Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Saturday, February 16, 2013

Entri Pertama Tahun 2013

Assalammualaikum. :)


Lap-lap habuk dalam blog dengan penuh kasih sayang. Dah 6 bulan saya tinggalkan awak, ye blog. Kesian awak, mesti rindu saya kan? Eh tak. Saya yang rindu awak, sebenarnya. Saya rindu diri saya bila bersama awak. Ahh! Rindu waktu kita bersama dedulu. Saya cerita kat awak, awak dengar dengan penuh kasih sayang. Tak pernah sekalipun awak merungut, kan blog? Hihi.


Saya taknak buat janji palsu lagi. Janji palsu yang saya akan update blog dengan lebih kerap lepas ni. Kerana saya update blog ikut mood, dan kerajinan. Apa guna mood tanpa kerajinan, dan apa guna kerajinan tanpa inspirasi. Tapi saya tetap akan update, walau setahun sekali. Tak mungkin saya biarkan awak kesepian dan layu, kerana awak adalah kebahagiaan saya di waktu dulu. 


Wah. Kemain.

Sebenarnya, saya nak update blog ni pun sebab saya terasa nak cerita pasal sesuatu. Sesuatu yang saya rasa saya patut sematkan dalam blog supaya saya boleh kenang kembali di masa akan datang. Sebenarnya begini,  dalam masa kira-kira setahun seminggu dua yang lepas, saya giat berinteraksi dengan seseorang. Seseorang yang saya dah lama kenal. Kenal dari masa saya baru bergelar lepasan SPM lagi.


Masa tu kami tak berapa rapat, tapi selalu lepak sesama. Lepas dah masuk belajar tu terus tak contact dan tak jumpa... eh wait. Ada jumpa sekejap, dia datang uitm dan kami makan sesama. Haa, lepas tu tak jumpa sampai lah setahun seminggu dua yang lepas. Saya rasa macam mimpi pun ada sebab tak percaya kami boleh contact semula. Kali ni, interaksi yang tak putus-putus kecuali bila takda coverage.


Dan yang paling seronok, kami hanya berinteraksi melalui bbm je sebab masa tu dia tak berada di darat. Kami daripada kawan yang tak berapa rapat, jadi semakin rapat dan semakin mesra. Wah. Saya masa tu selesa berinteraksi dengan dia ni sebab kami kawan, dan kami boleh gila-gila bersama. So, seronok la kan. Nak bbm pun macam sentiasa ada topik nak cerita, sebab takde apape perasaan selain daripada kawan. Masa tu. Ehem.


Hehehehehehe.


Penat la menaip. Rase nak give up je bercerita sekarang ni. Haha. So skip skip skip, masa bulan 8 tahun lepas, dia dah kembali ke darat dan kami pun aktif berjumpa. Dia pun aktif kidnap saya bawak jenjalan. Skip skip skip lagi, masuk lah tahun 2013. dan kami masih berinteraksi hingga ke hari ini. Cumanya, mulai esok mungkin akan terpaksa putus interaksi seketika atas urusan kerja yang tak mengizinkan. Perasaan? Jangan cakap la. Rasa macam nak hilang separuh daripada diri yang semakin sebati.


Masa bergerak pantas. Bermula minggu lepas, saya ada masa seminggu je lagi sebelum kami terpaksa putus interaksi on the spot. Jadi, saya ada plan sesuatu untuk dia ni. Saya plan untuk buat early birthday surprise untuk dia since birthday dia is on 27th February, tapi dia terpaksa away mulai esok. So, saya dah plan nak buat pada hari Khamis, iaitu semalam. Plannya bermula dari minggu lepas. 


Saya bbm seorang kawan baik saya, Erwin yang juga merupakan kawan baik kepada seseorang ni dan dia yang tolong roger kawan-kawan yang lain yang memang kami sama-sama kenal. Since mereka semua sudah bekerja, susah nak pick a date yang semua orang free. Planning awal nak buat hari Rabu di mana Erwin akan ajak dia ni lepak with other friends as well.


Time diorang tengah lepak tu tetiba saya dan kakak saya dan kawan saya dan mak dia dan adik dia datang bawak kek nyanyi happy birthday reramai kat dia. Cantik kan plan macam tu? Memang dah ramai orang buat macam tu, cuma tak semua pernah merasai lagi. So. Itu plan pertama kami. Masa tu hari Rabu, minggu lepas. 


Since semuanya agak rushing, saya jadi kelam kabut sedikit. Kad tak buat lagi, hadiah tak cari lagi dan kek pun tak tempah lagi. Hari Jumaat baru pergi beli bahan-bahan nak buat kad. Sebab saya nak buat kad yang ala-ala scrap book, tampal-tampal gambar gitteww so memerlukan banyak bahan-bahan. Masa semakin pendek sebab hari Jumaat tu saya ke Kota Bharu dengan family untuk jenjalan. Kami balik hari Isnin.


Bla bla bla. Penat menaip datang kembali. Skip skip skip.


Sampai lah hari Rabu, iaitu semalam. Plan asal bertukar di mana saya deal dengan adik dia untuk dia ajak abang dia pergi dinner sesama dengan family. Lepastu baru saya dan kengkawan dia yang lain datang masuk tempat tu nyanyi happy birthday. Tapi plan ni tak jadi jugak sebab makan kat tempat tu memerlukan kos yang agak tinggi, dan rasa macam tak sesuai. Mak dia mencadangkan untuk buat kat rumah je.


Saya dengan gugupnya deal la dengan mak dia. Telepon dan berbincang, akhirnya kami sepakat buat kat rumah. Rumah dia. So, semalam, saya dan kakak saya pergi ke rumah dia untuk tolong mak dia masak and prepare untuk surprise di malam hari. 


Planning to surprise was at 8pm. Di mana kami menganggarkan yang dia akan balik ke rumah dari kursus pada pukul 6pm, dan terus naik ke bilik dia di tingkat atas untuk berehat dan kemudian kami datang pukul 8 reramai kat bawah tutup lampu and mama dia panggil dia turun so bila turun kami pun nyanyi happy birthday.


Tapi kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Nak dijadikan cerita, pukul 3 saya datang rumah dia dengan kakak saya sebab nak tolong masak spaghetti. Time dah datang tu tengok-tengok his mother dah settle masak spaghetti sauce tu tinggal nak alter je. I was like, wow! Sebabnya, saya punya main gelabah tanya abang cemana nak masak spaghetti semua sebab dulu pernah tolong mak masak sekali, tapi tak tahu bebahan ape, just tolong gaul je. Haha. 


Oh ya! Nak tahu satu cerita funny? I bought the wrong pastas! Kahkahkah. Time nak rebus the spaghetti tu baru perasan. Sebab masa beli pasta tu hari sebelumnya, saya main amik je pasta tu sebab selalu nampak mak guna packet yang brand and color macam tu and I didn't know that ada banyak jenis pastas since sumenye looked alike. Biasalah, baru first time beli barang dapur untuk sendiri punya purpose kan. Haha. I bought the Fettucine and Linguine pastas yknow. Nasib baik mama dia okay. Mama dia cakap, takpe takpe, aunty rasa ni pun okay ni.


Fuhh.


Okay sambung. Masa saya tengah tolong memasak kat rumah dia tu, time tu baru nak pukul 5pm, tetiba dia call saya. Dia cakap dia on the way datang rumah saya. Saya pun macam terkaku seketika sebab dia memang selalu surprisekan saya tetiba datang depan rumah nak kidnap saya bawak jenjalan. 


Saya bagi alasan saya takde kat rumah masa tu, keluar dengan family. Dia cakap okay then takpe. Dia balik rumah terus. Saya dengan kakak saya pun terus lintang pukang kemas-kemas untuk balik rumah. Takut tetiba terserempak dengan dia on the way nak keluar dari jalan rumah dia. Habis rosak plan. Fuh. Nasib baik takde.


Lepas tu, untuk memastikan dia ada kat rumah before pukul 8pm, saya ajak la dia keluar dinner sama malam tu. Dia cakap we'll see how. So, ingatkan lepas tu dia balik rumah terus, rupanya dia pergi jenjalan dengan kawan dia. Kawan dia tu tahu yang kami nak buat surprise untuk dia malam nanti, and he was in the plan. Dia patut say no to jenjalan with him sebab kawan dia tu tahu yang the birthday boy patut berada di rumah sebelum pukul 8 malam. 


So I was panicked. Yes. Sebab time tu dah pukul 7.30 lebih pun diorang tak balik lagi. His mother texted me tanya mana dia semua and I was panicked afraid that we won't make it. Ok tetiba dah bertukar bahasa.  So I bbmed him and said that later I will come to Subang and my father will drop me at his house. At 7.45 (me and my sister were on the road to his house), he bbm-ed me asking where am I and I lied to him, I said I was in Subang Parade. 


He then asked me to stay there and he will pick me up. Then I was, OMG OMG macam mana ni. Terus I bbm-ed him cakap takpe, balik dulu. Nanti I'll come to your house. But he still insisted to pick me up at Subang Parade. Dah la time tu kengkawan yang lain sume dah berkumpul kat Subang Parade. Diorang datang dari jauh and I was very terharu that they wanted to join in. Sebab lagipun diorang selalu busy bekerja.


So, time tu he was mad at me. Dia cakap dia dah kat luar ni, kenapa kena balik rumah, nanti kena keluar balik. I had no idea how to make him stay at home tau time tu. Rasa macam nak jerit je kat dia cakap 'why can't you just listen to me and stay at home and wait for my father to drop me there!!' haha. Tapi yang keluar hanyalah, 'Takpe, tunggu je kat rumah'. and guess what? He K-ed me. He never K me you know. Never. K like K. The mad kind of K. Ok.


So then masuk lorong rumah dia and I saw the guys were waiting for me already. I was so excited time tu and nervous too. His mom texted me saying that He's back already. Tapi kitorang tak masuk lagi sebab tunggu a friend of mine, Erisya to come. So, tak lama lepas tu Eri pun sampai. I was so excited that time. Haha. Pastu adik dia turun bawah and sambut kitorang.


Plan asal was to reramai tunggu kat living hall kt bawah tu dalam keadaan lampu tertutup and then bila dia turun terus nyanyi happy birthday. Tapi time tu plan bertukar. Kitorang tunggu kat luar reramai, tapi kat bahagian tepi rumah, bahagian garden. Lepas tu ingatkan dia dah nak turun, so we light up the candles. Candles from wondermilk yang ada tulis nombor tu. 


And guess what? Dia tak turun!! Hahahaha. Sampai nombor tu pun dah cacat. Dia tak turun-turun. So I tiup lilin tu dulu. Kahkahkah. And then tunggu for another signal. Time tu I knew that he was tired so mesti dia not in the mood. Sebab apa? Sebab dia K-ed me. Haha. So, tunggu je la signal kedua. This second time, his mother asked his sister, Nana to called him. Cakap his bestfriend, Ayie and Erwin datang. Ayie and Erwin time tu tunggu kat main door.


Kitorang still kat garden tunggu bile tah boleh light candles and sing happy birthday song to him. Punye main susah nak suruh dia tu turun bawah. Haiyerr. Patut I je texted him cakap dah sampai rumah. Since dia memang sedang menunggu me pun kan. Haha. Pastu, akhirnya dia turun. and kitorang pun slow-slow jalan dari garden dia tu and nyanyi happy birthday song to him.


Dia punya muka tu takde nampak surprised langsung. I was like .____. haha. Lilin pun tak sempat tiup dah padam since ade angin time tu. Pastu dia bebel-bebel cakap 'Ahhhh' kekonon memberontak and tak seronok pastu terus masuk rumah and keluar kat pintu lagi satu, yang kat garden tu. Pastu. Kat sane light up candles balik and properly die tiup candles and potong the cake. 


Dia nampak penat and tak surprised langsung. Cis! Mungkin sebab penat, tu yang tak tersurprised. Haha. Dia cakap dia tengah tengok video Najwa Latiff kena prank kat youtube tetibe Nana panggil cakap Ayie dengan Erwin ade kat bawah. Dia kata dia dah rasa something fishy sebab mane pernah la Ayie dengan Erwin datang sesama. Haha. 


Well, Ayie is his friend since childhood, while Erwin is his friend time kerja part time zaman lepas SPM dia dulu. So, Ayie and Erwin kenal pun through him. 


Lepas potong kek tu, kawan dia from highschool and academy datang sapa dia. Dia was like 'Woii, kau pun adee!' Pastu ape tah diorang sakat-sakat. Hahaha. Biaselah, lelaki khennn. And then Erwin citer la, masa birthday boy turun dah keluar pintu tu, dia tak tahu nak cakap apa. So he was like.. "Lighter ade lighter? Nak pinjam lighter" Tetibe. Pelik gile. Datang rumah orang memalam pastu tetiba mintak lighter. Sumpah lawak! Hahaha. Maybe yang baca tak rase lawak sebab tak berada di tempat kejadian. Tapi time tu memang lawak. Hahaha.


So, makan-makan-makan and lepak-lepak semua kat rumah dia. Pastu I asked him personally masa yang lain tengah busy makan borak semua 'Kenape nampak tak surprise? Tak suka ke my surprise ni?' and then he said he was tired. Hehe. Pastuuu dia cakap, 'You dah rosakkan plan I!' and I was like, eh plan ape ni? Haaa. Rupanya dia pun ade plan for me jugak on that day!


So I was laughing at him cause his plan dah gagal but my plan succeed. Kah kah kah. Pastu dia tak puas hati jugak maybe sebab ego taknak kalah and cakap my plan tak berapa nak berjaya sebenarnya since die dah rase something fishy bile ade Ayie and Erwin kat bawah. Cehhh. Padahal jeles! Hehehe. 


Ok la. Lepas tu sorang-sorang balik rumah and I helped his mother cuci the dishes and all. His mother sangat la sporting and relax je even I bought the wrong pastas at first. Haha. Lepastu, dah setel kemas semua. and the last crowd, dalam 6 orang rasanya (yang rapat-rapat) pun nak balik dah. Oh time tu my sister dah balik awal tapi saya tak ikut dia sebab nak tolong kemas-kemas. Bila semua dah balik, tinggal me, him and my friend sorang tunggu kat luar sebab kami balik sesama dia hantar, tetiba dia panggil saya masuk rumah.


He said he got something for me too. and he then gave me ice-watch's bag. That time, was my turn to feel surprised. and I was surprised! Tapi tak berapa nak surprise sebab sebenarnya dia memang nak beli ice-watch tu dah lama cuma takde masa je. Tapi still rasa surprised jugak la. Hihi. He said he bought himself the same with what he bought mine. Pure ice-watch red. Tapi for me is the small one and for him is the medium one. 


He said sebab tu dia nak amik me at Parade time I lied to him cakap I was in Subang Parade tu sebab dia nak pergi potong the strips so it'll fit my hands. Hihi. Rupanya memasing memang ada plan untuk each other. Bluetooth kami memang sentiasa kuat. Haha. Cuma nasib baik mine punya yang berjaya sebab my plan babitkan ramai orang, and food lagi. Dia punya plan just involve me and him je. 


So that was the end of yesterday's (Thursday) story. Yes. Saya taip benda ni petang Jumaat tadi. Cuma tak habis taip lagi tetiba dia ajak keluar. Sekarang dah pukul 2am hari Sabtu, and he's leaving the land soon. This time tak tahu la still boleh berinteraksi guna talifon bimbit ke dah tak boleh. Esok bila dia dah sampai baru lah boleh tahu. Wuu wuu. Tapi yang pasti, dah tak boleh dah dia nak kidnap saya pergi memana lepas ni. Tak boleh nak keluar sesama and make fun of each other secara reality dah. :-(


I'm gonna miss him. Bebanyak. Yes you. I know you'll read this cause you're my loyal stalker! Haha. By the way, mata dah penat sangat mintak untuk dipejam dah ni. So I guess I'll stop here and continue to put some pictures and hias-hias later. and wow! Tak perasan this entry tersangatlah panjang. Haha. Okbai.


Anyways, thank you so much for still coming and reading this blog. :D

SEKIAN, 2.17 AM


5 comments:

farahmorra said...

kalau orang tu tak kidnap awk, sy ada utk kidnap awk :* haha.

yg lighter tu sumpah lawakkkk. sy boleh bayangkan cemana. haha.

Eyka Hamasuba said...

Yeayy! Tak sabar untuk dikidnap oleh awak ni! Hehehe. Btw, awak still aktif blogging? Tetiba saye rase nak aktif balik. :D

Haah. tu serius lawak. tetibe je kot. hahaha.

farahmorra said...

lepas ni sy dtg rumah awk.
weh eyka, nk pinjam senduk.
hahaha saja je sebab taktau nk buat. lepas ni dah start class,mmg tak lah kot active.

Orked said...

whoa...pjg nye entry. hehehe

nk comment psL fettuccine jek. sbb Sya pon same. last week tersilap beli. tp biLe da try tetibe rs tersuke Lak. best dr spaghetti kot.
so this whole week layan fett jek. hehe

BTW, Sya br foLLow sini. free,visit/foLLow Sya jugak ek =)
sya-orked.blogspot.com

cimon said...

Tak sempat setahun skali nyer entry, sehari trus 2 entry. Hik3 ^_^

p/s: welcome back

p/s/s: bila mau jemput makan ns minyak?