Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Monday, November 08, 2010

Kawan yang Mengawal

Jangan salah pilih kawan.

Dari dulu lagi selalu je dengar nasihat yang berbunyi macam tu kan. Sebab kawan ni penting, yang mempengaruhi hidup kita dan diri kita sendiri. Tapi sedikit sebanyak nasihat macam tu mengajar kita untuk menjadi seorang yang pemilih.

Kalau kawan dengan orang jahat, nanti jadi jahat. Kalau kawan dengan orang baik, baiklah kita. The point is, kenapa perlu salahkan kawan? Bukan ke perubahan tu terjadi sebab diri sendiri nakkan perubahan tu? Kawan tak boleh kawal kite kan?

So saye rase nasihat tu macam tergantung
. Lagipun saya rasa, tak salah kawan dengan semua orang. Siapa kita nak kata orang tu salah orang tu benar? Entah-entah orang yang salah tu lah yang benar sebenarnye kan?

Kalau kawan dengan yang baik-baik je, yang tak baik tu nak campak mane pulak? Kesian tak kesian. Bukan ke tugas kita sebagai kawan, kuatkan pengaruh yang baik terhadap kawan yang tak baik tu. Sedikit sebanyak kita dapat selamatkan jiwa kawan kita yang tak baik tu. Jangan kita yang terpengaruh dah la.

My imaginary friend.

So sebelum berkawan, kene bertapa dulu kuatkan minda dan stamina dan kenali diri sendiri dulu cari jati diri supaya tak senang terpengaruh. Banyakkan berfikir. Itu yang lebih utama. Bukannye cari kawan yang baik-baik. Setahu saya, kawan tak perlu dicari sebab dia datang sendiri.

Dan bila kawan tu dah datang, hargai je dia. Tak perlu titik beratkan sangat perangai dia macam mana semua. Tu dia punya hal. Yang penting, diri kite sendiri ni yang perlu ada identiti sendiri dulu. Bila diri sendiri dah kuat, tak kisah kawan dengan yang baik ke jahat still kita boleh hidup.

Kalau diri sendiri lemah, lepas tu terpengaruh dengan kawan, nak salahkan kawan sebab diri terpengaruh. Macam tak kena kan? Dah awak terpengaruh sebab awak tu lemah. Nak salahkan kawan awak tu apesal? Haiya. Saya rasa kawan tu sendiri takde niat pun nak pengaruh orang lain.

So, salah kan diri sendiri dulu sebelum salahkan orang lain boleh? Macam saya, saya kawan je dengan semua orang, semua bangsa, semua agama. Buat apa nak takut. Saya tahu saya kuat. Orang kuat tak mudah terpengaruh. (ececeh:P)

Berpimpin tangan ke arah kebaikan. haha

So bila kita buat sesuatu tu, konon sesuatu yang jahat, tak perlu salahkan kawan. Contoh macam ponteng sekolah, nak salahkan kawan sebab ajak kita ponteng sekolah. Eh, bukan tu semua terjadi sebab diri sendiri yang nak ke?

Kawan hanya mengajak. Mengajak pun mungkin sebab niat sebab taknak kite terase diabaikan. Yelah, sesetengah orang tu rase terabai sebab kawan dia tak ajak dia sekali. Tapi semua tu keputusan kite sendiri lah nak ikut ke tak, betul tak?

Ni asyik-asyik salahkan kawan. Kawan kawan kawan dan kawan. Takde pulak salah diri sendiri. Bila salahkan diri sendiri, mesti akan salahkan diri sebab kawan dengan kawan dia tu. Haha. Lawak betul. Padahal diri sendiri yang salah. Kawan ni sedikit sebanyak mencerminkan diri sendiri.

Tapi, cermin yang lebih kuat adalah diri kita sendiri. So, fikir diri sendiri dulu sebelum fikir kawan. Tak mati pun takde kawan sebenarnya. Lagi rumit ade lah kalau ada kawan. Macam saya, saya sukakan sesuatu yang rumit. Sebab tu saya suka berkawan. HAHA.

Lagi satu, jangan terlalu percayakan kawan kalau taknak kawan makan kawan. Percaya sikit-sikit je dah la. Buat apa nak percayakan orang lain banyak-banyak. Bukan ke sekarang ni semua bergantung pada diri anda sendiri? So kalau kawan makan kawan, jangan salahkan kawan sebab makan kawan, salahkan diri anda sendiri sebab tak pandai berkawan.

P/S: Sebelum pilih kawan, pilih diri sendiri dulu.

SEKIAN, 3.53pm

5 comments:

Anonymous said...

aku berkawan pun sebab nak kenali diri aku

tapi betul semua bergantung pada diri sendiri

apapun tahniah sebab berjaya ubah persepsi kawan makan kawan iaitu



jangan salahkan kawan.

cimon said...

bagus2...yg penting first2 kita berkawan kene ikhlas...bukan sebab nak mempergunakan kawan tersebut baru kita nak berkawan kan? (^v^)

Orange said...

Hai eyka! kenali aku sebagai orange.

aku suka baca blog kau dari dulu lagi.aku rasa pemikiran kau lebih matang daripada orang diusia kau ketika kau baru berumur 16 tahun iaitu bila kau mula-mula blogging dulu.baru aku perasan kau dah benarkan anonymous komen.sebab tu aku boleh tinggalkan komen.

oh ya pasal kawan.aku rasa kawan itu sangat penting bagi aku berbanding keluarga.biar aku sahaja yang mengetahuinya.tp aku sokong cakap kau.

jangan salahkan kawan kalau kita sendiri tak pandai berkawan.

it's a good quote!*smiles*

~myraie~ said...

Hai eyka!

Betul apa U cakap dik..but sometimes we don't even notice that we've been influenced by our friends.kannn?

Anonymous said...

cantek gambar (: