Dashboard
Refresh
New Post
Sign Out
Gallery Myspace Facebook Twitter Friendster

Saturday, January 29, 2011

Perlu ke tayangkan percintaan?

4 haribulan 2 nanti, genap 10 bulan kami bersama. :)

Bersama? Bukan bersama pun. Tapi bercinta. Bercinta? Yaa bercinta. Geli tak dengar perkataan tu? :P Kongsi hati kongsi perasaan-laa sangat. Manis ke pahit rasanya? Dua-dua ada. Banyak yang mana? Yang pahit semestinya. Kenapa? sebab bercinta tanpa ikatan. Rasa pahit lebih daripada manis sebenarnya.


Oh well, kenapa saya boleh tergoda dengan si dia? Saya ni bukan jenis yang cepat tergoda. Ops, silap. Cepat je tergoda, cuma nak meneruskan ketergodaaan tu bukannye senang bagi saya. Selalu tergode kejap kejap je. Seminit dua, lepas tu dah tak suka. Rasa biasa-biasa je. Macam tu lah saya sejak lahir dahulu.


So, this is my first love story. Tak nak lah cerita macam mana saya kenal macam mana kami bercinta. Cuma nak cerita kenapa saya tak pamerkan dia di dalam blog. Kenapa tak letak link dia dekat In A Relationship with ... di dalam facebook. Kenapa tak rajin berhubungan antara satu sama lain dalam internet ni? Kenapa dan kenapa? Kenapa rahsiakan dia daripada public?

And it makes you go round and round.

Hohoho. For me, dia tu masih lah anonymous. Seorang yang tiada ikatan. Seseorang yang belum sah milik saya. So, buat apa nak tayangkan seseorang yang belum ada apapa legal relation ataupun ikatan yang sah dengan kita dekat public? dan juga, buat apa nak bercinta depan orang ramai, sedangkan yang bercinta tu kita, bukannya mereka. :)


For me, orang yang mempamerkan cerita kisah cinta dan gambar-gambar mereka bersama pasangan di khayalak orang ramai itu adalah sesuatu yang sweet. Sweet tapi tak sangat sweet. Sweet itu sweet jangka masa pendek. Jangka masa ketika melihat atau membaca kisah percintaan mereka tu je.


Dan saya, bukan jenis yang macam tu. Saya, kalau sayaanggg, simpan sorang-sorang je dah la. Buat ape nak show to the world that he is mine. HE IS NOT MINE, yet pun. Dan saya pun bukanlah milik dia lagi. So, buat ape tayang sesuatu yang tak pasti? :)

Heart and the key.

Saya tak pasti pun yang kami akan berkahwin. Tak pasti pun yang dia tu jodoh saya. Walaupun kami in love macam mana pun, yakin macam mana pun dengan perhubungan, kalau dah ditakdirkan tak bersama, tetap takkan bersama. So, there's no need to show something that is not yours as YOURS to public.


Dia, saya masih benarkan dia berkawan dengan perempuan. Dia, saya masih bebaskan dia dengan kehidupan dia. Menyekat kebebasan seseorang itu untuk berkawan dengan sesiapa adalah bukan hak saya. Nak kawan, kawan lah. Nak ngorat pun dipersilakan. Mungkin orang yang dia ngorat itu jodoh dia, siapa tahu kan? hehe :)


Tapi saya percaya dia bukan macam tu. Dia memang jenis yang bukan kaki perempuan. Walaupun muka memang boleh tahan, buat saya tak tidur malam, asyik terbayang-bayang (GILE WEH AKU PUJI DIE! HAHA Takpelah, dia bukan bace pun:P), saya tahu dia macam mana. Walaupun begitu, dah namanya lelaki, memang tak boleh nak percaya sangat la sebenarnya. Kui kui kui

Trust is precious.

Ade jugak orang tanye saye kat formspring kenapa tak tayang teman hati saye tu kat blog. Dan jawapan saya: Sebab sayanggg lah. Hehe (wuek wuek). Buat apa nak pamerkan sesuatu yang saya sayang kepada orang ramai. Biar orang tahu dia milik saya? Padahal dia bukan milik saya.


Orang lain masih ada peluang untuk memiliki hati saya ataupun dia. Rampas? Ade pulak istilah merampas dalam percintaan. Dah tu siapa suruh pamerkan kebahagian kehenseman kecantikkan kebaikkan kekasih hati dalam blog, dalam internet? Kan perbuatan anda tu hanya akan menggoda orang lain untuk menyukai apa yang anda pamerkan.


Kalau kekasih anda tu baik dan terbaik, mesti lah ramai akan tergoda. Even tak pamerkan dia dalam internet pun still orang akan tergoda, apetah lagi kalau dijadikan bahan pameran. Bila dah tergoda, dah ada gambar, dah ada link facebook, macam-macam orang boleh buat. Manusia memang gila. Ramai manusia gila wujud sekarang ni tanpa menyedari bahawa mereka tu gila sebenarnya. :)

Beware with strangers.

So, what for saya nak letak gambar letak kisah percintaan saya dalam internet ni kan? Buat ape saye nak kongsi sesuatu yang saye sayang. (HAHA) buat ape saye nak orang lain rase kemanisan percintaan melalu cerita cinta atau gambar cinta yang dipamerkan sedangkan ianya hanya akan menimbulkan cakap-cakap/fitnah orang ramai je. :)


Oh anywayy, sekarang ni saye nak take it easy je in this relationship. Don't push too hard with something that is not certain yet. He's yours, but not trully yours yet. Make him/her YOURS legally and secara sah barulah boleh consider untuk letak dan pamerkan die secara public.


Takde lah rase malu nak tulis HE'S MINE and I'M YOURS and whatever ayat yang sweet-sweet dan jiwang-jiwang yang lain sebab memang he's mine and i'm yours pun bile dah sah. Kalau sekarang bercinta, still orang lain ade chance nak pikat-pikat kite atau kekasih kita tu sebenarnye. Nothing is impossible.:)

because langit tak sentiase cerah.

Diorang tak boleh saman pun orang yang 'merampas' cinta kononnye. Kate perasaan sayang tu anugerah daripade tuhan kan. Dah kalau korang dianugerahkan terjatuh cinta dengan orang yang dah ade orang lain, dan mendapat balasan cinta orang lain tu jugak, nak buat macam mana. Perampas ke namanya?


Siapa suruh tak jaga betul-betul bila dah ada peluang untuk jaga. Bila dah hilang, baru rasa hak dirampas. Kalau dah kahwin takpe, tapi kalau bercinta, ada hak apape ke? Takde kan? Nak bawak kes naik court pun kompom-kompom court tak layan. Hek hek :P


Rilek lah. Baru bercinta je kot. Nampak lah bahagienye. Yelah, masing-masing tengah in love. Adrenalin percintaan masih mengalir. Semua memang sweet-sweet je lah. Baru bercinta. Tak sah. Tak perlu sebenarnye nak tayangkan sesuatu yang belum sah jadi milik kite kepada public. Yes it's my blog, and yes it's my rule but yet, it's not necessary. :)


P/S: Fikir-fikirkan lah dan selamat beramal! Hehe :P

SEKIAN, 12.48pm. Pictures by : Flickr.

Sunday, January 23, 2011

Buat gadis yang tak pernah bercinta

Girl behind the bushes.

SEBELUM TU. Kenapalah busy sangat ni eyka?

Entah. Semenjak dua menjak ni kehidupan saya banyak di habiskan di bangku UiTM di hatiku. Semua jenis bangku dah saya duduki. Bangku kolej Mawar, bangku stesen bas, bangku Dataran Cendekia, bangku kelas dan bangku-bangku lain di UiTM itu.


Tapi, sem ini belum lagi saya menduduki bangku perpustakaan dan bangku makmal komputer. Belum ada masa. Selalu masa saya dihabiskan untuk ke kuliah dan balik kuliah dan ke Syauqi (Dewan Makan Perindu) untuk menikmati makan tengahari.


Bila tiba hari Sabtu dan Ahad, bangku depan TV lebih menggoda daripada bangku komputer mahupun laptop. Banyak idea nak dicurahkan di dalam blog, dah siap taip tapi malas nak publish. Adrenalin untuk meng-publish selalu lesap bila di pertengahan jalan penaipan.


Oh, enough with that! Sekarang saya nak cerita tentang masa, dan tajuk kali ni. Oh well, masa dulu dan sekarang tak sama. Apatah lagi masa depan. Pernah terfikir tak untuk masa depan? Masa depan nak jadi apa, nak duduk mana nak kahwin dengan siapa dan sebagainya? Lelaki mesti jarang nak fikir macam tu kan.

Finding lights.

Perempuan? Jangan cakaplah. Hari-hari berangan masa depan. Masa tak depan ni taknak pula berusaha. Tahu berangan je. Hish. Ok, sebenarnya saya takut. Takut nak menghadapi masa depan. Sebab masa depan tu sesuatu yang tak pasti. Saya sukakan misteri. Tapi saya still takut tak dapat hadapi misteri alam ghaib yang ini.


Apa saya nak jadi masa depan nanti? Oleh sebab saya dah terlanjur mengambil jurusan undang-undang, so saya berangan untuk menjadi seorang peguam yang berjaya. Tapi.. saya jenis yang tak suka sibuk hal orang. Apatah lagi nak membela orang. Boleh ke saye jadi peguam nanti? Buntu.


Saya ingat nak kahwin dengan lelaki kaya je nanti. Senang hidup saya. Tapi kalau kahwin dengan lelaki kaya, dan hidup senang, macam mana kalau tiba-tiba jodoh tak berpanjangan dan bercerai di tengah jalan? Dah lah takde kerja, jadi janda pulak tu, nak cari makan kat mana?


Itu pentingnya kerjaya dalam kehidupan seorang wanita. Perempuan sekarang ni bercinta fikir nak kahwin je. Apa ingat lepas kahwin nanti boleh hidup happily ever after ke? Lepas kahwin nantilah cabaran yang lebih meluas akan datang. Bukannye lepas kahwin semua benda dah setel.

Bila bercinta, semua nampak sweet :)

Kalau kehidupan masa remaja perempuan tu dihabiskan untuk bercinta dan berkawan dengan lelaki je memanjang, memang lagi bertambah-tambahlah dugaan di masa kahwin nanti. Yelah, mase kecik remaja dulu banyak boyfriend(S), bila dah kahwin mesti lah banyak ex-boyfriend(S) kan.


Bila dah banyak ex-boyfriend(S), belum tentu ex-boyfriend(S) kita tu lepaskan kita selepas-lepasnye. Maknenye, mungkin mase percintaan korang yang berbunga-bunga tu korang tiba-tiba tersuka orang lain, dan mintak break dengan boyfriend korang sekarang dan bercinta dengan orang yang korang suka, apa tah agaknya perasaan boyfriend korang sebelum tu kan.


Ada yang tak dapat terima hakikat. Kate cinta hati cinta mati. Kamonlah! Jangan terpedaye sangat dengan perasaan berbunga-bunga yang tak lama tu. Cinta hati cinta mati adalah time kamu berbunga tu je. Lepas dah gugur semua perasaan berbunga tu, cinta hati cinta mati jadi cinta hanyut cinta kusut. Haha


Nak-nak ex-boyfriend(S) kamu yang ramai tu satu-satu muncul balik selepas rumahtangga. Lagi lah boleh menggugat keamanan anda dan suami kan. Tu di pihak isteri. Kalau di pihak suami pun same. Suami yang ramai ex-girlfriend(S) pun same banyak jugak dugaan di masa akan datang nanti. Bersedia atau tidak, kita sendiri tentukan sekarang ni. :P

Prepare for your long ride.

Orang kata bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Memang betul. Kalau seorang perempuan tu bersusah-susah dahulu di zaman mudanya dengan menjadi seorang nerd sekalipun yang kerjanya hanya belajar-belajar dan belajar, tanpa ada rasa untuk meluangkan masa dengan mana-mana lelaki hensem di luar sana, besar nanti hidup mereka mesti lebih bersenang-lenang.


Kerja ada, duit ada, ilmu ada, agama ada, semua ada lelaki tak ada takpe. Boleh hidup. Kalau ada lelaki, kerja takde, duit takde, ilmu takde, agama entah ke mane agak-agak boleh survive tak? Nak diharapkan lelaki yang tak pasti tu pun apalah sangat. Setakat rase sayang tu je, memang tak mampu lah nak survive. :)


So, saye rase kalau perempuan tu tak membazirkan hampir semua masanya dengan bercinta dan memikirkan pasal boyfriend je sepanjang masa itu lah yang sangat beruntung di masa hadapan! No need to worry lah about love and men. They will find you when you've finally found yourself first. (eh, betul ke ni?:P)


Oleh itu, kawan-kawan perempuanku, nak bercinta-bercinta jugak, tapi pelajaran dan ilmu jangan dipinggirkan! Daripada memikirkan tentang cik abang je dua puluh empat jam, baik fikirkan assignments yang bertimbun yang harus diselesaikan. Abaikan je dulu cik abang tu. Tak berbaloi betul fikirkan pasal mereka.

Tak berbaloi fikir pasal 'kita'.

They have their own life jugak di luar sana. Pandai-pandai lah mereka setelkan sendiri. Kita ni perempuan kene sedar, yang sebenarnye ilmu itu lagi penting dari percintaan. Tapi banyak yang tak sedar, dan sedar yang sebaliknye. Bila dah besar dah matang pandai berfikir baru sedar memang terlambatlah kan. What a waste. Haish.


Lelaki bila tengah hidup bujang bersuka ria ni memang lah suka dekat perempuan yang cantik, hot, meletup peewit! Tapi bila dah habis zaman remaja dan masuk zaman kematangan, mereka akan lebih tertarik dekat perempuan yang cerdik. Cantik tapi tak cerdik adalah sangat tak mendatangkan income. Kalau cerdik tapi tak cantik, takpe.


At least yang cerdik memang SELALU akan nampak cantik walaupun fizikalnya selalu ada yang slack. Serius. Orang pandang pun terus suka. Bukan lelaki je yang suka, tapi mak mertua pun suka sama tau! :) Hehe. Ramai perempuan yang suka cari teman lelaki sebab takut tak laku. Tak laku ke takde teman lelaki?


Mungkin. Tapi dalam jangka masa yang pendek je lah. Jangka masa remaja bila anda dikelilingi dengan pasangan bercinta, memang lah anda akan rasa diri anda tak laku sebab yang lain sibuk bercinta, ada pasangan, anda pulak duduk keseorangan. Tapi bila dah besar nanti dah dikelilingi dengan orang yang berkerjaya, anda akan dapat rasakan yang diri anda itu sangat berharga sebenarnya. Berharga sebab tak pernah bercinta. :)

Pure.

Priceless dan ketika itu, memang lelaki akan lebih ingin mendapatkan anda daripada mendapatkan gadis-gadis yang sibuk mencari teman lelaki di zaman mudanya dulu. So, jangan berasa down atau sepi bila takde teman lelaki. Teman perempuan kan ade. Teman lelaki ape lah sangat. Nak duduk berdua pun susah apetah lagi nak berjumpa.


Kalau teman perempuan, boleh ada dengan kita setiap masa dan ketika. Nak peluk cium pegang tangan tidur sama-sama pun tak apa, rasa selesa je. Nak kongsi semua benda dengan mereka pun senang. Kalau lelaki, setakat kongsi hati kongsi perasaan je tak yah lahh. Buang mase je sebenarnye. Ngehehe :P


Perempuan sekarang ramai emo bile tengok orang lain ade pasangan. Lagi-lagi bile pasangan yang mereka tengok tu nampak sweet je dan bahagia bersama. Emo bercampur jeles. Jeles lepas tu cepat-cepat nak dapatkan teman hati dengan segera! Sebab diri sendiri pun nak nampak sweet nampak bahagia. Padahal realitinya.. pahit sebenarnya. Korang ape tahu? Keh keh.


Anyway, kepada perempuan-perempuan di luar sana, kalau anda teringin nak bercinta sekalipun, bercintalah. Yang penting tu ha kelas jangan lupa attend. Assignments jangan lupa submit. Ilmu jangan lupa cari dan yang di atas sana jangan lah ditukar ganti. Ehem ehem :)



P/S: Sebenarnya, perempuan jadi sangat rare dan berharga bila dia tak pernah bercinta di masa muda. :)


SEKIAN, 2.57pm. Pictures by: Katie and Others.

Sunday, January 16, 2011

Perempuan dan Lelaki

Memang comel digandingkan bersama.

Perkara paling membosankan dalam hidup adalah pergaduhan. Bagi saya lah. Sebab bagi saya, bergaduh tu sangat memenatkan dan membosankan dan menyemakkan dan menyerabutkan kepala otak.


Lagi-lagi kalau bergaduh dengan orang yang kite rapat atau sayang. Keluarga, rakan karib ataupun taman hati. For sure nak buat taktahu pun tak boleh. Mesti tertahu jugak sebab dah kate sayanggg kann :P

Bila perempuan gaduh dengan bopren ape nak buat?

MENANGIS dan MERAJUK

Yaa, perempuan memang suka menangis. Satu terapi katanya. Tapi

Bila lelaki gaduh dengan galpren apa nak buat?

TIDUR dan TIDUR

Yaa, lelaki memang suka tidur. Boleh hilangkan stress katanya.

Perempuan jangan geram ya sebab itu memang hakikat. Lelaki memang tak reti memujuk. Yelah dah pujuk-pujuk pun degil taknak terpujuk, depa pun give up lah dan terus tidur.


Perempuan pulak ape lagi, bengang lah. Air mate pun keluar. Bukan takat air mate kesedihan je, tapi termasuk sekali air mate kemarahan kebengangan kegeraman dan kestressan. So ape nak buat lepas tu?

Nak biarkan berpanjangan atau lepaskan je bertubi-tubi?

Make a wise decision.

Sent message luahkan perasaan sepanjang 5 page paling mininum. 5 page bersamaan 160x5=???? huruf kesemuanya. Sorry la gua dah lama tak mengira. Tengok nombor pun jarang. Tu yang otak hang kejap nak jawab soklan matematik tadi tu. Hek hek


Anyway selain menangis, perempuan juga tak boleh kalau tak luahkan rase marah geram dan bengang serta sedih mereka tu kat seseorang. Tak mampu simpan di dalam hati. Mesti nak kene luah! Tak kisah lah kat teddy bear ke bantal peluk ke dinding ke anything and anyone mesti WAJIB nak luah.


Laki? Diorang mane main luah-luah. Agak pelik lah kalau lelaki tetibe malam bute message kawan diorang dengan ayat sedih menyayat hati mengatakan 'weh, aku sedih ni gaduh dengan awek'. Jatuhlah kejantanan mereka. Paling common pun diorang akan message 'Weh, jom lepak!' je dekat memember diorang.


Lepas tu lepak lah 2,3 jam kat memane. Kedai mamak paling mustajab. Duduk lepak-lepak dengan member minum kopi minum teh tarik tengok bola ke lepas tu POFF hilang terus ketensenan memikirkan pergaduhan dengan awek mereka sebentar tadi.

Muke awek pun hilang kejap dalam ingatan.

Perempuan nak buat ape je kalau gaduh malam-malam. Kang keluar malam macam lelaki nak lepak kedai mamak orang kate macam-macam. Maklumlah, kami kan perempuan. Kena pandai jaga diri. Bukan macam laki. Malam dikata siang. Siang di kata malam. Hesh.


Yang bagusnya lelaki jarang kalau gaduh dengan awek depa nak luah kat kawan-kawan lelaki depa apatah lagi kawan perempuan (ye ke?). Tapi.. perempuan memang suka nak luahkan masalah rumahtangge diorang dekat kawan-kawan, termasuk kawan lelaki.


Kesian dekat sang bopren. Kekasih hati ade kawan lelaki lain rupenye. Ish ish ish. Dalam pada itu masing-masing menyepi je dari masing-masing. Handphone terus sunyi. Masing-masing tak mau mengaku kalah. Masing-masing tunjuk ego yang menyerlah.


Last-last ape jadi? Tak jadi ape-ape. Esok pagi baik lah tu. Hantar je message: MORNING SAYANG! dan autometik pergaduhan semalam dilupakan. Mudahnya hidup begini. Lama-lama mesti mental breakdown. Isk isk isk.

Bygones be bygones.

Aaaaaaaaanyway, itu lah kehidupan. Sometimes buat macam takde apa-apa berlaku itu lebih seronok dan menenangkan daripada mengeluarkan ape yang terbuku di dalam hati. Kite luahkan lain, orang tafsir lain. Selalu macam tu. Nak buat macam mana. Manusia memang begitu.


Tapi kalau simpan pendam lame-lame pun tak elok. Sebabnye, nanti diri sendiri yang sakit. Betul tak? SOO, buat ape simpan lame-lame. Ape gune ade teman lelaki ke wanita ke kekasih ke whatsoever kalau tak boleh dan tak berjaya jadi tempat luahan perasaan kan? :)


Kalau tak mampu nak dengar luahan perasaan emosi sedih duka lara gembira semue tu tak payah lah susah-susah nak share share hati ke perasaan ke ataupun nak bercinta ni. Wasting time you know. Untuk ape ade taman hati kalau bukan untuk dengar rintihan hati. So, kalau tak mampu nak dengar, sile sign out ataupun letak jawatan. Easy kan. Hehe :P


Buat apa nak membazir masa bertahan dengan benda yang tak tahan lama? dan, macam mana nak tahu benda tu tak tahan lama kalau kita tak mampu bertahan? Ade jawapan tak? hehe fikir-fikir kan lah ye dan selamat beramal :P

Tidur like a baby. Memang best.

P/S: Lama dah create post ni sebenarnya. Lepas ni nak post semua yang dekat draft baru buat post baru. Lalala~


SEKIAN, 7.20pm. Pictures by: Katie.

Saturday, January 01, 2011

Tak habis lagi dengan bola



P/S: Baru jumpe kat profile kawan. Terasa lawak la pulak. Hahaha :P
Anyway, Selamat 1.1.11 semua! :)

SEKIAN, 2.25am