Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Sunday, November 07, 2010

Period dan Emosi

Perempuan dan laki-laki.

Sekarang saya. rasa. macam nak emo. Rasa macam nak merajuk je dengan semua orang. Nak menangis pun ada, marah, meluat tiba-tiba rasa, geram. Perempuan kalau emo, satu je orang akan assume, which is:

PERIOD! but im not...yet. Really.

Kenape ye, bila emo/sensitif je mesti dikaitkan dengan period. Lelaki tak period pun, sensitif je jugak. So macam sangat tak releven lah kaitkan emo/sensitif dengan period. Ke, laki pun period jugak sebenarnye? Hmm. Tapi. Sangat betul.

Kadang-kadang emosi saya (perempuan) sangat tak stabil. Dalam satu masa tu tiba-tiba je rasa macam nak marah, menangis, sedih, emo, sensitif. Esok lusa tengok memang betul saya didatangi bulan yang berwarna merah itu. Hehe

Saya tak ambil Biology, so taktahu sangat mengenai hormon-hormon yang menyebabkan pertukaran angin monsun perasaan ni. So tadi saya google lah why women get emotional easily during period? (yahoo answer) <--kalau taip bahasa melayu, tak banyak yang keluar. So, ni jawapan yang saya dapat :

"Ya itu adalah normal harus emosional sebelum dan semasa tempoh (period) anda. Ini adalah salah satu PMS (pra menstruasi symptons) symptons disebut Mood Swings.

Anda akan merasakan banyak emosi dan mereka biasanya akan tersenarai dan mematikan berkali-kali (on off) selama PMS. Ini adalah Gejala umum di banyak gadis, dan hampir semua orang melakukannya. Saya biasanya memilikinya selama tempoh(period) saya, dan mengejutkan ketika im finishing tempoh(period) saya. Sebelum saya masa saya hanya merasa lelah dan sedih,.

Untuk cuba untuk menahan emosi anda lebih baik, cuba berfikir positif dan apabila anda merasa sedih atau tertekan memakan beberapa makanan kegemaran anda, mendengar lagu-lagu ceria, menonton acara tv ceria (astro ceria,mungkin), dan cuba berada di sekitar orang-orang yang bahagia." - dicopy paste dan digoogle translate secara membabi buta sahaja, harap maklum.

Hardcore, you are so.

Dalam kurungan tu saya yang tambah sendiri (dalam ayat karangan sebelum gambar di atas), bagi pemahaman anda semua. Ngeh ngeh. Dan ya, mood swings atau perubahan emosi itu normal. Perubahan hormon. Apakah itu hormon?

"Hormon adalah rembesan endokrin yang akan menyeimbangkan dan mengatur berbagai sistem di dalam tubuh kita. Rembesan ini bertanggung jawab dalam berbagai fungsi seperti: terlibat dalam penciptaan kehidupan, pertumbuhan, reproduksi, penuaan, emosi dan tingkah laku. Sebagai sumber kekuatan kehidupan dan kekuatan tenaga, amatlah penting bagi sistem hormon ini untuk selalu berada dalam keadaan yang seimbang. Jika tidak, kita akan mengalami berbagai masalah kesehatan dan seterusnya akan mempengaruhi kesejahteraan hidup, pikiran dan spiritual."- sumber google.

Oh well, tujuan saye nak post sikit je, pendek je sebenarnye nak cerita pasal saye tengah emo tu, tu je. Tibe-tibe terbanyak dan terpanjang sampai keluar segala maksud tu semua. Haha. Takpelah, at least dapat jugak menambah pengetahuan kan. Hihi.

TENGOK TU! Tadi saye rase sangat emo, sekarang saye rase biase biase je. Tak emo, tak jadi nak merajuk, rasa macam kelakar. Pelik betul lah perasaan ni. Berubah-ubah. Memang betul terjadi. Bukan sengaja mengada-ngada. Lelaki mesti ingat perempuan saja mengada-ngada kan buat perangai. Hish.

P/S: Saya daripada kecik memang takut tengok darah. Seram. :S

SEKIAN, 9.05pm