Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Friday, August 15, 2008

Hari ni hari Jumaat!

Start harini kami pelajar sekolah akan bercuti seminggu! YEYY!! YEYY!! hahaha. *apepasal seronok sangat ni? =,=" errkk.. Entah la. Yang penting, cuti itu best! Dapat merelaxkan minda, dan tido tido dan tido! haha. Tak sangke ye sekarang dah bulan 8! Dah 8 bulan saye menjadi pelajar tingkatan 4 dan 2 bulan menjadi budak berumur 16tahun! Haha. Rindu betul la nak jadi kecik balik. Sobsobs.

Tetiap hari bile balik sekolah mesti nampak budak petang baru naik kelas. Terrindu lak zaman bersekolah petang dulu. SERIUS rindu gile gabak. Padahal dulu time sekolah petang tak sabar nak sekolah pagi, nak jadi senior la konon. Haha. Tapi bile jadi budak pagi rase rindu lak kat sessi petang.Bile stayback sampai petang kat sekolah tu tengok gelagat bebudak junior rase macam..aaah rindunye nak jadi sebaye dorang balik!:(

Tapi apekan daya.. Hidup harus diteruskan! haha. Kena la sedar sikit diri tu dah tua. Da nak habis sekolah dah pun. ARGH sedih nye!! huhuhu. Mesti rindu gile nak pergi sekolah nanti. Nak jumpe kawan-kawan nak tengok cikgu mengajar nak buat semue bende yang selalu dibuat sejak tahun 1999 dulu! (darjah 1)!

Pehh dah la. Asal tulis blog je mesti nak rindu. Asal rindu je mesti nak tulis blog. Takda bende lain ke nak tulis ha? Hahaha. Dah lah malas nak taip pepanjang. Letih la dan takde idea dah nak tulis ape. Otak shut trus. *mementang nak cuti. Hahahaha. Ok adios!:)