.

Tak perlu tahu kenapa dia memutuskan perhubungan. Kalau tahu, mungkin kita lagi bertambah sedih. So, just go on with the flow~ Haha. Mane boleh tak tahu, eyka. Entah-entah aku dianiaya. Dia putuskan sebab orang lain reka cerita. Okay. Mungkin macam tu.


Tapi, kalau orang lain reka cerita dan pasangan anda itu terus mintak putus, dia memang bukan pasangan yang baik. Yelah, senang percaya kata orang lain daripada kata kita sendiri, memang teruk lah kan. Tu baru bercinta, memang patut pun putus awal-awal. Nanti dah further lebih jauh nak kahwin dah baru macam tu, lagi teruk agaknya kan?


Lupakan dia. Jangan paksa diri anda untuk melupakan dia, tapi biar kelupaan itu datang dengan sendiri. Sibukkan diri sendiri dengan aktiviti yang dekat dengan alam semulajadi. Sibukkan diri dengan pembelajaran. Takpun, sibukkan diri mengabdikan diri dengan Tuhan. Itu yang lebih baik. Hati kompom tenang lepas tu. Ngeh ngeh ngeh :P


Lebih senang, takyah membenci orang tu. Kalau kite benci, lagi kite akan ingat secara tiba-tiba. So, jangan ada benci jangan ada rasa apa-apa pun. Kosong. Ya, itu lebih senang. Kosong. Buat tak tahu je dah la kan. Wawawa.

Bercinta dengan buku lebih indah rasanya.

Persoalannya, kenapa agaknya orang yang dulu sayang kita tu tiba-tiba je boleh nak putuskan hubungan macam tu je? Tu sebenarnye bukan persoalan. Dah Allah nak tarik perasaan dia tu, nak buat macam mana. Atau mungkin sebab hormon seperti yang dikatakan Mr K, telah kehabisan. Sebab tu lah kot?


Atau mungkin sebab time bercinta tu kita dah membazirkan hormon tersebut, lalu tak sengaja mengeluarkannya secara banyak, dan mungkin untuk mengneutralisekan kembali hormon tersebut, kita mengeluarkan hormon membenci pulak kan, who knows? (ini saya sendiri pandai-pandai assume, jangan percaya)


Apapun sebab musababnya putus cinta ni, saya boleh simpulkan satu je konklusi untuk mengelakkan putus cinta ni iaitu, jangan bercinta. Haha. Bagi saya, bercinta itu sesuatu yang sangat indah, tapi rumit dan payah dan memenatkan. So, jangan terlalu fokus untuk bercinta.


Tapi fokuslah untuk mencintai yang Maha Esa tu kan, itu lebih bermakna dan berbaloi-baloi sebenarnya. Cinta kat manusia ni tak kekal lama pun. Nikmat bercinta yang diperoleh tu pun tak sebanyak bila kita bercinta dengan Dia yang satu.


P/S: Nak bercinta tu boleh, cuma kenalah pandai kawal, ye adik adik :P


SEKIAN, 5.38pm. Pictures by : Jearvi.

18 comments:

NurulAtiqah said...

hmmm kinda sad when the person we love tu dah takde kan...nice post eyka..u make me sedar about hargai someone whenever they're around.

Anonymous said...

Dude,

aku penah putus cinta banyak kali. ko cakap je sebab apa hampir sume aku dah pernah rasa. putus sebab dia dah meninggal tu paling menyakitkan & paling lambat nak sembuh.siryes aku rasa bnda yang ko tulis. yg gaduh time bercinta and suddenly org tu pergi.. aku rasa macam nak gila time tu. nasib baik si dia yg skrg datang membantu...

~myraie~ said...

sis pernah jgk putus cinta ni.zaman cinte munyit dulu.sedih mcm hape je that time but then bile teringat balik rase funny pun ada.hehe

Eyka Hamasuba said...

nurulatiqah,
hehe. sbenarnye kite mmg takkan sedar utk hargai someone tu sampailah bile kite kehilangan die. hmmmm




anon,
emmm tu la. xpela. doakan je smoge rohnya dicucuri rahmat.. :)



myraie,
muehehe nasib baik eyka tak pernah putus cinte mase cinta monyet. kalau tak msti eyka lagi taknak mengaku dulu pernah bercinta monyet sbb segann kan bile igt balik ngahahaha ;pp

Anonymous said...

tengah putus cinta ke dik oi?
2x tulis psl nie....

Eyka Hamasuba said...

mane adeeeeeeeeeeeee haha saje je tulis laa ngeh ngeh takkan la tunggu putus cinte baru boleh tulis pasal putus cinte kan ;p

Nur Amalina said...

as for me,I preferred to just let it go.It's hard to let go someone we love.


but thinking that only we're the one who putting much effort to the relationship,then I think better to just let it go.


Relationship means both have to work.and never work if only one do their job.

anyway nice posting eyka! :)

syira insyirah said...

perenggan akhir tu exactly true! >,<

love for human beings memang tak kekal pun sebenarnya.

Eyka Hamasuba said...

amalina,
ah-ha you're right! both must work and insyaAllah both will succeed in the relationship until the end of time. *ececeh* hehe niway thanksssssss amalina. :)



syira insyirah,
hmmmmmmmmmm ye kannn..hehe betul tu betul: )

Anonymous said...

salam, i like your post :)))

Eyka Hamasuba said...

waalaikumsalam. hehe terharu :') terime kasih syza! :D

d' azali said...

nice post eyka...

Mywa said...

wahh.. Sis Eyka ney.. Mcm pnah experience lak! Hehehe

Eyka Hamasuba said...

d'azali,
thanks. hehehe :D


mywa,
mane ade experience la. haha :P

cimon said...

hmm...rasenye kata2 semangat agak susah nak jalan for orang yg putus cinta nie...i think, vacation with family & frens is the best thing - but jgn g tempat2 dating dgn si dia dulu,tetiba banjir pulak nanti (T_T)...then bersukan/jogging - kasi kuar sume toksik2 dlm badan & tension pon boleyy release jgak , after sume da cool - senang larr nak beribadat pd yg Esa dgn ikhlas coz maybe da banyak sgat lalai sebelum nie coz asyikk sgat bercinta dgn manusia of which actually cinta padaNya & cintaNya pada kita sebenarnya yg kekal abadi. (^v^)hehe

p/s:best entry nie (^_~)hihihi

Eyka Hamasuba said...

em em. betul tu cimon. yang penting kene pandai kawal diri kawal perasaan tu jangan sampai bunuh diri dah la kan. hik hik. :P

cimon bape kali putus cinte? ;P

Kamal said...

eyka aku rasalah kan kau salah seorang blogger yang suka cerita benda based on pandangan kau betul?

berdasarkan apa yg kau cakap..kau tak pernah putus cinta.tapi bila aku baca aku rasa macam kau dah pernah putus cinta.bagus lah kira kau boleh tulis sesuatu tanpa perlu mengalaminya.

ke...kau pernah putus cinta sebenarnya?

kamal.

Eyka Hamasuba said...

kamal,
tak tak. mane pernah putus cinta lagi lah kamal. -,-" memang based on pemerhatian je semua ni. so ade yang betul ade yang tak betul. ngeh ngeh