Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Friday, September 03, 2010

Blowing Bubbles


Assalammualaikum. Saya amat merindui blog saya ni! Kenapa perlu rindu? Kerana tiba-tiba sahaja perasaan rindu itu muncul. Kenapa? Kerana, entah. Mengapa perlu meragukannya? Eh eyka, macam ayat apakah yang anda gunakan sekarang ni. Saya cukup tidak mengerti (!) Erk. Baiklah. Anda sangat merepek ye eyka. heh.

Em. Sekarang ni saya terkena jangkitan pelik. Iaitu, jangkitan menonton filem-filem korea. Oh, tidak! Sangat pelik ye kerana saya tonton melalui YOUTUBE sahaja. Sampai tak tidur. Sangat effort sebenarnya. Sebelum ini, saya tidak pernah merasa teruja dengan filem-filem mahupun drama korea tetapi sekarang sedikit sebanyak saya sudah mula rasa macam nak tonton je semua drama-drama mereka. Mengapa hal ini terjadi?

Minggu lepas saya sudah habis menonton drama Boys Before Flower. Dan minggu sebelum itu saya tamat menonton drama You're Beautiful! Baru dua drama eyka, jangan nak belagak okeh. Hihi. Actually, takde lah fanatik sangat. Belum fanatik. Biasa-biasa je cume saye minat nak tonton mungkin kerana :

  1. Pertama, Hero die hensem.
  2. Kedua, Hero dia ada gaya. Kerek tapi tertarik!
  3. Ketiga, keempat dan seterusnya pun sama.. HIHI :P


Hwang Tae Kyung dan juga Goo Jun Pyo!


Sebab hero dia lah menggamit rasa suka dan ketagih menonton drama korea. Sangat unfair bagi heroin. Yela yela, heroin pon comel jugak! Hihi. Lepas ni nak tonton Full House dan juga My Girl. Dan juga yang lain-lain yang pernah menjadi bahan letupan di bibir-bibir remaja yang menggemari korea pada masa lampau. Jalan cerita menarik, sweet dan penuh emosi. So far, saye suke You're beautiful! Sampai sedar-sedar je air mate terkeluar sama. Sangat berkesan bagi mereka yang susah mengeluarkan air mata.

Haish. Eyka ni, ke korea pulak air matanya pergi. EHEM. Sebut pasal air mata ni sekarang nak sentuh topik serius pulak. Kenapa kan saye ni leka je menghabiskan air mate dekat sesuatu yang macam tu? Yang jalan ceritanya memang sengaja di ciptakan untuk mengalirkan air mata? Macam tak berbaloi je kan air mata yang terkeluar tu.

Kenape kan saye tak mengalirkan air mata untuk sedara-sedari Islam saya yang sedang menderita di tanah Palestine tu kan. Mengalirkan air mata mengenangkan nasib mereka-mereka yang sedang sengsara di sana. Mengalirkan air mata untuk sesuatu yang lebih munasabah. Mengalirkan air mata terharu mengenangkan pengorbanan mak abah ke, mengenangkan sesuatu yang lebih bermakna?

Rindu zaman kanak-kanak. (tiba-tiba)

Haish. Eyka, eyka... Insaflah. Hm. Entah mengapa, sekarang ni kita terlalu leka kan. Sampai bende remeh je yang kite pentingkan. Sampai sanggup tak tidur nak tonton cerita korea, tonton bola daripada tak tidur kerana ingin bersujud menyembah Allah. Kenapa ya? Memang manusia macam ni ye? atau sebab hidayah tak sampai lagi? Kenapa nak tunggu hidayah sampai kan? Kenapa ye. Banyak betul persoalan yang saya ingin soalkan kepada saya sendiri sebenarnye. Hoho

Hm. Walaubagaimanapun, sekarang dah nak dekat penghujung Ramadhan dah. Rasanya memang agak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarrak kan? Hehe. takpe lah, saye ucapkan jugak. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARRAK ye kawan-kawan! Puasa jangan tak puasa tau. Taknak puasa nanti dapat dosa. Nak ke? Kalau nak jugak, terpulang lah. Pilihan di tangan anda. HEHE :)

P/S: Rasa insaf selalu datang sekejap je kan. Huhu :S

SEKIAN, 12.13am

9 comments:

wannurfazrini said...

full house sgt lah best . soundtrack dia lg best . tetiba rindu kat cerita tu .

amira faqihah said...

sy pon rindu akn entry akk ;D

Eyka Hamasuba said...

wannurfazrini,
yeke? wahh kawan eyka pun cakap cite tu sangat best. nak tgk :D

Eyka Hamasuba said...

twinkle twinke,
yeke? hihi *terharu* terima kasih :)

Aida Effarina said...

kadang2 cite korea or japan ni boleh buat kita addicted kan?

selamat berpuasa eyka! =)

Aida Effarina said...

kadang2 cite korea or japan ni boleh buat kita addicted kan?

selamat berpuasa eyka! =)

d' azali said...

adoyai..
tukar la "kentut kurap" tu..
hampir2 terbantut nak ngomen..
x pasal2 ter"golong"..

RASA INSAF ITU SEBENARNYA "NIKMAT"
RASA INSAF ITU SEBENARNYA "HIDAYAH"
tuhan sayangkan hambaNYA..
kalau x sayang dibiar-biarkan je..

Eyka Hamasuba said...

aida,
a'ah betul tu. saya setuju! hehe. btw, terima kasih ye. wpun lmbt bace komen aida ni. hehe

Eyka Hamasuba said...

d'azali,
hmmm nanti lah tukar. hehe btw thanks!