Girl behind the bushes.
SEBELUM TU. Kenapalah busy sangat ni eyka?Entah. Semenjak dua menjak ni kehidupan saya banyak di habiskan di bangku UiTM di hatiku. Semua jenis bangku dah saya duduki. Bangku kolej Mawar, bangku stesen bas, bangku Dataran Cendekia, bangku kelas dan bangku-bangku lain di UiTM itu.
Tapi, sem ini belum lagi saya menduduki bangku perpustakaan dan bangku makmal komputer. Belum ada masa. Selalu masa saya dihabiskan untuk ke kuliah dan balik kuliah dan ke Syauqi (Dewan Makan Perindu) untuk menikmati makan tengahari.
Bila tiba hari Sabtu dan Ahad, bangku depan TV lebih menggoda daripada bangku komputer mahupun laptop. Banyak idea nak dicurahkan di dalam blog, dah siap taip tapi malas nak publish. Adrenalin untuk meng-publish selalu lesap bila di pertengahan jalan penaipan.
Oh, enough with that! Sekarang saya nak cerita tentang masa, dan tajuk kali ni. Oh well, masa dulu dan sekarang tak sama. Apatah lagi masa depan. Pernah terfikir tak untuk masa depan? Masa depan nak jadi apa, nak duduk mana nak kahwin dengan siapa dan sebagainya? Lelaki mesti jarang nak fikir macam tu kan.
Finding lights.
Perempuan? Jangan cakaplah. Hari-hari berangan masa depan. Masa tak depan ni taknak pula berusaha. Tahu berangan je. Hish. Ok, sebenarnya saya takut. Takut nak menghadapi masa depan. Sebab masa depan tu sesuatu yang tak pasti. Saya sukakan misteri. Tapi saya still takut tak dapat hadapi misteri alam ghaib yang ini.
Apa saya nak jadi masa depan nanti? Oleh sebab saya dah terlanjur mengambil jurusan undang-undang, so saya berangan untuk menjadi seorang peguam yang berjaya. Tapi.. saya jenis yang tak suka sibuk hal orang. Apatah lagi nak membela orang. Boleh ke saye jadi peguam nanti? Buntu.
Saya ingat nak kahwin dengan lelaki kaya je nanti. Senang hidup saya. Tapi kalau kahwin dengan lelaki kaya, dan hidup senang, macam mana kalau tiba-tiba jodoh tak berpanjangan dan bercerai di tengah jalan? Dah lah takde kerja, jadi janda pulak tu, nak cari makan kat mana?
Itu pentingnya kerjaya dalam kehidupan seorang wanita. Perempuan sekarang ni bercinta fikir nak kahwin je. Apa ingat lepas kahwin nanti boleh hidup happily ever after ke? Lepas kahwin nantilah cabaran yang lebih meluas akan datang. Bukannye lepas kahwin semua benda dah setel.
Bila bercinta, semua nampak sweet :)
Kalau kehidupan masa remaja perempuan tu dihabiskan untuk bercinta dan berkawan dengan lelaki je memanjang, memang lagi bertambah-tambahlah dugaan di masa kahwin nanti. Yelah, mase kecik remaja dulu banyak boyfriend(S), bila dah kahwin mesti lah banyak ex-boyfriend(S) kan.
Bila dah banyak ex-boyfriend(S), belum tentu ex-boyfriend(S) kita tu lepaskan kita selepas-lepasnye. Maknenye, mungkin mase percintaan korang yang berbunga-bunga tu korang tiba-tiba tersuka orang lain, dan mintak break dengan boyfriend korang sekarang dan bercinta dengan orang yang korang suka, apa tah agaknya perasaan boyfriend korang sebelum tu kan.
Ada yang tak dapat terima hakikat. Kate cinta hati cinta mati. Kamonlah! Jangan terpedaye sangat dengan perasaan berbunga-bunga yang tak lama tu. Cinta hati cinta mati adalah time kamu berbunga tu je. Lepas dah gugur semua perasaan berbunga tu, cinta hati cinta mati jadi cinta hanyut cinta kusut. Haha
Nak-nak ex-boyfriend(S) kamu yang ramai tu satu-satu muncul balik selepas rumahtangga. Lagi lah boleh menggugat keamanan anda dan suami kan. Tu di pihak isteri. Kalau di pihak suami pun same. Suami yang ramai ex-girlfriend(S) pun same banyak jugak dugaan di masa akan datang nanti. Bersedia atau tidak, kita sendiri tentukan sekarang ni. :P
Prepare for your long ride.
Orang kata bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Memang betul. Kalau seorang perempuan tu bersusah-susah dahulu di zaman mudanya dengan menjadi seorang nerd sekalipun yang kerjanya hanya belajar-belajar dan belajar, tanpa ada rasa untuk meluangkan masa dengan mana-mana lelaki hensem di luar sana, besar nanti hidup mereka mesti lebih bersenang-lenang.
Kerja ada, duit ada, ilmu ada, agama ada, semua ada lelaki tak ada takpe. Boleh hidup. Kalau ada lelaki, kerja takde, duit takde, ilmu takde, agama entah ke mane agak-agak boleh survive tak? Nak diharapkan lelaki yang tak pasti tu pun apalah sangat. Setakat rase sayang tu je, memang tak mampu lah nak survive. :)
So, saye rase kalau perempuan tu tak membazirkan hampir semua masanya dengan bercinta dan memikirkan pasal boyfriend je sepanjang masa itu lah yang sangat beruntung di masa hadapan! No need to worry lah about love and men. They will find you when you've finally found yourself first. (eh, betul ke ni?:P)
Oleh itu, kawan-kawan perempuanku, nak bercinta-bercinta jugak, tapi pelajaran dan ilmu jangan dipinggirkan! Daripada memikirkan tentang cik abang je dua puluh empat jam, baik fikirkan assignments yang bertimbun yang harus diselesaikan. Abaikan je dulu cik abang tu. Tak berbaloi betul fikirkan pasal mereka.
Tak berbaloi fikir pasal 'kita'.
They have their own life jugak di luar sana. Pandai-pandai lah mereka setelkan sendiri. Kita ni perempuan kene sedar, yang sebenarnye ilmu itu lagi penting dari percintaan. Tapi banyak yang tak sedar, dan sedar yang sebaliknye. Bila dah besar dah matang pandai berfikir baru sedar memang terlambatlah kan. What a waste. Haish.
Lelaki bila tengah hidup bujang bersuka ria ni memang lah suka dekat perempuan yang cantik, hot, meletup peewit! Tapi bila dah habis zaman remaja dan masuk zaman kematangan, mereka akan lebih tertarik dekat perempuan yang cerdik. Cantik tapi tak cerdik adalah sangat tak mendatangkan income. Kalau cerdik tapi tak cantik, takpe.
At least yang cerdik memang SELALU akan nampak cantik walaupun fizikalnya selalu ada yang slack. Serius. Orang pandang pun terus suka. Bukan lelaki je yang suka, tapi mak mertua pun suka sama tau! :) Hehe. Ramai perempuan yang suka cari teman lelaki sebab takut tak laku. Tak laku ke takde teman lelaki?
Mungkin. Tapi dalam jangka masa yang pendek je lah. Jangka masa remaja bila anda dikelilingi dengan pasangan bercinta, memang lah anda akan rasa diri anda tak laku sebab yang lain sibuk bercinta, ada pasangan, anda pulak duduk keseorangan. Tapi bila dah besar nanti dah dikelilingi dengan orang yang berkerjaya, anda akan dapat rasakan yang diri anda itu sangat berharga sebenarnya. Berharga sebab tak pernah bercinta. :)
Pure.
Priceless dan ketika itu, memang lelaki akan lebih ingin mendapatkan anda daripada mendapatkan gadis-gadis yang sibuk mencari teman lelaki di zaman mudanya dulu. So, jangan berasa down atau sepi bila takde teman lelaki. Teman perempuan kan ade. Teman lelaki ape lah sangat. Nak duduk berdua pun susah apetah lagi nak berjumpa.
Kalau teman perempuan, boleh ada dengan kita setiap masa dan ketika. Nak peluk cium pegang tangan tidur sama-sama pun tak apa, rasa selesa je. Nak kongsi semua benda dengan mereka pun senang. Kalau lelaki, setakat kongsi hati kongsi perasaan je tak yah lahh. Buang mase je sebenarnye. Ngehehe :P
Perempuan sekarang ramai emo bile tengok orang lain ade pasangan. Lagi-lagi bile pasangan yang mereka tengok tu nampak sweet je dan bahagia bersama. Emo bercampur jeles. Jeles lepas tu cepat-cepat nak dapatkan teman hati dengan segera! Sebab diri sendiri pun nak nampak sweet nampak bahagia. Padahal realitinya.. pahit sebenarnya. Korang ape tahu? Keh keh.
Anyway, kepada perempuan-perempuan di luar sana, kalau anda teringin nak bercinta sekalipun, bercintalah. Yang penting tu ha kelas jangan lupa attend. Assignments jangan lupa submit. Ilmu jangan lupa cari dan yang di atas sana jangan lah ditukar ganti. Ehem ehem :)
P/S: Sebenarnya, perempuan jadi sangat rare dan berharga bila dia tak pernah bercinta di masa muda. :)
43 comments:
auuwww. ada jugak org nak back up org2 yg tak pernah bercouple. trimas ;)
those who have never been in love or never been with any guys are pricelss.hard to find that type of girls nowadays.
perempuan yg tak pernah bercinta cool! terpelihara. yg suka tukar2 pasangan (baru je clash dah dpt bf baru) memang benci
honeymoney,
tak pernah bercouple, tak yah couple. serius! :)
anon,
that's what I meant. :)
eh eh ayeem,
macam berpengalaman je. HEHEHEHE. :P
sye pnah brcinte since primary skool ! rase tak berbaloi . nyesal tak dgr ckp mak ayah supaye tak becinte di mse mude . ;p
haha tu la. sekali dah bercinta, mesti rase nak bercinte je. ish payah betul. bahaye.
saya betul-betul bercinta time lepas SPM. ahaha. baru dapat lesen bercinta gitu. mane ade manis sangat bercinta ni.. suam-suam kuku je die punye manis tu. percaya la. tapi best jugak kalo ade experience bercinta. ehehe.
kak oshinz.
same la kite! muahaha buat mase ni eyka ade sejarah cinte dengan sorang je lelaki ni ha. suam suam. banyak pahit rasenye. nnti eyka buat post baru ngeh ngeh ngeh ;p
i looooiiikkkkeeeeee~~~ jgn cuti lame sangatla dari post entri ye dik.
Eyka,macam nami pulak - dah bercinta semua tiba-tiba dia meninggal.Yang tu lagi la susah nak terima hakikat.
It's been 4 years tapi still macam ni jugak.
sis oshinz,
skrg ni macam busy sikitt. masa terhad sngt2. huhu :(
nami,
hmmm eyka penah gak tulis pasal tu kat sini
http://eykahamasuba.blogspot.com/2010/12/bila-putus-cinta-ii.html
sedih kan. :'(( nami dengan adik sis ez kan. hermmmmm. :(
Blog ni dah jadi macam blog cinta dah.:P
eyka boleh jadi doktor cinta. hehe
suka. tak ada butang 'like' ke. nak like hehe
anon,
ye ke? HAHA baru perasan..takpe la pasal cinte pun lagu tetap ganas.wawawa
juliam,
hehehe takde la pulak. like dalam hati je pun takpe, eyka terime. niway thanks.. hehe ;p
Setuju sangat! Tkde button share pulak, kalau ada dah tentu kasi share dgn org lain :)
eyka ni memang update setiap minggu sekali je eh? penat tunggu update tahu? =P
shahiela,
kalau nak share, copy je url post ni pastu bg la kat sape2 yg shahiela nak share. hehehe eyka mls nak tmbh butang share tu..niway thanks sbb ade niat nak share. terharu tauu hehehe :')
myraie,
HAHA yeeeeeeeee memang camtu lah gamaknye skrg ni. sminggu skali ok la tuu kann keh keh ;p
i likeeeeeeeeeee :D
thanks for sharing :)
eyka sgt memahami.huhuhu.bgus ayt yg last tu.i likeee!=D
anon,
hehehehe thankss jugakk sbb sukee :)
fast yg slow,
hehe kannnnnnnn? :P
waaahhhhh..sgt2 suka!betul tuh..sy sokong 200percent..hehehe..
mmg akan rasa kosong bila tak couple tp apedehal..jodoh usah di ragui..tuhan dah lahirkan kita berpasangn....kejar dulu cita2...^_^
aah. plg best kalo dpt bersama si dia yg hanya pernah bercinta dgn kita seorang jek - rase thrill gilerr - hmm...kalo da jodoh xkemana jugak kan?
hehehe (^v^)
p/s: cool pics - i like (^_~)
p/s/s: mcm mak gua - kawen teruss
LINA,
beeeeeeeeeeeeeetul tu! hehehe lebih baik mengejar cita cita daripade sibuk mengejar cinta kan kan! hehehe :D
cimon,
mak gua pun kahwin terus. tp sblm tu ade lah berkenal-kenalan. kenal mase kerja pulak tu. hehehehee em skrg ni pun orang bercinte lame laem akhirnye jodoh dengan orang lain jugakkkk kan ;p
seorang gdis yg tdk pilih utk bercinta is priceless, tp seorang gadis yg hanya serah cinta pd Allah Yang Satu is tk memadai if we only said pricelss : ) btul tk eyka ?? : )
tq , sy seronok bace post ni, sunggh haha :D
haha bkn pengalaman. just observe org sekeliling, kat fb. ;)
aku pernah bercinta dengan org yang kali pertama bercinta dengan aku. last2 aku kena dump sebab dia minat kat laki lain...
aah. ramai kakak2 kat opis tu yg ckp time uni dulu depa couple dgn orang lain - but then kawen dgn orang lain - yg kenal time keje.
jodoh nie...pelik kan? mmg rahsia Dia - doa & hope for the best dunia & akhirat (^v^) *indah*
p/s: mak gua pon kenal bapak gua time keje - ade larr orang tengah yg both my parent mmg percaya kenalkan depa (^_~)
aah. ramai kakak2 kat opis tu yg ckp time uni dulu depa couple dgn orang lain - but then kawen dgn orang lain - yg kenal time keje.
jodoh nie...pelik kan? mmg rahsia Dia - doa & hope for the best dunia & akhirat (^v^) *indah*
p/s: mak gua pon kenal bapak gua time keje - ade larr orang tengah yg both my parent mmg percaya kenalkan depa (^_~)
mek mok,
itu pun pricelesss! ngeh ngeh. ye ke sukeeee? thankss hehe terharuuu :')
ayeem,
haa same lah kite! suke observe mengobserve ni. haha rase macam dah mengalami sendiri :P
naqib,
takde jodoh lah tuu..nak buat cemane..nape tak masuk meminang terus? ehe ;p
cimon,
mak ayah eyka pun kenal time kerja. hehehehe. tu la. berserah je la sebenarnye kan :)
susah nk cari prempuan x penah brcinta nie :) hehe salam kenal dr henry zackery Blog Bebas
susah susah pun still ade je orang yang tak pernah bercinta.. :D
btw, salam kenal jugak daripade saye! hehehe
suka entri nih... pernah bercinta sekali dn putus wuwu...
salam kenal ye :)
hehe salam kenal jugak syamimi fatin. thanks :D
time skolah x penah bcinta..sbb mak mrh..huhu..takot kn mrh mak.mak dapat tau ada org ngorat pn kn cuci telinga..
smpi skg x tfikir nk cri boyapren.biar la dia dtg sndri cri kita..kehkehkeh...
I like this post so much! X pernah bercinta langsung even dah 22. Bila kata xde bf, org x caye. Haish -.-
suke blog nih!
terbaik la,,,org xpnah bcinta,,slalu kena hentam ngn member,,xlaku la apa la,,,btw,,,kita bley jd mcm dyorg klu kita nk.. tp dyorg xley jd mcm kita balik,,,hehe
I've never been in love. Bagi sy skrg ni apa yg pnting nk capai cita2 & buat umi abah bangga. Satu-satunya cinta yg paling bahagia utk sy skrg ni adalah family. They"re everything for me :)
Agree..
Agree..
Agree
Post a Comment