Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Tuesday, October 06, 2009

Bukan lupa, bukan tak ingat

Assalammualaikum ya habibi ya maulana.

Spm kian menghampiriku. Walau sejauh dan selaju mana ku berlari, masa tetap tidak dapat diulangi lagi sekali atau berkali-kali. Kerana masa itu adalah MASA. Hahahaha. Okeh, sebelum kelarian tajuk, baik la kau cakap je ape yang kau nak cakap wahai eyka! Baiklah!

Spm makin hampir! Kecuakkan sudah mula dirasai. Ready tak ready memang harus kutempuhi walaupun dengan onak dan duri yang masih berbaki di dalam diri. Eh eh eyka eyka..suke sangat kan over over kan perkara yang tidak over. Haha.

Ok lah. Sebenarnye, saye hanye ingin memohon maaf kepade sesiapa yang pernah terasa hati terhadap saya selama ini. dannn.. tajuk sudah cukup untuk menggambarkan kata-kata yang ingin disampaikan. Bukan lupa, bukan tak ingat. Cuma... he he heee! :D

InsyaAllah lepas selesai segala urusan, saya akan kembali aktif berblog. Sekarang ni AIM saye adelah untuk menghayati sisa-sisa harian yang tinggal sebagai pelajar sekolah menengah dengan bahagia. CEHCEH. Haha. Yang penting, memang tak lupa punyee kat korang! Ingat pun tak, macam mane nak lupe kan. Huahuahua. Gurauan sahaja... jangan terasa! hehe :P

P/S : Doakan kejayaanku ya kawan-kawan!:-)

Sekian, terima kasih.

Thursday, October 01, 2009

Terkenang kembali


Dapat lagu ni daripade Atin.. Lame dah die tarok lagu tu kat blog die. Tapi baru pagi tadi terase macam menarik. Sebab pagi-pagi lagi die dah bukak blog die. So terdengar lagu tu. Dah la kuat die bukak. Kacau je orang nak tido! Hahaha :D

Apapepun, ni lagu wizard of oz.. Sape penah tengok cite tu tahu la kan. Best cite tu!! Dengan cite cave of golden roses.. Cite fevret mase kecik-kecik dulu. Teringin nak tengok lagi sekali.. banyak kali pon takpe. Ngeh ngeh ngeh :)

SEKIAN, 1.33pm

Saturday, September 19, 2009

Berakhirnya Ramadhan 1430H


Saya ucapkan kepada semua!
Maaf zahir dan batin.
Semoga ceria-ceria selalu.
Dan berjaya di dunia dan di akhirat, AMIN!:)


P/S : Nah duit raya dan kuih raya ikhlas daripada saya.
Sape cepat dia dapat! hehehe :P

Tulus ikhlas, Eyka Hamasuba :)

Tuesday, September 08, 2009

Ini kisah tentang si badut :D

Badut bagaimanakah menjadi pilihan anda? :D

Ok. Hari ini saye ingin berkongsi cerita sedikit tentang sesuatu yang amat melucukan. Serta dapat menghilangkan stress dan menghiburkan hati saye dan rakan-rakan. Kisah mengenai seorang badut. Siapakah badut tersebut? Hanya kenalkan sebagai Badut sahaja. HAHAHA. Sebelum tu, saye nak bagi pendapat sikit tentang cara memberi respons yang positif dan berkesan tanpa unsur carutan.

Jika anda ikuti cara-cara ini anda juga dapat mengikuti kisah-kisah lucu yang dimaksudkan bagi saya dan rakan-rakan. Hahaha. Sebelum itu, saya ingin sertakan contoh respon yang boleh menunjukkan ciri-ciri bahawa anda merupakan seorang yang tidak educated. Boleh besarkan gambar di bawah ini, takde masalah :D

Hanya sekadar contoh :D

Harap hindarkan footer comment tersebut yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan blog saya tetapi sebenarnya TIDAK kerana perkara tersebut telah dinafikan tuan empunya contoh ayat yang tidak educated itu. HAHAHAHA. okeh boleh teruskan setelah meneliti CONTOH ayat di atas yang diambil dari satu tempat RAHSIA dimana hanya saya dan rakan-rakan facebook saya saja yang mengetahuinya. HAHA:P

Kenape fesbuk je eykaaa? Not fair lah! Kami juga ingin mengetahuinya! Hm. Baiklah anak-anak muridku. HAHA. Saya tidak lah sebegitu kabut melakukan sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu. Ada sebab saya post di fesbuk dan bukan di myspace ataupun di blog kerana perbuatan ini hanya akan mempromosikan website yang penuh dengan ayat marabahaya tersebut.

Saya tidak mahu pembaca-pembaca terpengaruh dengan anasir-anasir negetif seperti itu. Ianya hanya akan mencacatkan serta menaikkan amarah mereka yang tidak mempunyai tahap kesabaran yang tinggi seperti saya. CEHCEH. hahaha. Apakah disebalik peristiwa dan kata-kata yang tidak educated di atas? Tiada rahsia. Kan tadi tu ayat contoh je! Hahaha. Teruskan je membaca ok :D

Sini saya sertakan pulak CONTOH perdebatan antara seorang badut dan rakan-rakan saya. Lihat lah contoh ayat-ayat yang dikemukan oleh badut tersebut. Semua contoh dibawah boleh dibesarkan untuk penglihatan yang lebih jelas, takde masalah! Hehehe. Kejadian bermula begini. JENG JENG JENG.

Contoh penyapaan badut yang sungguh kebadutan xP
Msg kat chatbox? Ade laa :D
Oh man the last words! Sungguh tak educated! HAHA

Ayat last sang badut sungguh 'menusuk kalbu'. HAHAHA
Ayat badut di bawah ini memberi banyak point yang sangat 'BERMAKNA' bagi menunjukkan ciri-ciri kemarahan yang tidak berstrategi! hahahaha

Kemudian saya memintas comment badut tersebut.

dan membalas perdebatan sang badut. (dalam komen farah)

Lalu, farah menghantarnya kepada badut tersebut.

dan die membalasnya. Terakhir kerana selepas itu, farah tidak mahu membuang masa melayan karenah badut tersebut.

Kemudian ini komen antara Ain dan Farah :)







Ain juga ada menghantar komen kepada saya :
Dan, tamatlah kisah komen bersama badut. HAHA

Belum tamat lagi sebenarnya. Ada sambungannye lagi. Kali ni dekat status pulak. Kali inilah bibit-bibit kelakar bagi saya muncul. Bukan kelakar sebab ape pon. Tapi entah, mungkin kerana saya rasa kelakar mendengar ayat-ayat saya dan rakan. Sebab tu saya lebih suka menyimpan SENT ITEM daripada INBOX. Hehe. Nak bace, SCROLL paling bawah dan bace lah dari bawah ke atas. :)








Tamatlah sudah perbualan saya bersama farah. The point is, kite harus lah sabar. Betul tak? SABAR? Sabar yang macam mane tu? Sang badut ada mengatakan bahawa sabar ade limit. TAHU PUN sabar ade limit. Oh, adekah badut sahaja yang mempunyai limit kesabaran dan tidak bagi manusia-manusia bukan badut seperti kita?

Dan begitulah contoh-contoh respons yang patut kita berikan kepada sesiapa sahaja yang cuba mencabar kesabaran kita. Bukan dengan carutan, tapi dengan gurauan yang pedas lagi bermakna! Hahahaha. Mengatasi sesuatu dengan carut-carutan sungguh not my style. Kerana ianya hanya menunjukkan kebodohan kita sendiri. Macam sang badut. Betul tak? Hehehe

So di sini saye ingin mengatakan tidak kira masalah apa yang dihadapi, gunalah akal fikiran untuk menyelesaikannya. Bukan dengan cara seperti contoh di awal tadi yang hanya tahu mengeluarkan isi hati berbaur kutukan dan carut-carutan. Jelas menunjukkan diri tidak educated. Siapalah saye untuk mengatakan seseorang itu educated ataupun tidak, tetapi cerdik pandai ada mengatakan bahawa kata-kata mencerminkan peribadi seseorang. :)

Badut juga boleh membawa kehancuran! HAHAHA

Hehe. Tadi di status ade mengatakan tentang babi, bukan bermakna carutan pon tetapi si badut ada mengatakan tentang mulut busuk bau bontot babi. Itu jelas menunjukkan bahawa sang badut pernah menghidu bontot haiwan yang dimaksudkan. Kerana jika tidak, dia tidak akan pernah mensamakan mulut seseorang dengan bau yang tidak pernah dia hidu, betul kan? HAHA

Tak sangka makin akhir zaman ni makin ramai orang yang berhobi pelik. Sampaikan bontot pon mereka sanggup nak hidu. Ish ish ish. Teruk betul perangai kan? Hahaha. Oh ye, cerita-cerita di atas ini hanyelah sebagai hiburan di malam hari juga sebagai contoh untuk membezakan respon antara dua jenis manusia yang berbeza. Nak jadi badut atau manusia, terpulanglah kepada anda untuk memilih kan kan? :D

Jika anda berminat untuk mengetahui kisah sang badut dan rakan-rakannya yang sungguh tidak educated, silalah email saya di eykahamasuba@gmail.com. Kerana saya berasa jijik untuk mencemarkan blog saya dengan badut-badut tersebut yang kini sedang berforum mengeluarkan ayat-ayat yang mencerminkan peribadi mereka. Hahahaha :D

P/S : Wow! Ade orang tuu tolong mempemeskan lagi blog saya ni la! FEWIT! Hahaha:DD

SEKIAN, 10.32pm

Monday, September 07, 2009

Ramai yang tidak tahu

Inilah kisah tentang saya...

Nama saya Abang. Saya baru je tinggal kat sini. Tak sampai beberapa bulan. Umur saya pun belum cukup setahun tapi saya telah berpindah randah ke sini sebanyak dua kali. Mula-mula saya tinggal dengan Pakcik Abu Seman bersama-sama dengan ahli keluarga saya yang lain.

Walaupun dikurung, tapi saya tetap gembira tinggal di situ. Hari-hari saya hanya perlu tidur dan bila makan saya akan disuapkan dengan ikan rebus. Sebab itu badan saya besar dan gemuk berbanding kucing lain yang sebaya dengan saya. Bulan ini genap umur saya 10 bulan hidup di muka bumi ini.

Pada suatu hari, tuan saya memberi saya kepada kawannya, iaitu Pakcik Abu Samah. Saya sangat sedih kerana Pakcik Abu Seman sanggup berbuat begitu terhadap saya. Hari-hari saya menangis kerana rindukan rumah. Sudahlah suasana berbeza, makanan saya tidak lagi disuap seperti selalu. Walaupun hidup bebas tanpa dikurung, saya lebih selesa duduk di dalam kurungan saya.

Saya rindukan Pakcik Abu Seman...

Setelah lebih kurang seminggu saya menangis dan berlakon serta mogok tidak mahu makan, Pakcik Abu Samah akhirnya memulangkan saya kembali kepada Pakcik Abu Seman. Saya berasa sangat gembira! Sampai sahaja di rumah Pakcik Abu Seman, saya terus menyapa ahli keluarga saya yang lain dengan girang sekali kerana saya amat rindukan mereka terutamanya ibu saya!

Ketika itu, saya lihat Pakcik Abu Seman memberi pula kucing yang lain kepada Pakcik Abu Samah. Kucing tersebut merupakan adik-adik tiri saya! Nama mereka berdua ialah Ginger dan Snowy. Ketika itu mereka baru sahaja berusia 4 bulan(kot). Saya tak kisah sangat asalkan bukan saya yang diberi kepada tuan lain. Saya tidak mahu tuan lain selain Pakcik Abu Seman!

Snowy dan ginger...

Selang beberapa minggu, Pakcik Abu Seman bercadang untuk membuang saya. Saya berasa amat sedih sekali! Apa salah saya sehingga beliau tergamak untuk membuang saya? Saya hanya akur kerana tidak mampu untuk membantah. Sebelum dibuang, Pakcik Abu Seman ke rumah Pakcik Abu Samah. Mungkin tuan saya merasakan lebih baik saya dijaga oleh Pakcik Abu Samah daripada dibuang entah ke mana-mana.

Ketika itu, saya curi-curi mendengar perbualan mereka. Pakcik Abu Samah mengatakan bahawa adik tiri saya yang bernama Snowy telah hilang! Mungkin ada orang yang mencurinya, atau mungkin dia tersesat kemana-mana. Kerana, adik saya Snowy sangat cantik. Bulunya putih tanpa secalit tompok pon. Matanya biru dan dia sangat peramah terhadap orang sekeliling.

Gambar kenangan snowy walaupun separuh...

Kata putus sudah dibuat, akhirnya saya bersama-sama adik tiri saya iaitu Simba bertukar tuan kepada Pakcik Abu Samah. Pada mulanya, saya tidak dapat menerima hakikat bahawa Pakcik Abu Seman tidak menyayangi saya lagi. Tapi saya redha kerana mungkin ada masalah lain yang tidak saya mengerti. Kerana dengar khabar, adik-beradik saya yang lain juga telah diberikan kepada teman-temannya yang lain.

Keesokkan harinya, saya telah lari dari rumah Pakcik Abu Samah. Saya mahu mencari jalan pulang untuk ke rumah Pakcik Abu Seman. Kalau boleh, saya ingin bertanya mengapa dia tergamak membuang kami yang tidak bersalah ini. Namun, setelah beberapa hari berusaha mencari, akhirnya saya mulai putus harapan. Berat badan saya susut. Perut saya terasa amat lapar kerana berjalan tanpa bekalan. Lalu saya memutuskan untuk kembali ke rumah Pakcik Abu Samah.

Mereka kelihatan amat gembira menyambut kepulangan saya. Adik-adik tiri saya pada mulanya sudah tidak lagi mengenali saya. Mungkin kerana bau saya sudah berbeza daripada mereka. Tapi tidak mengapa, kerana lambat laun saya pasti kami akan berbaik semula. Tetapi, kucing kepunyaan tuan rumah iaitu Cikteh sangat sombong terhadap kami adik-beradik. Dia terlalu sombong untuk berkawan dengan saya.

Simba dan Ginger...

Mereka berdua sangat rapat

dan suka tidur bersama

Kini, sudah hampir 2 bulan saya menetap di sini. Kesakitan dan kepenatan saya lari daripada rumah pun telah beransur pulih. Adik-beradik saya juga sudah mengenali dan menerima saya kembali. Saya bahagia tinggal di sini. Walaupun kadang-kala Pakcik Abu Seman terlintas di dalam benak, tapi saya tetap bersyukur kerana dipertemukan dengan keluarga Pakcik Abu Samah.

Saya tidak hidup di dalam kurungan. Saya bebas tidur di mana sahaja saya suka. Di atas sofa, atas katil, atas kerusi, bawah meja dan sebagainya. Hampir semua tempat pernah menjadi tempat tidur saya. Makan minum saya dijaga. Dan saya juga telah diberi rantai berloceng oleh tuan saya. Walaupun kemachoan saya hilang, tetapi saya tetap suka memakai rantai tersebut.

Abang abang dan ABANG! :)

Tamatlah kisah tentang saya yang diberi nama Abang. Nama ini Pakcik Abu Seman yang berikan kepada saya. Mungkin kerana saya merupakan anak pertama ibu saya. Mungkin juga saya dilahirkan di Terengganu. Sekarang saya cuma berharap agar saya tidak melanggar peraturan keluarga Pakcik Abu Samah. Peraturannya sangat simple iaitu, saya dan adik-adik saya tidak dibenarkan berak mahupun kencing di dalam rumah. Jika tidak, mungkin kami akan dipindahkan ke tempat lain pula.

Kisah di atas telah diceritakan sendiri oleh Abang kepade saye. Ehem. Percaye je lah korang kan. Hahaha. Tapi kisah benar tu, tiada unsur penipuan di dalamnye. Semua nama dan kisah di atas merupakan fakta yang benar lagi sahih. Hehehe. Dan ketiga-tiga mereka merupakan kucing jantan. Kisah lain tentang mereka: SINI.

P/S : Mak saya mmg meminati kucing yang berwarna oren!

SEKIAN, 10.28pm